Saturday, January 24, 2009

LAFUNTA 09 DAPAT SAMBUTAN HANGAT !!!!


DQ – Languange Fun Fiesta 09 atau LAFUNTA 08 telah diadakan selama 3 hari bermula 16 Januari hinggalah 18 Januari 2009 yang bertempat di Dewan Muktamar DQ. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Kodir Bin Sallah manakala upacara penutup Ustaz Che Ibrahim Bin Che Min selaku Pengarah Darul Quran serta turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Abdul Muin yang memegang profil sebagai Ketua Jabatan Bahasa, Ustaz ‘Ubadah, Ustaz Asri, Teacher Anis dan Teacher Zaililawati sepanjang program ini berlangsung.

Bertemakan War of words, wit & wisdom, program ini telah berjaya menarik minat hampir kesemua para warga DQ untuk mengambil bahagian. Pelbagai pertandingan telah dipertandingkan namun yang paling mencuri tumpuan adalah koir, spell – it – right – challenge, choral speaking, nasyid dan explorace. Gerai jualan juga menggamit kedatangan peniaga luar yang rata-ratanya mengeluh tidak menang tangan dalam melayan pelanggan yang mengunjungi gerai mereka. Apa yang tidak diduga dari krew LAFUNTA ’09 ialah kehadiran para pelajar sekitar KKB yang nyata sangat berminat dengan ‘Quranic Booth’ yang menggunakan konsep talaqqi dan musyafahah dari ustaz terpilih.

Rentetan dari LAFUNTA ’09, pelbagai spekulasi timbul. Namun, apa yang terbaik adalah masing-masing mengambil pengajaran dari apa yang berlaku . Daripada kita saling bertikam lidah untuk menyatakan program mana lebih ilmiah, adalah lebih baik semua pihak mengaplikasikan kejayaaan pihak Pengarah dan krew Lafunta 09 dalam menarik minat dan perhatian warga DQ untuk datang ke program yang dianjurkan dan mengasimilasikan gerak kerja positif yang pertama kali diketengahkan dalam LAFUNTA ’09 ke dalam program-program yang akan datang sama ada yang dianjurkan oleh pihak DQ mahupun PERKEMAT. Harapan yang pasti daripada Pengarah dan krew LAFUNTA ’09 adalah semoga program ini menjadi satu penanda aras bagi menilai kejayaan sesuatu program yang akan dilakukan pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian, wartawan kami telah mendapatkan komen daripada Pengarah Lafunta 09 bagi menjawab persoalan yang berlegar di kotak fikiran pihak UTTM.

UTTM:assalamualaikum tuan Director. Lafunta 09, how’s life?

D.LAFUNTA: ‘Alaikassalam, alhamdulillah طيب, tapi things seem to be complicated sket semenjak due menjak ni.... ade ape?

UTTM: LAFUNTA 09, apa komen?

D.LAFUNTA:owh, 1stly, time kaseh sbab bg ruang tuk ckap... Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, semua ini adalah program kita dan semua harus hari-hari ingat bahwa semua perancangan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan tanpa pertolongan Allah dan usaha kita semua. Dan saya bersyukur kerana program telah berjalan secara lancar seperti yang telah dirancangkan.

UTTM:dengar citer ni program mksiat? Btol ke?

D.LAFUNTA:Ha?(trkejut), mana dapat citer ni? Melodi ke? Urgh kalo Mastika x yah caye la.. mane ade , gosip je sume 2... citer yang btolnyer, saya akan jelaskan kat masjid pas raye Cine... Tunggu........

UTTM:Oh, yeke, tapi mcam mane plak kami dgar mcam ade unsur sabotaj je kat LAFUNTA ni? Guane 2? Jawab2...

D.LAFUNTA:Cheh, x patut btol la soklan2 mcam ni, bikin gua panas jek.. Astaghfirullah, istighfar syeikh... jgan ikutkan ati sgt, bnde2 ftnah ni ade d mane2, cume terpulang kpd kite utk mengelak dan strusnya membtolkan keadaan... jgan cpat mlatah walopun ftnah 2 kena kat btang idong kite...

UTTM:Ftnah? Jadi btol la ade unsur sabotaj?

