Thursday, November 26, 2009

Selamat menyambut 'Idul-Adha!


Assalamualaikum wrt wbh. Beberapa hari yang lalu, beberapa orang AQRABians yang bertuah (rajin online mungkin) telah berjaya ditemubual mengenai salah satu daripada dua perayaan terbesar dalam Islam, iaitu 'EidulAdha.

[Nampaknya warga AQRAB lebih mudah memberi respon jika dihubungi menerusi medium Utusan Segera (Instant Messenger). Mungkin e-mel tidak berapa popular di kalangan sesetengah kita ataupun ada yang merasa bosan untuk memeriksa inbox e-mel mereka dengan kerap, apatah lagi untuk membalas surat, pertanyaan dan sebagainya. Untuk meraikan kebosanan ini, pihak Up to the Minute akan menggunakan Yahoo Messenger untuk berurusan dengan anda di masa akan datang. Walau bagaimanapun, e-mel tetap akan digunakan juga.]

Kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat ditemubual kali ini, kami minta maaf tapi jangan risau kerana banyak lagi yang mahu kami tanyakan kepada anda selagi hayat dikandung badan. Apapun, apa kata kita hayati jawapan saudara-saudara dan saudari-saudari kita kepada soalan "EidulAdha bagi anda...?" (Lengkapkan slogan).


"'EidulAdha bagi anda...?"

myadiar: eiduladha tahun ni agak best la walaupun tak semeriah tahun2 lalu (mungkin) yang mana semua keluarga dapat berkumpul bersama, tapi pada tahun ni cuti raya korban saya agak panjang melebihi sebulan..huk3

naemremedy: kalo bleh nak balik malaysia..walaupun sehari, nak mkn rendang bapak aku wat..

Mohamad Redha: assalamualaikum, eiduladha bg sy satu peristiwa sejarah yg bermakna di mana peristiwa yg telah berlaku kepada nabi ibrahim, nabi ismail dan isterinya di mana kita dapat lihat pengorbanan nabi ismail dalam mentaati perintah Allah yg mana Allah telah memrintahkan nabi Ibrahim agar disembelih anaknya Ismail. Di dalam hal ini Allah ingin menguji iman nabi Ibrahim adakah taat atau tidak akan perintah Yang Maha Kuasa. dengan berkat ketaatan itu, Allah telah munculkan satu haiwan bernama kibas untuk disembelih sebagai ganti Ismail..Di sini kita boleh lihat betapa kasih sayangnya Allah kepada hambanya dan dengan peristiwa itu juga lah di syariatkan fardhu haji kepada setiap Muslim bagi menghayati pengorbanan suci itu. Lantaran pada hari ini, sempurnakah pengorbanan kita kepada Allah? Adakah kita betul2 telah membuat Allah redha dengan kita.???sama2 lah kita fikirkan..mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk beramal..semoga hari esok lebih baik dari hari semalam..

sunan_paan88: eiduladha bg saye adelh.."eidilfitri karena eidiladha kt JorDan org Arab samBuT saKan..eidfitri dierg tdo je kt umah & shoping2..hehe..saLam eidduladha-Hassan MuDa FarHan-..."

ihsan fadhli: Aidiladha kali ni agak berbeza (mungkin) kerana inilah kali pertama berAidiladha di perantauan. Biasanya, di Malaysia, saya akan bersiap sedia dengan alatan 'perang' untuk digunakan pada pagi aidiladha yang kebiasaanya, tiga atau empat ekor lembu akan ditumbangkan.. namun, tahun ini, saya hanya menjadi pemerhati biasa, dan hanya bertugas sebagai jongkako (aka pelayan tetamu) pada majlis aidiladha anjuran Persatuan PERMATA.
Kenangan tahun lepas, telah saya rakamkan di blog : http://www.hasanhusaini.com/2007/12/malaysia-berdarah-lagi-saya-gembira.html Apapun, kami dari Darul Muttaqin berpakat untuk berkorban dengan mewakilkan korban kepada salah seorang dari kami. Selamat hari raya aidiladha.

Hazwan:
1. Raya haji
 2. Korban
 3. Lembu/kambing/unte
 4. tu je


alif azizi: thun ni kite msuk dlm blog aqrab korban kt jordan...bru gmpak..[Admin: kami akan menunggu ketibaan berita berkenaan dengan kesetiaan yang selayaknya bagi pentadbir/pekerja blog AQRAB]

syaukani: raya haji la..hak3

Ridzuan adzemi(http://www.ghulamwan.blogspot.com/): Raya haji ni saya nak ucap Salam Aidil Adha kepada semua, sama2 kita menghayati Ibrah daripada peristiwa Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s..semoga kita dapat berkorban untuk agama Allah s.wt. Bagi pelajar2 yang pergi Mesir dan Jordan melalui SMUTEM..ini adalah raya pertama kita tanpa keluarga..sedihnyer..bagi Jordan ini dah raya ke-2..Tapi Alhamdulillah..rakan2 jadi seperti keluarga..kukuhkan Ukhuwwah rakan2 walau dimana jua anda berada..Salam Aidil Adha untuk semua. Drpd..Bumi kinanah, mesir..

Syahmi Syafiq: kiranya hayati erti pengorbanan 2 coz kita bleh tgk sejarah dia..ayah nak sembelih anak...so kta amik iktibar dr c2 laa..tp korban 2 xsmestinya sembelih anak je..byk lg...korban masa,tenaga,harta dll..

