Monday, December 27, 2010

It's a boy! (2)

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat kita telah dikurniakan cahayamata sulung.
Sila lihat kecomelan bayi berkenaan di gambar-gambar yang dilampirkan:


Tahniah diucapkan kepada Mohd. Zaki bin Din @ Mohamed Nasirudin 
dan isterinya Siti Norfaeezah binti Hj Mohd Roslan atas kelahiran 
anak mereka
Muhammad Afnan Zayyad bin Mohd Zaki 
pada 18 Disember yang lepas.
Semoga menjadi anak yang baik dan bertaqwa.
 

Tuesday, September 7, 2010

Jemputan ke walimatul urus

Alhamdulillah, sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita gembira. 
Semua warga AQRAB dijemput hadir ke majlis perkahwinan saudara kita 

Haji Khairun Nasirin bin Haji Mohamed Nor 
dengan
Yusmiza Md Adam

pada 18 September 2010/9 Shawwal 1431 ini, 

di alamat berikut:

No. 6, Laluan Desa Chemor 3,
Taman Chemor Indah,
32100 Chemor, Perak.

Semoga kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis penuh barakah ini, Insha Allah.
Kepada bakal pengantin baru, kami doakan semoga ikatan anda berdua diredhai Allah dan akan berkekalan hingga ke akhirnya.

Thursday, July 15, 2010

Anak sulung!


Alhamdulillah, satu lagi berita gembira dapat dikongsi bersama. 
Salah seorang dari teman kita, Puan Rokhaizat binti Rahmat telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada hari Khamis 15 Julai 2010, jam 5:34 petang di Hospital Sungai Buloh. As of 9:26 pm Malaysian time, the baby is still unnamed.

Semoga saudari Rokhaizat akan menjadi ibu yang solehah lagi muslihah (begitu juga kepada teman hidupnya saudara Amir, semoga menjadi bapa yang soleh lagi muslih)...dan semoga cahaya mata yang Allah kurniakan kepada anda berdua akan menjadi penyejuk hati dari hari kelahirannya sehingga ke hari kebangkitan kelak, ameen. Tahniah!

Wednesday, July 14, 2010

Lagi undangan ke walimatul 'urus

Alhamdulillah, dengan sukacitanya, seluruh warga AQRAB dijemput hadir ke majlis perkahwinan seorang lagi AQRABian:

Jamilah Fakihah binti Che Nor @ Shukri
dengan pasangannya
Ahmad Naeim bin Mohammad,

pada hari Sabtu, 31 Julai 2010

bertempat di
Madrasah Nur Shukri, 
Kg. Sega, 18500 Machang, Kelantan.

dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang.

Semua AQRABian yang berkesempatan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan penuh barakah ini. Kepada bakal pengantin, doa kami "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr"!

Wednesday, May 26, 2010

Peluang tahunan

Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Semoga semua warga AQRAB dalam keadaan baik di mana saja anda berada.

Buat pengetahuan semua, pesta Majlis Konvokesyen Darul Quran tahun ini bakal berlangsung pada 30-31 Julai 2010 di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Nampaknya ada alasan bagus untuk kita sama-sama "singgah" di alma mater kita pada hujung minggu berkenaan.

Tanpa segan silu, di sini kami ingin mengajak kawan-kawan AQRAB yang berkelapangan untuk turut memeriahkan pesta konvokesyen tersebut...lagi ramai lagi meriah. Antara aktiviti yang dapat dilakukan nanti, macam biasalah: rapatkan ukhuwwah, bertukar-tukar berita dan cerita, berjumpa dengan para mu'allim serta mu'allimah yang banyak berjasa pada kita, makan-makan, berkenal-kenalan dengan adik-adik baru/lama di DQ, tinjau keadaan sahabat-sahabat kita yang merintis program Ijazah DQ-USIM, dan tak lupa juga untuk meraikan sahabat-sahabat AQRAB yang bakal menerima sijil diploma pada majlis konvokesyen tahun ini.  

Oleh itu, kepada semua AQRABian yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk 30 dan 31 Julai ini, jom meriahkan konvokesyen Darul Quran. Yang sedang belajar di luar negara pun, manalah tahu pulang bercuti waktu itu, jom ke Darul Quran.

Jumpa di sana!

Sunday, May 2, 2010

Ada lagi kawan kita bakal bina masjid

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah, dua orang lagi AQRABian bakal mengikat hubungan mereka dengan pernikahan tidak lama lagi. Berikut adalah butir-butir majlis yang bakal dilangsungkan.


Siapa yang bukan di Mesir tetapi mahu turut hadir, silakan. 

Marilah sama-sama doakan pernikahan mereka lancar dan dapat menjalani hidup bahagia selama-lamanya. Seluruh warga AQRAB mengucapkan "barakallahu akuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a baynakuma fi khayr" kepada Mohd. Syafiq dan Nuraini Juwita!

Selamat Pengantin Baru Irsyat dan Ain


 
Ceria lagi bahagia

Alhamdullilah, akhirnya sahabat kita ini telah selamat melangsungkan hari yang bersejarah dalam hidupnya. Pernikahan beliau dengan gadis pilihan hati iaitu puan Ain Wirzatun binti  Mat Ani telah diadakan di masjid yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan iaitu di Kampung Cheraka, Jeram, Selangor. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, perkenalan mereka ini telah terbina sejak di Darul Quran lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila bertanya kepada mereka.