D.LAFUNTA: pergh, soklan... ni soklan ke hasutan?????? Ok la, nk sgt.. dgar ni: sabotaj x sabotaj saya x dpt nk ulas stkat ni tuk elak pape yang bruk berlaku, jd adalah lbey elok kalo saya kate, sume orang ada sumbangan masing-masing kepada LAFUNTA, samada ia buruk atau baik, saya terima secara psitif kerna kalo ikot gerak kerja seorang profesional(kata Mahatma Gandhi) kita kena berlapang dada dan ambil segala yang negatif 2 tukarkan menjadi satu aset yang bernilai untuk kpntngan bersama... chewaah...

UTTM:apa komen secara peribadi pasal koir? Sbab bende ni bnde baru kat dq kan?boleh gak LAFUNTA wat ek? X tkut kena hentam ke? Hehe....

D.LAFUNTA: cheh mntang2 la aku pun masuk koir 2... sepak gak dak ni kang... ok sbnonye macam ni je pd pndpat saya....saya bagi satu tamsil, kuew tiow, x sume orang mnat kuew tiow dan sebaliknya, bgitu juga hidup ni,x sume orang ada mnat yang sama,dan untuk itu, Kita semua perlu ingat bukan semua orang sama cara tarbiahnya dan tidak semua orang boleh hidup tanpa apa yang dia mnat begitu juga sebaliknya.

Untuk koir, saya akui ia sesuatu yang baru dan ia merupakan antara tarikan yang terbesar kepada LAFUNTA o9, justeru, memang ada pro dan kontranya. Mungkin ada yang mengatakan koir adalah jelmaan gereja dan sebagainya.

Tapi Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

Nasyid koir plak merupakan gabungan alunan irama nasyid yang telah disebatikan bersama alunan muzik koir. Kadang kala irama alunan bercorak koir ini digantikan dengan alunan muzik berunsurkan acapella iaitu corak alunan muzik tanpa menggunakan alat muzik tetapi hanya menggunakan getaran bunyi yang keluar dari mulut.

Alunan irama nasyid koir juga dilihat kini amat begitu jitu di kalangan penggiat seni bercorak kerohanian sehinggakan irama ini sering kali dianggap sejagat atas kejayaannya memuatkan unsur-unsur harmoni dan kotemporari dalam penyediaannya

Nasyid koir lebih wajar dan lebih unggul dengan kehadiran bacaan lunak ayat-ayat suci Al-Quran di samping paduan bunyi vokalnya yang mantap.

Sejarah kemunculan nasyid koir dikatakan berpunca daripada sumbangan dan pengaruh alunan azan, alunan dan irama bacaan ayat suci Al-Quran, rentak muzik masyarakat timur tengah, daya kekuatan vokal insan(lingkungan suara manusia) serta daripada rentak lagu bercorak penduduk peribumi.

Kejayaan dalam memaparkan kesenian nasyid koir mengikut etika Islam perlulah dilihat dalam konteks yang luas, namun syarat-syarat nyanyian seperti mendendangkan nyanyian dengan bermakna, mengikut asas panduan pokok dari Al-Quran dan As-Sunnah serta dendangan yang tidak diikuti unsur lagha(melalaikan)dan mmenjaga aurat (dari aspek pakaian dan suara)amatlah perlu dititik beratkan selalu.

Nasyid koir plak lebih lunak didendangkan bersama penggunaan alat muzik tak bertali misalnya kompang, bongo, kerincing dan sebagainya. Namun ada pendapat dari ahli Ulama fiqh yang membenarkan nyanyian dengan menggunakan alat muzik bertali seperti gitar,biola dan piano.

Perghh... berbuih mulut ckap ni, x kan xde aer ke, kueh ke?

UTTM:jadi apa kaitannya ngan dq...? x ke ghorib namenye 2?ape plak motif wat koir kat dq?

D.LAFUNTA:ishk... amende la soklan.... x m’bina lnsung... kalo nk kate ghorib, pkai kain pegi dewan mktamar dan amek adiah dr pngarah DQ pun patut dlabelkan ghorib, tp x pe, sy jwab gak soklan ni... mcam ni... kami bercdang ingin mmplbgaikan method dakwah sbgai prsiapan utk para graduan bile kluar die dah mklum mngnai hkum dan cara koir yang dbnarkan syara’, maka tidaklah nanti mnjadi satu kgnjilan bila kite sume brhdapan ngan stuasi mcam ni...