Muhammad: bagi saya, raya korban merupakan hari yang dituntut untuk kita mengingati pengorbann nabi ibrahim dalam mengorbankan anaknya kerana mendapat perintah dari allah. ringkas cite, dituntut untuk kita semua melakukan sedikit korban demi melatih tahap keimanan kita. tapi harus difahami maksud korban yang sbenar. kalau rasa ada sedikit lebihan harta barulah kita korbankan. xpelu nak paksa diri andai tidak mampu.
akhir sx ana tutup pndapat ana dgn firman allah dalam surah alkauthar yang bermaksud "sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)" jadi dengan itu jelaslah kita apa yang prlu dilakukan dalam ibadah korban. solat, zikir dan pengoranan yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. sama ada harta, tenaga dan sebagainya. sekadar yang termampu. wasalam...

Rahim Jamil: saye berasa amat TERUJA utk berEIDUL ADHA di shoubra..sbb thn ni barulah saye dpt rasekan nikmat sebuah PENGORBANAN...KAMBING BIRI2

Irsyat:  bg sy ia akan membawa ukhwah antara umat islam..mksd nye kalo kt wat korban kan le tolong menolong..masak2..hehe.

Rahman al-Madani: Eiduladha bg sy adlh stu hari yg dmuliakn oleh islam ats pengorbnn yg dlakukn oleh nabi ibrahim a.s sbgimne ceritanye,dn bg org islam yg tidk mengerjakn hj mke pengrbnn dlhat dr segi penymblihn iaitu mngobnkn hrta,dr segi org yg mgerjkn hj pula lbh luas erti pengorbnn bg mereka..jd adlh lbh baik kite mentakrifkn ikut waqi' kite..wallahua'lam.

Syarir Muhaimi: Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur kpd Allah s.w.t kerana dpt lg menyambut Aidil Adha pd thn ni. Thn ni sambutan raya bg sy agak berlainan sikit kerana pertama kali beraya di perantauan dan berjauhan dengan family. Sebelum ni ada lembu dan kambing je. Sekarang dah ada yg lain sikit, unta dan khoruf. Hehe. Melihat kepada kesan sejarah para nabi di bumi mesir ini, dan dengan khutbah-khutbah dari para khatib yang menekankan aspek pengorbanan, terasa keinsafan dari diri ini yang menunjukkan bahawa para nabi dan sahabat sanggup berkorban apa saja demi agama tercinta dan dari kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang sanggup menjadi bahan sembelih demi tuntutan agama. Itu saje kot. Maaf atas kekhilafan. Wallahu ‘alam. Assalamualaikum… - mohd syahrir muhaimi bin ismail

Hafiz Syafiq: eiduladha... dekat2 ngan eidulfitri... tapi jauh ngan ramadhan..

Nor Seri Aimi: eiduladha??hu..nak pikir jap..raya haji ni..x meriah sgt dr raye pose..kalo nak best.raye kat mekah..mesti meriahnye..teringin nak g haji..jom g lawatan sambil wat haji kat mekah. haha..macam byk duit jekan nak g,org susah2 kumpul duit nak g haji..(eh nape masuk citer pasal g haji plak ni). pasal prasaan raye aji taun ni ke?
prasaan er..cam xrase cuti..byk keje nak wat.lagi satu akak sume balik umah mertua diorang..waaaa..busannye raye tanpe mereka(luahan ati ni)..xdepe yg special raye ni..cume ada yg len la ckit la..^_^ wat yg kat perantauan..(expecially..auni,syarifah,afeyah,wani,farhana) selamat menyambut eiduladha...rindu korang sume..^_^ wat dak2 AQRAB banin n banat..semoge eiduladha kali ni memberi sinar tuk kiter sume lebih berjaye dalam menempuh segala cabaran dalm hidup(yeje aku ni)hihi ^_^

Ummu Barakah: hm eiduladha~~ buat ummu teringat kesanggupan Nabi Ismail utk dikorbankan lillahi ta'ala. buat ummu terfikir juga, korban apa yg ummu da buat semata-semata utk Islam dan Allah (selain sembelih lembu). buat ummu teringin nak ke Mekah. jealous tgk org dpt pegi. ade yg org belanja, ade yg dpt hadiah. nak katanya rezeki pegi ke Mekah, masing2 punye rezeki. tp insya Allah thn dpn ummu pegi dgn family. selamat hari raya eidul adha.

Solehah: hari di mana orang menyambut hari raya korban

Wan Norbaini: em,x masuk markah exam kan..bg sy la kan..eiduladha merupakan hari yang sgt bersejarah bg umat Islam sempena mengingati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.Kite sbg hamba Allah perlula mengambil iktibar dari kisah sejarah tersebut dengan mengaplikasikannya iaitu kesanggupan untuk berkorban apa sahaja demi Islam dalam kehidupan harian.