Persandingan beliau pada keesokkan harinya telah dihadiri dengan kedatangan AQRABian iaitu Asyraf, Hilmi, Naziruddin, Zulnash, Mawardi dan Lokman. Sesunggunya kedatangan mereka ini adalah untuk mewakili sahabat-sahabat lain yang tidak dapat hadir terutamanya yang berada di luar negara. (hehehe)

Kemudian pada 25 April baru-baru ini telah diadakan resepsi sebelah lelaki. Dengan tema bewarna merah jambu/pink, majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Pasangan pengantin pula nampak berseri dan indah dengan kombinasi putih pink pada persalinan mereka. Beberapa orang banat AQRAB juga tidak ketinggalan hadir untuk meraikan persandingan Irsyat. Tahniah Irsyat dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal hingga ke syurga. Kami warga AQRAB sentiasa mendokan yang terbaik untuk kalian.

Sunday, March 28, 2010

Doa untuk semua

Assalamualaikum wrt wbh.

Kami memohon maaf daripada semua kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update sejak entah bila. Adapun entry kali ini, kami tujukan khas buat teman-teman AQRAB yang sedang atau bakal menduduki ujian atau peperiksaan di institusi pengajian masing-masing.

Semoga anda semua, sama ada yang sedang menuntut ilmu di Malaysia, Mesir, Jordan, Madinah, Indonesia, Syria atau tempat-tempat lain, terutama yang buat kesekian kalinya sedang bertemu lagi dengan peperiksaan...akan memperoleh kejayaan yang bermakna. Ameen.



Friday, January 1, 2010

AQRABians di UIAM


Gombak, 1 Januari -- Alhamdulillah, buat kali pertamanya, pelajar-pelajar AQRAB yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berkumpul dalam suatu majlis MAKAN PAGI pada jam 10 pagi tadi di EDU LR9 yang rosak pendingin hawanya.

Gathering tersebut telah diilhamkan oleh Najwah dan akhirnya kami dapat mencuri masa untuk bertemu di celah-celah kesibukan jadual harian masing-masing. Empat orang daripada 13 orang tidak dapat hadir disebabkan jemputan ke majlis-majlis lain atau urusan penting masing-masing. Namun begitu, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan baik, alhamdulillah.

Majlis santai ini telah dipengerusikan oleh brother Fathul Najmi dan dimulakan dengan ta'aruf sesama hadirin. Sejurus selepas itu, kami semua berkongsi pendapat dan cadangan serta kemusykilan yang timbul sepanjang berada di UIA. Resolusinya, kami telah membuat kesepakatan awal untuk membentuk semacam ittihad atau persatuan alumni Darul Quran di UIAM memandangkan gelombang AQRAB telah meramaikan lagi pelajar-pelajar lepasan diploma Darul Quran secara tiba-tiba; dan kami merumuskan bahawa insha Allah selepas ini, mungkin akan ada lebih banyak pelajar Darul Quran yang mahu melanjutkan pengajian di UIAM. Dengan kewujudan "persatuan" yang sebegini, diharapkan sebarang pengalaman yang telah kami lalui di sini dapat dikongsi bersama adik-adik yang masih berada di Darul Quran supaya mereka mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh berkenaan sistem pengajian di sini.



Ada juga yang menyuarakan cadangan untuk menubuhkan "PERKEMAT UIA" tetapi malangnya cadangan ini telah mendapat sambutan yang langsung tidak memberangsangkan. Selain itu, kami berkongsi cadangan tentang cara-cara terbaik untuk melestarikan hafazan al-Qur'an masing-masing sepanjang tempoh kehidupan di UIAM: ada yang mencadangkan penglibatan dalam co-cu Tahfiz (niche area), ada juga yang memperkenalkan Jam`iyyah Khadim al-Qur'an (JKQ) yang turut menjadi platform yang dikira baik untuk mengulang hafazan al-Qur'an di UIA.

Sebelum makan, sempat pula diadakan cabutan bertuah. Adapun tiket-tiket cadangan bertuah itu tidak dilabel dengan nombor seperti kebiasaannya, tetapi sebaliknya diletakkan nama-nama pelbagai haiwan liar, mungkin untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar. "Haiwan-haiwan" yang bertuah mendapat hadiah termasuklah cipan, zirafah, siput, landak, semut, beruang serta ikan. Selepas itu brother Fikri Anwar telah membacakan doa, lalu kami pun makan.

Apa pun, kami bersyukur atas pelaksanaan perjumpaan tersebut, dan berharap agar di masa hadapan, lebih banyak perjumpaan sedemikian dapat berlangsung demi kebaikan bersama. Jika cadangan menubuhkan kelab alumni Darul Quran UIA itu berjaya dipenuhi, harapan kami semoga kewujudannya nanti dapat membawa lebih ramai pelajar Darul Quran, khususnya lepasan diploma, ke arah visi Integration, Islamisation, Internationalisation serta Comprehensive Excellence yang didokong oleh UIAM.