Friday, February 25, 2011

Tahniah tahniah tahniah tahniah

Alhamdulillah, baru-baru ini empat lagi AQRABian telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati masing-masing. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Fikri Sharbini dan pasangannya Dayangku Nurul Hafizah (pelajar Ilham), saudari Noraina Suzana dan pasangannya, saudari Nur Safinah dan pasangannya, serta saudara Hazman Yani dan pasangannya. 

Setakat ini pihak pentadbir blog hanya berjaya mendapatkan sedikit gambar majlis pernikahan saudari Fikri dan isterinya Dayangku Hafizah. Kepada siapa-siapa sahaja yang ada menghadiri majlis yang lainnya dan mempunyai gambar-gambar yang relevan, boleh e-melkan kepada aqrab_uptotheminute@yahoo.com supaya dapat disiarkan untuk tatapan sahabat-sahabat.


Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari blog ini.

Kepada keempat-empat pasangan bahagia ini, kami ucapkan jutaan tahniah. Kami juga turut berkongsi kegembiraan atas hari bersejarah anda semua. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr, ameen!

Wednesday, February 16, 2011

Jemputan walimatulurus

Assalamualaikum wrt wbh

Alhamdulillah, seorang lagi AQRABian bakal melangsungkan pernikahannya dan menjemput semua sahabat untuk turut menghadiri hari bahagianya.

Jemputan ke walimatul urus

Nur Safinah binti Che Mat Noor
dan pasangannya
Siddq bin Muhammed
di alamat
No. 343, Kg. Cheng Kuak Damak,
27030 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Akad nikah akan dilangsungkan pada hari Khamis 17 Februari 2011 pada jam 9 pagi.
Kenduri kesyukuran pula pada 28 Mei 2011 dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang.

Bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan, sama-samalah meraikan hari bersejarah pasangan ini.
Doa kami untuk anda berdua, "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr!"