Sunday, June 28, 2009

Memo Tiket


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


DARIPADA : SMUTEM DQ

KEPADA : SEMUA PEMOHON SMUTEM & PELAJAR LEPASAN DIPLOMA

TARIKH : 28 JUN 2009

PERKARA : MAKLUMAN DOKUMEN UNTUK TIKET PENERBANGAN

1) Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. Dimaklumkan bahawa harga tiket untuk ke Mesir dan Jordan bagi pemohon SMUTEM DQ adalah sebanyak RM 1700.00 Oleh itu, anda semua dikehendaki menjelaskan baki bayaran masing-masing bagi mencukupkan bayaran penuh harga tiket tersebut sebelum 30 Julai 2009. Resit pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c di atas resit tersebut sebagai bukti pembayaran. Bayaran boleh dibuat dengan memasukkan ke dalam akaun :

Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095


Tarikh penerbangan ke Mesir di jangka pada 2 Oktober 2009 ( selepas Hari Raya ‘I dul Fitri) manakala penerbangan ke Jordan dijangka pada tarikh 6 September 2009.

2) Anda semua dikehendaki menghantar PASPORT ORGINAL kepada Ustaz Mohd Sya’bani bin Haji Awang selewat-lewatnya sebelum 15 Julai 2009. Anda boleh berbuat demikian dengan menyerahkan secara terus kepada Ustaz Mohd Sya’bani dengan datang ke sendiri ke Darul Quran. Sebarang urusan pengeposan tidak dibenarkan sama sekali. Pihak SMUTEM DQ tidak akan menanggung sebarang risiko yang akan berlaku ke atas PASPORT ORIGINAL tersebut samada kehilangan, kecurian mahupun kerosakan sekiranya berlaku pengeposan.

3) Pihak SMUTEM DQ menawarkan khidmat bagi urusan VISA untuk ke Mesir atau Jordan dan khidmat ini terbuka kepada seluruh pelajar lepasan diploma. Justeru kepada mana-mana pelajar yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat kami, anda bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Sya’bani bin Haji Awang di talian 013-6089 269, bermula 28 Jun 2009 sehingga 15 Julai 2009. Bayaran sebanyak RM 100 akan dikenakan kepada pemohon yang tidak berdaftar dengan pihak SMUTEM DQ. Anda dikehendaki menyerahkan resit bayaran tersebut kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c sebagai bukti pembayaran. Bayaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun :

Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095

4) Saudara-saudari dikehendaki untuk menyediakan beberapa dokumen-dokumen penting seperti berikut :
Dokumen-dokumen tersebut ialah :

Lampiran yang mengandungi :
1. PASPORT ORIGINAL
2. GAMBAR 4 keping
3. SALINAN KAD PENGENALAN

Dokumen-dokumen tersebut mestilah DISERAHKAN pada eksekutif SMUTEM DQ SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 JULAI 2009 bersamaan hari RABU.

Bagi individu yang gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan ATAU gagal melakukan pada tarikh yang ditetapkan segala urusan tiket penerbangan sebelum ini akan dibatalkan.

Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara/i amatlah diraikan dan didahului dengan ucapan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA. Sekian terima kasih.

“ SINERGI HUFFAZ PEMANGKIN PARADIGMA UMMAH MADANI ”

Yang benar,

.........................................................................
(USTAZ MOHD SYA’BANI BIN HAJI AWANG)
Penasihat,
Sekretariat Menyambung Pengajian Ke Universiti Timur Tengah
(SMUTEM DQ).

Memo Baitulmal



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


DARIPADA : SMUTEM DQ

KEPADA : SEMUA PEMOHON SMUTEM & WARGA AQRAB

TARIKH : 27 JUN 2009

PERKARA :MAKLUMAN BAITUL MAL & PEMULANGAN WANG


Pengumuman penting dan khas dari SMUTEM DQ kepada seluruh warga AQRAB sekalian. Kepada sesiapa yang telah berurusan dengan pihak SMUTEM DQ anda dikehendaki berbuat seperti yang dinyatakan di bawah.


1) Makluman kepada semua pemohon SMUTEM DQ yang telah membuat bayaran dan ingin menuntut kembali wang selepas tarik diri, anda bolehlah mengambil wang tersebut pada tarikh
8 Ogos 2009 bersamaan dengan hari konvokesyen.


2) Makluman kepada semua pemohon Baitulmal DQ, tarikh penghantaran borang Baitulmal kepada pihak SMUTEM DQ telah dilanjutkan kepada 15 Julai 2009 kerana mengambil kira faktor terdapat semua warga AQRAB yang masih dalam proses mengemukakan rayuan untuk memasuki IPTA. Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon bantuan pelajaran Baitulmal DQ dan masih belum mendapat borang permohonan, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkan borang tersebut di Pejabat Operasi SMUTEM DQ atau menghubungi di talian:

Saudara Muhammad Redzwan bin Abdul Aziz : 013-2002 178
Saudari Nurul Afrida binti Mohamad Zin : 013-2784 889


*Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah sampai kepada pihak SMUTEM DQ sebelum atau pada 15 Julai 2009. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan nama anda digugurkan daripada senarai pemohon Baitulmal.