Norazean Danan: ms tu kn nabi Ibrhim syg sgt kt nabi ismail, jd Allah turunkan printh ni cz nk uji nabi Ibrahim,smada baginda ni lbih syg nabi Ismail b'bnding Allah.nabi Ibrahim n nabi Ismail rela b'korban.Allah gnti pngorbanan drg tu dgn gntikn seekor kibasy. kta leh la meneladani kisah ni.cthnya dlm kta mnuntut ilmu d tmpt jauh(atau y swktu dgnny). syaitan sntiasa je hlg kta drpd bt bnda2 bek kn.kdg2 dia tkut2kn kta dgn kekurangan wang, dia bg alsn jgn tinggalkn fmilyla..bla.bla.bla.tp,kta kna jg b'juang lwn syaitn ni sbb dia msuh plg bsr bg org islam.usaha,doa, twkkl...insyaAllah Allah ma'ana n akn brikn gnjrn b'lipat gnda d akhrt nnt.smg sy n kta smua xt'golong dlm golongan y muflis d akhrt nnt..ameen. slm eidul adha!

Normaisarah: eiduladha bagi saya..? macam mane nk jawab..
kejadian ini berlaku beberapa hari lagi hendak menyambut hari raya eiduladha. saya menelefon kepada abang saya. " mak mane?balek tak raya ini?"
jawab abang. "mak ada kat bawah. dia tak balek raya. ktorg raye kat sini dulu baru balek semenanjung. ala lagipun ayah gn kakak kan ade kat sana"
adoii..rase mcm kena hempap dengan kontena yang bawak gula je..  
mule lah rasa sedih tetibe. dah mule pikir bukan2..hahaha.beselah..selalu raya mak ade tettibe mak beraya dgn abang sbb kak ipar baru bersalin di luar semenanjung. nak dijadikan cerite..(jenuh time tu control tak nak nangis) (rasa macam tak menjawab je dgn tema kat ats tu..hahah..ignore kan je..hahahaha)

Siti Aminah: Slm shbt2 sume..iAllah dpt lg kte smbut eiduladha thn ni..mgenai s0klan ni, sy xtau la eiduladha ni ad mkna ke x pd sy.hehe. Mgkn sume pn dh tau knp ia diraikn. Ia brkait rapat dgn peng0rbanan. Sume org prnh brk0rban kn? Jd pape pn yg pntg kte kna la ikhlas ble wat sesuatu. Tuk sume kengkawan (xkira la yg ad kt mesir ke,kt mne ke), sy ucapkn selamat hari raya aidiladha n blaja rajin2.

Inilah antara ucapan, tazkirah, luahan hati, peringatan dan sebagainya daripada kalangan sahabat-sahabat AQRAB. Apapun, diharapkan agar kita semua dapat mengambil apa jua ikhtibar untuk kita tetap menjalani kehidupan di atas muka bumi ini sebagai hamba ALLAH yang soleh [&solehah] dan redha dengan setiap ketentuanNya.

Raikan 'Idul-Adha ini dengan melaungkan takbir pada lisan dengan ikhlas supaya khusyuk meresap kalimah itu ke dalam hati.

Akhir sekali, Salam 'Idul-Adha daripada pihak admin dan keluarga buat seluruh AQRABians di mana jua kalian berada serta buat seluruh pengunjung blog ini dan ummat Islam amnya.




Friday, November 20, 2009

Dunia kerjaya: Irsyat Zamani Aziz


Assalamualaikum semua. Semoga kita semua sentiasa dilindungi rahmat dan reda Allah Taala. Untuk manfaat bersama, pasukan penyelamat UTTM telah mendapat idea untuk menemubual AQRABians yang kini sudah bekerjaya mahupun masih belajar supaya kita semua dapat mengambil iktibar daripada pengalaman mereka.

Untuk kali ini, kami telah bertemu dan berbual (menerusi e-mail) dengan salah seorang bekas pelajar syukbah Dakwah, siapa lagi kalau bukan saudara Irsyat Zamani bin Aziz...dengan segala hormatnya dipersilakan.

1. Sudah berapa lama bekerja di MAIS? Kenapa memilih tempat ini? Siapa yang cadangkan memohon kerja di sini?

~~setakat ini sudah hampir 5 bulan sy berkhidmat di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yg mana sy bermula perkhidmatan pada bulan julai ( tarikh terkini 17-11-2009 )..untuk pengetahuan semua,sebelum ini,sy pernah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia Kg Atap selama 3 bulan dan juga pernah menyandang jawatan pembantu hal ehwal islam di jawi..selama 2 minggu =)
 
 
2. Anda memegang jawatan apa?

Pegawai zakat (khidmat pelanggan)

3. Pengalaman anda sepanjang bekerja. Ceritakan tentang rutin dan perkara baru serta menarik untuk dikongsikan.

Sebagai pegawai zakat khidmat pelanggan sy di beri tugas untuk menerima semua jenis pelanggan yg berurusan di lembaga zakat selangor sama ada yg ingin membayar zakat atau yg ingin memohon bantuan zakat . Perkara terbaru yg sy alami??emm..xder kot...hehe. Tapi bila jadi barisan hadapan untuk lembaga zakat selangor, sy bertemu dgn berbagai macam ragam manusia.. ada yg menangis ketika diberi peringatan ttg wajib berzakat..ada yg sgt berkira dalam berzakat dan xterlepas juga para artis yg dtg membayar zakat!! ini satu kerjaya yg sgt mencabar dan bermakna bg sy!! =)

 4. Mengikut perancangan anda, agaknya berapa lama anda akan bekerja di situ? Atau anda ada merancang untuk bekerja di tempat/sektor lain? (lagi best kalau cerita detail)

