Wednesday, May 26, 2010

Peluang tahunan

Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Semoga semua warga AQRAB dalam keadaan baik di mana saja anda berada.

Buat pengetahuan semua, pesta Majlis Konvokesyen Darul Quran tahun ini bakal berlangsung pada 30-31 Julai 2010 di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Nampaknya ada alasan bagus untuk kita sama-sama "singgah" di alma mater kita pada hujung minggu berkenaan.

Tanpa segan silu, di sini kami ingin mengajak kawan-kawan AQRAB yang berkelapangan untuk turut memeriahkan pesta konvokesyen tersebut...lagi ramai lagi meriah. Antara aktiviti yang dapat dilakukan nanti, macam biasalah: rapatkan ukhuwwah, bertukar-tukar berita dan cerita, berjumpa dengan para mu'allim serta mu'allimah yang banyak berjasa pada kita, makan-makan, berkenal-kenalan dengan adik-adik baru/lama di DQ, tinjau keadaan sahabat-sahabat kita yang merintis program Ijazah DQ-USIM, dan tak lupa juga untuk meraikan sahabat-sahabat AQRAB yang bakal menerima sijil diploma pada majlis konvokesyen tahun ini.  

Oleh itu, kepada semua AQRABian yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk 30 dan 31 Julai ini, jom meriahkan konvokesyen Darul Quran. Yang sedang belajar di luar negara pun, manalah tahu pulang bercuti waktu itu, jom ke Darul Quran.

Jumpa di sana!

Sunday, May 2, 2010

Ada lagi kawan kita bakal bina masjid

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah, dua orang lagi AQRABian bakal mengikat hubungan mereka dengan pernikahan tidak lama lagi. Berikut adalah butir-butir majlis yang bakal dilangsungkan.


Siapa yang bukan di Mesir tetapi mahu turut hadir, silakan. 

Marilah sama-sama doakan pernikahan mereka lancar dan dapat menjalani hidup bahagia selama-lamanya. Seluruh warga AQRAB mengucapkan "barakallahu akuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a baynakuma fi khayr" kepada Mohd. Syafiq dan Nuraini Juwita!

Selamat Pengantin Baru Irsyat dan Ain


 
Ceria lagi bahagia

Alhamdullilah, akhirnya sahabat kita ini telah selamat melangsungkan hari yang bersejarah dalam hidupnya. Pernikahan beliau dengan gadis pilihan hati iaitu puan Ain Wirzatun binti  Mat Ani telah diadakan di masjid yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan iaitu di Kampung Cheraka, Jeram, Selangor. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, perkenalan mereka ini telah terbina sejak di Darul Quran lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila bertanya kepada mereka.

Persandingan beliau pada keesokkan harinya telah dihadiri dengan kedatangan AQRABian iaitu Asyraf, Hilmi, Naziruddin, Zulnash, Mawardi dan Lokman. Sesunggunya kedatangan mereka ini adalah untuk mewakili sahabat-sahabat lain yang tidak dapat hadir terutamanya yang berada di luar negara. (hehehe)

Kemudian pada 25 April baru-baru ini telah diadakan resepsi sebelah lelaki. Dengan tema bewarna merah jambu/pink, majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Pasangan pengantin pula nampak berseri dan indah dengan kombinasi putih pink pada persalinan mereka. Beberapa orang banat AQRAB juga tidak ketinggalan hadir untuk meraikan persandingan Irsyat. Tahniah Irsyat dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal hingga ke syurga. Kami warga AQRAB sentiasa mendokan yang terbaik untuk kalian.