*Talian yang boleh dihubungi bagi sebarang kemusykilan :

i. Ustaz Sya’abani : 013-6089 269 (Penaung)
ii. Che Mohd Nur Yusran : 013-2002 149 (Setiausaha SMUTEM DQ)
iii. Muhammad Bin Isa : 013-2002 134 (Bendahari SMUTEM DQ)
iv. Muhamad Ridzuan Bin Adzemi : 013-2002 173 (P.I.C Mesir)
v. Siti Nur Hidayah Binti Abdul Samat : 013-2911646 (P.I.C.Mesir)
vi. Abdul Rahim Bin Mohd Ali : 013-2002 380 (P.I.C Jordan)
vii. Nurul Azma Binti Mat Ui : 013-2911 721 (P.I.C Jordan)


Sekian Dimaklumkan

Yang benar,

………………………………………………………
(USTAZ MOHD SYA’BANI BIN HAJI AWANG)
Penasihat,
Sekretariat Menyambung Pengajian Ke Universiti Timur Tengah
(SMUTEM DQ).

Friday, June 26, 2009

Undangan ke Walimatul Urus Teacher Anis


Buat pengetahuan semua, salah seorang pensyarah kita dahulu, iaitu Teacher Anis Syazwani binti Mohd. Hafis bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu, 11 Julai 2009 ini dengan pilihan hatinya Encik Azuan bin Ahmad.

Teacher telah menjemput semua ahli AQRAB untuk turut hadir di majlis perkahwinan beliau pada hari tersebut yang bertempat di kediamannya yang beralamat

No. 60, Jalan Desa 6/8, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.

Jamuan akan diadakan bermula jam 12 tengahari sehingga 4:30 petang. Sebarang maklumat lanjut akan diumumkan lagi di blog ini Insha Allah. Bagi AQRABian yang mempunyai kelapangan pada tarikh berkenaan, marilah bersama-sama hadir bagi meraikan hari bersejarah Teacher Anis. Bagi yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk hari tersebut, lapang-lapangkanlah schedule anda supaya kita dapat menyaksikan Teacher menjadi raja sehari ^_^.

Jom serbu!

Wednesday, June 17, 2009

Bagi mereka yang memohon UPU...


Untuk makluman sesiapa yang belum tahu,
keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/setaraf (diploma apa semua) sesi 2009/2010 akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 19 Jun 2009 ini. Setiap AQRABian yang telah memohon melalui UPU suatu masa dahulu, anda bolehlah menyemak keputusan UPU anda menerusi SMS:

Taipkan UPU RESULT [No. MyKad] dan hantarkan ke 15888 mulai jam 12 tengahari.

Anda juga boleh menyemak keputusan UPU di laman rasminya, http://upu.mohe.gov.my/ mulai jam 12 tengahari pada hari tersebut.

Didoakan semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan, ameen.

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Perkahwinan Ku Rohana-Fadhlullah

Pasangan bahagia

Pada hari Sabtu, 6 Jun yang lalu, seorang lagi AQRABian, Saudari Ku Rohana binti Tengku Anera telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya saudara Mohd. Fadhlullah bin Md. Noor (yang merupakan bekas pelajar Darul Quran -- batch HAFS) pada jam 10 malam. Walimatul urus pula telah dilangsungkan pada 8 Jun 2009.

Sebahagian sahabat-sahabat seAQRAB telah berkesempatan untuk turut meraikan hari bahagia mereka. Di sini kami paparkan beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.

kebahagiaan mereka akan sentiasa didoakan

mereka makan dengan bahagia

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Perkahwinan Rokhaizat-Amir

dia + dia = mereka

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 7 Jun 2009 baru-baru ini, majlis walimatul urus saudari Rokhaizat telah pun berlangsung dengan meriah di kediaman ibu dan ayahnya di Meru, Klang. Perkarangan rumah mereka pada hari tersebut dipenuhi dengan hadirin yang datang dari dekat dan jauh, termasuklah sahabat-sahabat pasangan pengantin dari Darul Quran serta UIAM.

Warga AQRAB yang berkesempatan juga turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama hadir bagi meraikan hari bahagia saudari Rokhaizat. Buat warga AQRAB yang tidak dapat hadir, di sini kami sertakan beberapa keping (keping?) gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.

keserasian yang tak dapat dinafikan

inikah yang dikatakan cinta?

nasi, oren dan udang. mereka makan dengan bahagia.

Walau apapun, kami semua mendoakan kebahagiaan saudari Rokhaizat serta suaminya. Semoga kekal aman damai hingga ke syurga serta dikurniakan zuriat yang soleh serta musleh. Ameen.