Setakat ini sy akan memberi sepenuh perhatian dalam jawatan ini di samping membuat kelas mengaji pada waktu malam.. ape2 perubahan tidak dapat diduga dan belum lg di rancang..hehehe
tp kita merancang,allah juga merancang..allah sebaik2 perancang..kita tgk la nnti.hehehe


5. Adakah anda mempunyai perancangan untuk sambung belajar (secara sambilan atau sepenuh masa) kembali selepas ini?
 

Sudah semestinya!!! apabila menempuh alam kerjaya sy sangat sedih kerana tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran..walaupun tawaran ke jordon dtg ke rumah..ketika itu sy baru berkhidmat di lembaga zakat selangor selama 1 bulan..mmg susah untuk buat pilihan.huhuhu.jikalau ader rezeki lebih sy mgkin akan sambung pjj untuk degree dalam masa terhampir ni..=)


6. Apakah perasaan anda atau perbezaan cara hidup yang anda alami setelah menempuh alam pekerjaan berbanding alam pengajian sebelum ini?

Eemm..xder la beza sangat,kalo dulu kita tertekan dengan tanggung jawap sebagai pelajar,dari segi kerja rumah,tesis, assigment..so skrg same je..report kena wat hari2..balancing..kena bukak kaunter,kena tutup..kena ikot prosedur..kena ikot iso..dan macam2 lagi..
so setiap perkara yg kt ceburi pasti ada cabaran dan dugaannye. So korg yg blom keje jgn la risau sgt dan jgn la exited sgt.hehehe


7. Kenapa anda memilih untuk bekerja? Atas faktor apa? Umur? Nak menimang cahaya mata tahun depan? (anda yang cakap dalam email lalu. hehe) Kalau sudi kongsilah dengan kami.

ceh.. soalan ni mmg nk kena kan aku!!hehehehe
mane ade anak lg la.gurau2 je.hehe..emm sbb keje? sebab nk cari duet la..nk idop.hehe.lg pon ramai lg adik2 nk blajar,so bg peluang kat diorg dan ringan kan sikit beban mak ayah.cian kat diorg..da tanggung sy 23 tahun da.huhu dan faktor lain...sbb..hahaha.rahsia!! walaupon korg da teka tp xnk gak bg tau!!hahaha


 8. Apa lagi anda nak cerita dengan kawan-kawan?

nk cerita pada kengkawan yg rapat atau pun jauh, selagi kt memperjuangkan agama Allah..selagi tu jalan yg kita lalui mudah dan terbentang luas,so jgn takot korg xder keje lepas blajar ni.hehehe.ape pun kalo korg nk wat masjid jgn lupe jempot.hehehehe

9.Kami sangat berhaarap agar anda dapat berkongsi beberapa keping gambar di tempat kerja atau di mana-mana untuk tatapan sahabat-sahabat yang telah jauh ditinggalkan. =)

Nak gambar?? mane bleh.keh3.. ni ade gmbr sekeping dua.wat kawan2 tersayang..hehehe





Bersama rakan-rakan sekerja


Tanpa rakan-rakan sekerja

Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga ianya diberkati.

Alhamdulillah. Insha Allah jika dipermudahkan, kami akan menyiarkan lebih banyak temubual seumpama ini.
 

Wednesday, November 18, 2009

AQRABians kini: Dalam negara (Episod 2)


Apa khabar pula dengan yang masih setia dengan Malaysia? Jom ikuti cerita masing-masing:

Irsyat Zamani Aziz
Hana' Salleh
Norlina Safian
Rohimah Abdul Rahman

Dan jangan lupa, kami masih menunggu jawapan daripada anda yang belum menjawab.


Irsyat Zamani Aziz

1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

Untuk makluman tuan dan puan semua..
Saya bekerja di Majlis Agama Islam Selangor dan berkhidmat di Cheras Batu 7. (Datangla kalo free)

2.    Dalam bidang apa?

Dalam bidang Pegawai khidmat pelanggan. (LZS)

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

Perjalanan lancar…=)

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

Di dunia yang baru diceburi ni, sedikit sebanyak saya dapat mempraktikkan segala ilmu yg ada di dada…selain dapat berkhidmat untuk masyarakat yang berbagai-bagai ragam…satu pengalaman yang mencabar!!

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

Perkara yang paling best adalah terdapat kawan2 sekerja yang tidak kurang bestnye seperti kawan2 seAQRAB!

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

Seperti yang dinyatakan tadi, pengalaman bekerja untuk masyarakat adalah paling mencabar kerana terdapat seribu satu kerenah yang akan kita jumpa…Moga Allah beri kekuatan!

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

Al-Quran sememangnya 1 amanah yang sangat susah dijaga bagi orang yang lemah.

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

Berita yang gembira untuk kawan2...saya akan menimbang cahaya mata yang pertama tahun depan. he3 (lawak je la =p)
So..sekian untuk jawapan yang anda inginkan. Terima kasih kerana masih berkhidmat untuk Aqrab walaupun mmpunyai tanggungjawab yang lain. Moga Allah membalas segala jasa anda.  Barakallah fiikum.

Hana' Salleh

MY ANSWERS:
1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)
2. Dalam bidang apa?


