Friday, April 3, 2009

Iimaan Berangkat ke Yaman


Khamis, 2 April – Alhamdulillah, pada jam 4:30 petang, Nurul Iimaan Nor Khair akhirnya telah berlepas ke Yaman setelah rancangannya untuk berlepas pada hari Ahad yang lepas tertunda disebabkan masalah yang berbangkit pada saat-saat akhir tempohari.

Nurul Iimaan pergi ke Yaman untuk melanjutkan pengajiannya di Sana’a Insha Allah. Walau bagaimanapun, urusan pendaftaran pengajiannya hanya akan dibuat setelah mereka tiba di sana, memandangkan kemasukan pelajar untuk sesi terdekat di universiti idamannya, Universiti Eman, hanya akan berlangsung sekitar bulan Ogos nanti.

Nurul Iimaan telah berangkat ke Yaman bersama-sama ibu dan ayahnya beserta tiga orang adik lelaki yang juga akan meneruskan pengajian di Yaman. Selepas setahun, mereka akan memutuskan sama ada untuk meneruskan pengajian di sana ataupun tidak, bergantung pada keadaan semasa.

Nurul Iimaan telah bertolak dari KLIA dengan menggunakan perkhidmatan Yemen Airlines…walaupun tanpa ada kawan-kawan dari Darul Quran yang dapat mengiringinya untuk send-off terakhir (hahaha sorry Iimaan!). Namun, katanya ada sahaja schoolmates yang datang untuk menghantarnya di KLIA.

Iimaan juga sempat menyampaikan beberapa kerat ucapan untuk para sahabat AQRAB :

"Firstly, saya mintak ampun dan maaf berjuta-juta kali kepada semua yang mengenali diri ini atas segala kesilapan dan kesalahan, sengaja atau tidak. Mengumpat termasuk jugak. Hehe.

"Pastu, thanks banyak-banyak kepada semua yang telah sangat banyak membantu dan mendorong saya ke arah hidup yang lebih dinamik dan ceria. Kehkeh. Terutama sekali buat guru-guru tercinta, sahabat-sahabat banat yang rapat dan semuanya, buat sesiapa yang pernah jadi ketuaku, tak lupa kepada krew Bit-Info dan semua yang info-info, A.T.O.A., and all, korang memang best (hanya korang yang mampu, orang lain?)…dan sesiapa yang pernah termasuk dalam lakaran diari hidupku.

"Saya pergi ni setahun je ikut planning family. Tapi, Insha Allah kalau ada rezeki, dapat masuk kulliyyah and urusan semua dapat di-settlekan dengan senang, dapatlah sambung kat sana 3-4 tahun."

Walau apapun, kami mengucapkan selamat jalan kepada Nurul Iimaan dan kami akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraannya walau di mana dia (beliau?) berada. Semoga selamat sampai, berjaya menggenggam cita-cita yang dikejar…dan sampai bertemu lagi!

Selamat sampai

Alhamdulillah, jam 11:15 pagi tadi, Iimaan mengirimkan SMS ni (saya transliterasikan kepada bahasa yang lebih jelas):

"Salam. Saya dah selamat sampai rumah baru [di Sana'a] lebih kurang jam 5:30 pagi waktu Malaysia. Katanya, sekarang kat sini bukan musim sejuk. Tapi rasa macam dalam icebox giant. Tak tahu nak keluar dari icebox ni camne. Sejuk."

(Dah sampai nak keluar pulak. Hahaha. Iimaan, bukan semua orang dapat sampai kat "icebox giant" tu.)

Manfaatkanlah peluang yang dah ada di depan mata walau di mana berada.

Ilalliqa'!

3 comments:

cikgu Haibara said...

haha..cayalah iman..akhirnyer smpai jugak die kat yaman..haha..zahidah, auni(rindu bangat sama lo)afiah, iman dah selamat berada di tempat belajar mereka..semoga semua ahli aqrab juga akan ikut semangat dorg..tak kira lah beljar kat dalam atau luar yg penting semangat belajar tu ade..kan?kan?kan?

p/s : uwaaa(T_T), dorg tak de tym konvo nanti..uhukuhuk..

spaggy said...

alhamdulillah..mg allah permudahkan urusan and cita-cita nk terus smbg kat sane tu tercapai..apa-apa pun iman mmg kwn yg sukr tok dilupakn..ingt janji kt.huhu.mg ramai lg aqrabians yg dpt ikut jejak shbt2 kt ni smbg blj kat bumi barakah tak ketinggalan diri aku gak..amin

sy said...

yaman mmg best.tp xsemua org sesuai dgn environmentnya.sape2 nk pg yaman UTK BELAJAR dan tarbiyah jiwa, mmg great!!
to haibara n kak spaggy,thnks!