Tuesday, June 9, 2009

Taklimat Permohonan Ijazah Quran Sunnah (dengan kepujian) Darul Quran-USIM

Darul Quran, 4 Jun – Sebuah taklimat telah dianjurkan oleh bahagian Akademik Darul Quran khusus untuk menerangkan butir-butir program Ijazah Quran Sunnah USIM-DQ yang bakal dilaksanakan di Darul Quran buat pertama kalinya pada bulan Julai ini.
Di sini kami ingin berkongsi maklumat yang telah diperoleh di taklimat tersebut (maaf lambat).
Program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia
Tempoh pengajian: selama 3 tahun
Syarat kemasukan:
Syarat umum:
Lulus SPM/setaraf, kepujian dalam BM atau kepujian BM kertas Julai;
DAN
Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat universiti (maknanya pemegang Diploma Darul Quran termasukla nih);
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya tahap 1 (band 1) dalam MUET
Syarat khusus
[*kata Puan Zawanah, normalnya sesiapa yang telah berjaya masuk ke Darul Quran, pastinya sudah melepasi kelayakan-kelayakan berikut]:
a) Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam subjek berikut:
1) Bahasa Arab Tinggi ; dan
2) mana-mana DUA subjek ini : Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, PSI, PQS;
b) Mendapat sekurang-kurangnya kepujian peringkat SPM bagi SATU (1) subjek lain termasuk Bahasa Melayu,
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya lulus peringkat SPM subjek Bahasa Inggeris.
c) Memiliki diploma dalam bidang yang dipohon;
d) Mempunyai kemampuan bertutur dan menulis dlm Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang memuaskan atau mempunyai kelulusan lain yang d iktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh senat universiti.
Pengecualian kredit:
pelajar perlu menyelesaikan 130 jam kredit berdasarkan kepada komponen berikut :
i) kursus wajib universiti: 25 unit
ii) kursus wajib fakulti: 27 unit
iii) kursus wajib program: 66 unit
iv) kursus elektif program: 12 unit
Pengecualian kredit (khusus untuk pelajar-pelajar Darul Quran):
Jumlah pengecualian jam kredit bagi pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda Quran Sunnah di Darul Quran adalah seperti berikut :
a) 33 jam bagi pelajar syukbah dakwah
b) 30 jam bagi pelajar syukbah qiraat
jumlah keseluruhan jam krdt slpas pengecualian adalah seperti berikut:
a) syukbah qiraat: 100 jam
b) syukbah dakwah: 97 jam
*Tambahan: pengecualian kredit hanya diberikan apabila sesuatu kursus mendapat gred min “C”
[penerangan: contohnya kalau anda pelajar syukbah Dakwah, dan dalam program ijazah nih nanti ada subjek Pengantar Dakwah (ni contohla kan, kami tak tahu apa subjek-subjek sebenar yang ditawarkan), nanti anda tak perlu lagi menduduki subjek ini. Dengan syarat! Masa kat DQ dulu, anda dapat tidak kurang daripada 2.00 untuk madah-madah berkenaan.)
Penginapan: penginapan di asrama Darul Quran (untuk tahun pertama)
Kelonggaran akan diberikan berdasarakan kepada keperluan semasa
Pakaian: pakaian mestilah kemas, berbeza dengan pelajar-pelajar diploma (tiada lagi pakaian seragam hahaha), akan diberitahu semasa pendaftaran.
Biasiswa: keistimewaan bagi pelajar yang mengikuti program ini akan diberikan biasiswa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Darul Quran.
Yuran pengajian: pembiayaan yuran pengajian bagi program ini akan dipertimbangkan oleh pihak Darul Quran
Tetapi, yuran orentasi ditanggung oleh pelajar.
Pihak Darul Quran juga akan mengadakan kelas ulangan al-Quran khusus untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda ini.
Pensyarah-pensyarah bagi program ini terdiri daripada ahli akademik dari kalangan pegawai-pegawai JAKIM yang berkelayakan Sarjana (sekurang-kurangnya) dalam bidang yang berkenaan. Individu-individu dari industry yang berkenaan juga akan mengajar dalam subjek-subjek tertentu. Misalnya, jika terdapat subjek Perbankan Islam, pihak USIM-DQ akan mengambil individu-individu yang sudah berpengalaman dalam industry perbankan serta mempunyai latar belakang yang bersesuaian untuk mengajar subjek tersebut.
Di akhir pengajian, pelajar-pelajar akan menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Walau bagaimanapun, program ini akan diadakan sepenuhnya di Darul Quran. Sekiranya ada aktiviti yang memerlukan pelajar hadir ke kampus USIM, pihak Darul Quran akan menyediakan pengangkutan.
Bagi yang mahukan borang permohonan program ini, sila muat turun borang tersebut di sini.

Borang tersebut mestilah dihantar kepada pihak Akademik Darul Quran selewat-lewatnya pada 11 Jun 2009 ini. Sila ajukan sebarang pertanyaan berkenaan program ibi kepada bahagian Akademik Darul Quran.