 :: sekarang saya sambung belajar kat International Islamic University Malaysia Gombak (IIUM) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, major in Quran & Sunnah...
:: tapi untuk sem yang pertama ni, saya kena lalui fasa kursus bahasa dulu atau lebih dikenali kat IIUM nie sebagai pre-sessional...kuliah nie namanya CELPAD – Centre for Language and Pre-University Academic Development...
 :: saya kena ambik bahasa Arab skills – kalam, istima', kitabah dan qiraah...sem ni jugak saya ambik Bahasa Melayu Lanjutan...alhamdulillah sekarang dah nak habis sem, start final exam 26 Oktober ni. Paper lain pada 1-3 November dan paling last 8 November...InsyaAllah sekiranya saya lulus kesemua paper skills Arabic ni, saya dapat masuk kuliah dan dapat belajar subjek major pada sem depan…doakan ye...

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

:: Alhamdulillah sepanjang berada di CELPAD ni, saya dapat improve bahasa Arab saya lebih baik dari sebelum ni...yelah, tiap2 hari dengar pensyarah mengajar dalam bahasa Arab. Tapi x cukup excellent lagi…selain tu, ruang masa yang agak free pada sem ni memberi peluang kepada saya untuk join kuliah2 tafaqquh yang ada kat UIA ni…terisi juga rohani ni dengan ilmu2 agama…

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

:: Dunia baru?? Memang sangat mencabar!! Seperti yang dijangkakan sebelum ni...walaupun berada di Islamic University tapi biasalah dunia makin maju, zaman dah berubah...budaya sosial sangat ketara berbanding kat DQ...kalau kita kuat, insyaAllah kita akan kekal dengan imej Islam yang kita bawa lebih2 lagi imej sebagai Hamlatul Quran...tapi kalau kita lemah, na'uzubillah min zalik...kita akan hanyut...tepuk dada tanya iman.

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

:: perkara paling best...ada USRAH!! teringat zaman2 kat DQ dulu sebab bagi saya melalui usrah la dapat membina jati diri saya, bagi kekuatan bila berjauhan dengan keluarga, teman suka dan duka..dan dengan usrah la dapat jaga diri saya dari perkara2 melalaikan….Ya Allah..indahnya berukhuwwah kerana-MU…

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

:: Yang paling mencabar kat sini...nak dakwah kat orang...dulu kat DQ ambik Syukbah Dakwah...da banyak yang belajar tentang dakwah...tapi bila berada di alam realiti kat kampus besar mcm ni...susah sangat nak praktik...pendedahan aurat, budaya couple, dating dan sebagainya kadang2 tengok macam lalat hinggap je...huhu...susah sangat2...tapi alhamdulillah pendekatan terbaik yang digunakan adalah melalui organisasi...ada club yang buat operasi mencegah...selain tu dakwah bilhal...dan dekat serta berkawan dengan mereka..alhamdulillah berhasil sket w'pun xbanyak...InsyaAllah masih berusaha yang terbaik.

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

:: Al-Quran insyaAllah masih dalam jagaan Allah dan sentiasa beringat untuk mengulang….setakat ni mengulang nafsi-nafsi je…InsyaAllah bila da masuk kuliah boleh apply untuk ambik ko-kurikulum tahfiz...kat sini mudah-mudahan hafazan terjaga sampai akhir..dan nak mengulang pun adalah antara cabaran paling besar kat sini...xde orang nak marah dan denda kita..

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

:: pesanan buat sahabat2 AQRAB...jaga diri, jaga hati, jaga iman...memang betul pakaian bukanlah cermin kepada diri seseorang bak kata pepatah.."Don't judge a book by its cover"...tapi kena INGAT...diri kita ni umpama sebatang pokok...akarnya umpama AKIDAH kita, dahannya umpama IBADAH kita, dan buah serta hasilnya adalah AKHLAK kita. Jika  kita sentiasa siram pokok ni dan bagi baja secukupnya, insyaAllah buahnya sangat cantik dan sangat ranum...macam tu juga dengan kita...kita isi diri kita dengan makanan rohani, InsyaAllah luaran kita samada pakaian, tingkah laku dan percakapan kita adalah yang terbaik…InsyaAllah saya doakan yang terbaik untuk semua sahabat2 AQRAB banin mahupun banat...
 :: sila lawati blog saya : http://www.ibnatussolehah88.blogspot.com
 :: salam juang dan salam ukhuwwah buat semua...siiru 'ala barakatillah..

Norlina Safian

1.Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

Sedang menuntut di IIUM, Gombak.

2. Dalam bidang apa?


Sekarang sedang amik kelas bahasa Inggeris dan Arab selama setahun InsyaAllah. (atau lebih dikenali sebagai kelas CELPAD) hehe.
InsyaAllah lepas abes kelas English n Arabic, meneruskan pengajian major in comparative religion and minor in ICT.

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

Setakat ni alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri dengan suasana di IIUM walaupun tidak sepenuhnya mereka di sini dari golongan orang yang menghafaz Al-Quran. Selain itu, saya dapat pengalaman baru berdasarkan program2 yang telah dianjurkan oleh society dan daripada program yang dianjurkan, telah memberi impak sedikit sebanyak kepada saya untuk terus sabar dalam menuntut ilmu disini walaupun kebanyakannya foreigner yang kadang2 slang mereka membuatkan saya kurang faham apa yg mereka cakap.

