Tuesday, August 18, 2009

A.T.O.A.: Panggilan Terakhir untuk Sesiapa yang Belum Menjelaskan Bayaran


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt. wbh.

Buat pengetahuan semua, majalah rasmi AQRAB a.k.a. AQRAB: The Official Album (A.T.O.A.) telah pun siap dicetak dan dijilid, alhamdulillah.

Walau bagaimanapun! MASIH ADA SEBILANGAN ORANG YANG BELUM MENJELASKAN BAYARAN untuk majalah yang telah ditempah.

 

Thursday, August 13, 2009

Konvokesyen!

Alhamdulillah! Akhirnya, detik yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga AQRAB khususnya telah pun selamat disempurnakan Sabtu, 8 Ogos yang lalu. Majlis Konvokesyen yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran telah dirasmikan oleh YBhg Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khair Baharum dan disambut dengan meriah apabila dihadiri oleh para ibu bapa graduan bersama ahli keluarga masing-masing.

Seperti selalunya, majlis konvokesyen Darul Quran Kali ke-XVIII ini disertai dengan ekspo dan sambutan yang meriah, tetapi bezanya, kali ini, majlis konvokesyen dilangsungkan mengikut sesi pagi dan petang -- graduan-graduan Diploma serta Persijilan OKUMP diraikan pada sesi pagi, manakala para graduan Persijilan DQ-UIAM serta Sijil Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ) diraikan pada sesi petang. Jelas sekali, Darul Quran sudah semakin berkembang!

Tuesday, August 4, 2009

"Kepingin Nak Tengok A.T.O.A."

Memandangkan pihak A.T.O.A mendapat permintaan yang tinggi daripada sahabat-sahabat AQRAB untuk melihat serba sedikit layout majalah ini, maka dengan rendah dirinya, mereka sudi berkongsi lakaran kenangan ini bersama. Diharapkan agar anda semua terus menyokong krew A.T.O.A. yang telah berusaha sebaik mungkin berkongsi yang terbaik untuk kita semua. Jom tengok sama-sama!

Saturday, August 1, 2009

KESULITAN AMAT DIKESALI

Assalamualaikum AQRAB,

Untuk mendapatkan kualiti majalah yg terbaik, maka kami telah memilih OFFSET (jenis printing) sebagai bahan cetak untuk majalah. Secara ringkasnya, kos untuk mendapatkan majalah, tuan-tuan dan puan-puan, kawan-kawan sekalian terpaksa menambah sedikit bayaran untuk majalah ini, sebanyak RM 5.00 seorang sahaja. Pun begitu, pihak ATOA semuanya terpaksa bertungkus lumus lagi untuk mndapatkan dana yang masih x mencukupi. Pihak ATOA sedang dan akan bertungkus lumus lagi untuk mendapatkan dana untuk pembayaran majalah ini dalam masa terdekat ni.