Dalam bab hukum, jgan cepat mlatah, kita ada ulama’ dan crdik pndai yang lbih mklum, kalo ade silap dlam bab2 sprti pmkaian, sume 2 kami akan rjuk kpada mreka yang arif dan pakar. Dan stelah drujuk, isu pkaian tidak timbul cume mgkin msej dlam lagu itu yang skar dtrima atau ssah nk dtrjmahkan... snang citer x pham la, sbab koir 2 dlam english and arabic la.....

Justeru, DQ harus mempelbagaikan inisiatif untuk berdakwah dan dakwah tersebut haruslah dilakukan secara berhikmah. Konsep hikmah tersebut haruslah mengambil kira jalan yang terbaik untuk menyampaikan risalah Allah dan perlu ingat tidak semua cara sesuai untuk semua orang.

Oleh itu, lagu dan koir boleh menjadi metod untuk berdakwah kerana nasyid dan koir tidak banyak bezanya.Mengapa nasyid diterima manakala koir ditolak mentah – mentah ?? sedangkan kedua – duanya dihukumkan harus di dalam Islam.

Ha, gitula, x paham2 lagi dak UTTM ni.....

UTTM:owh mcam 2 la... baru la paham..... tapi macam pnjang sgt la pulak intrview kami ari ni, pnat pulak.... rehat jap, nk p mkan tgah hari sat....

D.LAFUNTA:kami harap sume bley jlas ngan isu ni ek.... ok2, nanti kita smbung.....




Saturday, January 10, 2009

Malam Seribu Kenangan


DQ – Malam Seribu Kenangan telah berlangsung dengan gilang – gemilang pada 10 Januari yang bertempat di Dewan Muktamar DQ. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Zawanah berikutan Pengarah DQ tidak dapat menghadirkan diri atas sebab – sebab tertentu dan dipengerusikan oleh saudara Azan Safar. Penasihat AQRAB iaitu Ustaz Zaki turut terharu dengan mengatakan inilah satu-satunya program yang dianjurkan oleh AQRAB yang mendapat sokongan dan penyertaan semua warga AQRAB .Antara objektif Malam Seribu Kenangan untuk meraikan pensyarah-pensyarah, staf dan kakitangan DQ serta para pelajar semester 6 AQRAB yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi kerana tidak pernah ada majlis seumpama ini dibuat sebelum ini. Majlis ini turut digamatkan dengan persembahan roomate bersaudara Anas dan Muhaimin,Hiqmy dan Hazman Yanie. Kemuncak acara ini adalah pada sesi bermaafan dengan pensyarah- pensyarah, staf dan kakitangan yang hadir bersama para pelajar AQRAB dan sesi fotografi beramai-ramai.Semoga malam tersebut meninggalkan seribu satu kenangan kepada kita semua.

Corat – coret sepanjang Malam Seribu Kenangan :-
# Program ini telah banyak tajaan terutamanya sebilangan warga AQRAB dalam menjayakannya seperti tajaan hiasan bunga, sewa meja makan yang berpatutan,kewangan dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak diucapkan!!!
# 50 ajk telah digunakan bagi menjayakan program ini dan turut mendapat sokongan dan kerjasama oleh warga AQRAB yang lain yang tidak terlibat secara rasmi.
# Muhib,Abi,Bro,Fahmi dan Farid Ramadhan telah diambil nama oleh pihak HEP gara-gara balik lambat semasa mencari cenderahati yang sesuai untuk kita.
# Sumber kewangan merupakan masalah utama program ini namun alhamdulillah telah selesai apabila elaun masuk RM240 sehari sebelum majlis berlangsung.
# Cadangan memakai kemeja lengan panjang dan tali leher telah mendapat bantahan daripada banin dan banat pada mulanya.
# Jumlah peruntukan untuk hidangan makan malam berjumlah RM 4500 dengan menggunakan khidmat Restoran Farhan Grill yang merupakan restoran suami Ustazah Farhana.
# Persembahan paling mencuri tumpuan malam tersebut tentunya daripada Saudara Hiqmy yang selamba dan bersahaja.
# Pakaian rasmi banin AQRAB adalah songkok hitam,kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack dan berkasut manakala banat berpakaian jubah lengkap.