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

Reaksi pertama saya ketika memasuki alam universiti (degree) di sini, sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidup saya terutama dalam penyusunan jadual belajar, kelas yang terpaksa student sendiri yang uruskan. Berbeza dengan keadaan DQ dimana, pihak akademik yang uruskan segala jadual waktu kelas. Pandangan saya, keadaan disini agak berbeza dengan waqi’  ketika mana saya di DQ dulu. Tapi, bagi saya setiap mana2 kolej sekalipun ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mungkin di IPT, kebanyakan mereka yang datang belajar bukanlah dari golongan yang berasal dari sekolah agama. So, nak xnak kita kena bergaul dengan mereka bagi mengurangkan gap antara kita dan mereka dan secara tak langsung dapat berdakwah kepada mereka.

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

Tempat paling best yang setakat ni saya dah ’bedah’, mestilah café mahallah Maryam. Sebab apa?mungkin tempat dia yang bersih, makanan yang murah dan banyak pilihan yang ada. Selain tu, semestinya library. Even then, x sume buku kat library saya belum habis ‘bedah’ lagi, tapi memang tempat tu cukup2 bagus untuk bagi sape2 yang nak release tension (ada lab, tmpt bc paper for sisters and brothers, kelas n macam2 lagilah), setiap kali nak pinjam buku, tak perlu susah2 nak pegi ke kaunter sebab pakai mesin je. Siap bagi resit lagi. Macam nak beli barang je kan. Tapi, itulah salah satu kelebihan yang ada disitu. Naseb baik juga takde café dalam tu. Kalau tidak, memang saya ber’kampung’ la kat dalam.hehehe.

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

Perkara yang paling mencabar, bagi saya sekarang ni bagaimana nak ‘melepaskan diri’ untuk exam English Placement Test tak lame lagi ni. Hehe..

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

Alhamdulillah setakat ni, saya iadah Al-Quran setiap kali waktu solat. Walaupun tidak sekerap dulu, tapi sedaya upaya saya akan cuba untuk membaca dan iadah pada waktu terluang. Memandangkan waktu kelas yang berbeza dengan sahabat2 DQ lain (group iadah) tapi, nak wat macam mane, nak tak nak kena usaha untuk menjadi seorang yang kuat. Usaha kan tangga kejayaan. hehe..

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

Ingin saya kongsikan sedikit sebanyak program SPIES yang saya pergi baru2 ni di Shah Alam (lebih lanjut sila ikuti di laman web: http://www.lenemir.blogspot.com ), setiap kaki kita melangkah ke sesuatu tempat, tajdidkan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Mungkin apa yang terjadi itu buruk pada kita, tetapi baik pada Allah. Jangan bersedih kerana apabila kita dilontarkan ke sesuatu tempat itu, pasti mempunyai hikmah disebaliknya “there is no accident”. Kepada sahabat2 AQRABIAN, walaupun kita belajar di tempat yang berbeza, jadual yang berbeza, character yang berbeza, yang penting apa yang kita bawa dulu (Al-Quran dan Ilmu) tetap menjadi pegangan hidup. Jadilah seperti lalang, apabila dilontarkan, tetap menjadi diri sendiri dan saya mendoakan kita semua akan cuba, cuba dan cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran positif dan berusaha menjadi seorang muslim dan muslimat yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Rohimah Abdul Rahman

1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

alhamdulillah skang dok study kt negeri jelapang padi (Kuin).

2. Dalam bidang apa?


ambik kos usuluddin dengan kepujian.

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?
4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?
5. Apa perkara paling best di tempat anda?
6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?
7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?
8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


tempat ni xsama ngan dq laa. cume best kt sini sebab bleh blaja ngan syeikh2 arab.hmm,ukhwah kt sini xmacm dq,usrah pun Xsama. tp usrah kat sni wjib.ada pointer gak la.rindu la kt aqrab semua..bila ej leh jumpa??? doakan mg sy bleh jg al-quran seelok@nya,,,thanks untuk uttm. sy xbnyak masa ni, sory,minggu depan dah exm,tp jgn risau,sy selalu berkunjung kt uttm.

AQRABians kini: Luar negara (Episod 1)


Apa perkembangan AQRABians hari ini? Majukah, mundurkah? Ada yang sudah bekerja, sedang belajar (di dalam mahupun luar Malaysia), tidak kurang juga yang sudah berumahtangga.

Di dalam post kali ini, UTTM membawakan cerita beberapa orang AQRABians (yang sudi DAN berkesedaran sivik untuk menjawab e-mail interview kami) yang sedang melanjutkan pencarian ilmu mereka di luar negara. Jom ikuti cerita masing-masing:

Mohd Mufti Furqan Mohammad
Hazwan Zakaria
Nur Syazwani Mohamed Nasrudin
Abdul Rahman Zainal Abidin

Diharap sahabat-sahabat yang belum menjawab temubual kami akan menjawabnya selepas membaca artikel ini. Kami akan terus menyiarkan perkembangan saudara-saudari semua di dalam post-post selepas ini, tetapi perkara ini hanya mungkin terjadi DENGAN kerjasama daripada anda.




Mohd Mufti Furqan Mohammad


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Sekarang saya sedang belajar…Di mana? Saya belajar di Sekolah Maahad Qiraat Shoubra…Mak saya suka saya belajar di sini.


2. Dalam bidang apa?


Bidang yang saya ceburi adalah Takhassus Qiraat.. Saya dapat ramai kawan baru di sini… Mereka semua baik-baik dan peramah.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Perjalanan saya setakat ini adalah berjalan kaki... kerana di sini saya masih belum membeli basikal. Ini kerana basikal saya yang lampau yang telah saya tinggalkan di DQ. Saya sangat rindukan Basikal Tua saya. Apa yang saya dapat?...Saya dah dapat simkad baru, Yuhaa..!


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Pandangan saya tentang dunia baru (Mesir) masih kabur kerana di sini terdapat banyak debu berterbangan di udara...Oleh yang demikian, ia tidak menepati jangkaan saya..


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Haa...nanti kalau saya cerita...admin ban pulak…tapi kat sini ade satu lorong nama syari' syaithon (lorong setan)…nak jalan-jalan boleh...saya boleh teman ha~
..tapi yang best..boleh talaqqi dengan syeikh-syeikh. Ni saya belum cerita lagi pasal rumah saya.,.(tandas berlangsir, tandas pesawat dan banyak lagi)


6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?


Ha~...Perkara paling mencabar adalah waktu nak pergi ke masjid @pun ke kelas...saya terpaksa berlari 4x100 apabila dikejar oleh sejenis binatang bernama hanjin dan haritu seorang kanak-kanak Arab bernama Nora (nama sebenar) yang selalu mengganggugugat (kejar, baling batu dll) saya apabila saya melalui lorong di hadapan rumah beliau...





Struktur halaman rumah


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


Al-Quran saya kini berada di kampung halaman saya di Kelantan kerana masa saya packing beg haritu terlupa nak letak sekali. Jadi saya terpaksa berkorban duit membeli al-Quran baru..


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Apa lagi? tak ade dah kot..nanti saya kena buat blog pulak kalau nak cerita-cerita pasal benda-benda camni..nanti tak ader orang nak bace...last-last,  saya yang post topik...saya yang baca .. saya senyum sorang-sorang depan laptop..heee
pastu tak berupdate sampai 2 purnama..hee~
(jangan marah)

Hazwan Zakaria


SOALAN mesra minda (x mesra pon, ponek den mikir eh)


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Belajar, di Shoubra, Egypt.

2. Dalam bidang apa?



Takhassus Qiraat.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Terkontang kanting lagi, rumah pon sementara je nih. Dapat tengok orang Arab & perangainya yang serabut.


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Very challenging. Kalau rajin = Alim, kalau malas = dapat tido je la. Memang menepati jangkaan, sebab my sis selalu cite pengalaman die dulu.


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Dapat belajar cakap ammi, dapat minum asir asob (murah + sodap!), pergi kelas jalan kaki.


6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?


Pergi kelas. Ingat muka mak ayah & Syeikh Nabi :P


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


Kerja-kerja mencari gali semula sedang giat dijalankan.


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Sedikit nasihat daripada saya yang baru berusia 3 minggu di sini: "Kepada kawan-kawan yang nak hidup senang, selesa, belajar pon nak relax-relax je, maka janganlah datang ke Mesir kalau tak nak hancur. Sangatlah tak sesuai. Dok la kat  Malaysia tu diam-diam."
Sekian. :)


اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم

Nur Syazwani Mohamed Nasrudin



assalamualaikum....bismillahirrahmanirrahim, wassolatuwassalamua'alarasulillah....
1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


alhamdulillah, saye sekarang sambung belajar di Universiti Al Al-Bayt, Mafraq, Jordan.


2. Dalam bidang apa?


dalam bidang yg saye pernah bercita2 semasa sekolah menengah, tetapi berpaling tadah seketika kerana terfikir, sudah ramai org amik bidang ini,, tetapi setelah istikharah...alhamdulillah, Allah tetapkan hati saye utk terus di jalan ini, iaitu syariah, takhasus fiqh wa usuluh. insyAllah, doakan saye thabat atas jalanNya :)


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


so far so good...cume mule2 rase lemah lutut yakni semangat huuhu sbb kena masuk markas lughoh, dan bleh amik 2 madah sahaja, tetapi amatlah rugi jika saya berterusan rasa sedemikian rupa, kerana Allah telah sediakan jalan utk saya perbetulkan niat dan tujuan saya dtg jauh dr Malaysia ke Jordan, utk menambahkan ilmu. maka, saya perbetulkan niat saya semula,, bersyukur amat sangat, saya sedang belajar di markas lughoh jamiah alilbayt, bersama2 rakan seperjuangan yg lain yg dtg dr pelbagai negara, Malaysia, Kemboja, Nigeria dan China...hehe amat seronok, dgn doktor yg suke me'wadhih'kan jika kami terkebil2 tanda x paham hee sweet sgt! :) lg best dr kene masuk kuliah la kan,bile da masuk kelas belajar dgn dak2 arab yg lain, doktor ajar je lah sume same...syarahnye ade yg saye paham, ade jugak yg x paham...buat2 paham je la,, bile balik kene study ape blaja td, baru dpt tangkap, kalimah2 yg doktor sebut, huhu kesian kan...kadang2 tu sbb terlalu tumpu tgk kat mulut doktor, rase berpinar2 bijik mate haha memang rase kene juhud gler kat sini...sbb bukan bahase kite kan, dan slalu terpikior, bestla dak2 arab, blaaja dlm bahase die, ngaji pon dlm bahase die...sungguh bertuah! tp x pe, inilah cabarannye belajar kan, x dek cabaran x best laa...hee


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


pandangan saye tntang dunia baru saya, ianya amat menarik...walaupon kekadang rase rinnndduuuu sgt kat family n kawan2 (sbb slalu sgt mimpi, leh kate tiap2 mlm! waduhh) tp saye suke sgt dgn dunia baru saye nih, belajar tentang adat n bahase negara lain...satu pengalaman yg x kan lupe! hehe sumenye menepati jangkaan saya, kecuali, keadaan org arab yg suke merokok n etika pemakaian mereka ke kelas,, amat tidak bersesuaian..huhu tp siapalah saya utk meng'komen' lebih2 kan...mereka sudah begitu, sudah di 'set' kan dlm benak pikiran, manusia akhir zaman...bila terkenang khutbah terakhir Rasul kita, tentang umat akhir zaman...baginda tidak membezakan bangsa2 mana kan,, huhu jadi, saya boleh menerimanye sebagai gambaran masyarakat yg akan kita tempuhi dlm jalan dakwah nnt. masyAllah~


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


em, yang paling best kat tempat saye, x dek masalah air...hehe stakat ni, alhamdulillah, kami di mafraq, dok asrama kan, x tau nape x penah ade mslh air...alhamdulillah, kerna ini adalah salah satu nikmatNya, yg perlu kita hargai...hargailah air :P makanan pon sedap la kat cni, bleh je telan sume....dan, sudah tentu sesi pembelajarannye, saye akan tetap kate best, walau mcm mane pon cabarannye..

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?



perkara paling mencabar stakat ni, x memahami bahase dn loghat bahase kat cni la...sbb masih dlm proses belajar kan...jadi saya akan selalu bersembang dgn dak arab, cube nak kawan dgn dorang...slalu belek kamus, ini adalah wajib! haha dan bertanye pd senior2..insyAllah, moga Allah mudahkan urusan kami disini...ameen~


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


alhamdulillah, quran saya dlm proses tarbiyahnye juge huhu saye me'wajib'kan diri utk membaca, sekurang2nye,, kalo tenaga lebih, iadah la...tp kurengnye, tanpa kawan2 seperjuangan disisi , saya akui amatlah sukar utk melakukan proses iadah ketika ini..huhuu sedih bukan...??rindu kan kawan2 sekelas tasmik, dan juge ustazah cik de, x dek istilah jemu bg mereka ni nak tlg tasmikkan saye..hee nnt balik mesia, kite jmpe eh, insyALLAH...


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


itu sahaje saye nak kongsi dgn kawan2, nak lebih2 x reti..ni pon nasib bek ade soklan santai2 la katekan kan, kan,, saye pon jawab dgn santai lah...haha [santai ke???] utk kongsi kat blog, ape salohnye kan,, jomlah kawan2 kongsi pengalaman n ilmu kat sni...hehe akhir kalam, doakan saye disini sentiasa niat keranaNya, usaha keranaNya, tawakkal kepadaNya, berjaya utkNya....saya juga akan tidak lupa mendoakan kawan2 sume...insyAllah, uhibbukum fillah!! takbir! AllahuAkbar..~


Abdul Rahman Zainal Abidin


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Sekarang masih belajar lg di Universiti Islam Madinah dan agk sibuk jgk dgn program khidmat kepd jemaah haji yg datang ke Madinah untuk menziarahi tempat2 yg di syariatkan untuk diziarahi.


2. Dalam bidang apa?


Dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Perjalanan pembelajaran di sini Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan amat bermakana bg diri saya kerana di sini bermacam2 ilmu saya pelajari dengan Masyayikh2 yang 'alim, dan banyak lagi sebenarnye ilmu2 yg tidak kita ketahui dan jarang ade di negara kita.


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Perjalanan pembelajaran di sini Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan amat bermakana bg diri saya kerana di sini bermacam2 ilmu saya pelajari dengan Masyayikh2 yang 'alim, dan banyak lagi sebenarnye ilmu2 yg tidak kita ketahui dan jarang ade di negara kita.


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Perkara yg paling best di sini adlh tidak lain dan tidak bukan adalah tanah haram iaitu kota Madinah An-Nabawiyyah yg telah didirikan dan dimajukn oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?



Perkara paling mencabar sekali adelh mengutip segala ilmu yg terdapat di bumi Madinah ini dan cara untuk menghadapinya adalah sabar dan kuatkn azam.

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?



(Tidak berjawab)


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Banyak sebenarnya yg nk diceritakn, tp memadai lah dengan yang sikit ini,menuntut ilmu adalah satu cabaran yang amat mencabar dr segi fizikal dan mental dan haruslah diiringi dengan usaha serta doa kepd Allah S.W.T...Apa2pun buat sahabat AQRAB semua tuntutlah ilmu dengan sabar,mudah2hn ianya membawa keberkatan terhadap hidup kita kelak.


Saturday, November 14, 2009

Pernikahan keempat



Pasangan raja sehari diarak penuh meriah


Alhamdulillah, pada 6 November yang lalu, saudara Mohd. Zaki Bin Din @ Mohamed Nasirudin telah pun selamat dinikahkan dengan calon isteri pilihan beliau iaitu saudari Siti Norfaeezah Binti Hj. Mohd Roslan.


Pada keesokan harinya, resepsi perkahwinan mereka diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan dengan penuh adat dan meriah.



Beberapa ahli AQRAB sempat menghadiri majlis penuh barakah tersebut dan merakam kenangan manis kedua mempelai.


Didoakan semoga saudara Zaki dan pasangannya hidup aman damai rukun sejahtera dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai pembela agama satu hari kelak.