Tuesday, June 9, 2009

Taklimat Permohonan Ijazah Quran Sunnah (dengan kepujian) Darul Quran-USIM

Darul Quran, 4 Jun – Sebuah taklimat telah dianjurkan oleh bahagian Akademik Darul Quran khusus untuk menerangkan butir-butir program Ijazah Quran Sunnah USIM-DQ yang bakal dilaksanakan di Darul Quran buat pertama kalinya pada bulan Julai ini.
Di sini kami ingin berkongsi maklumat yang telah diperoleh di taklimat tersebut (maaf lambat).
Program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia
Tempoh pengajian: selama 3 tahun
Syarat kemasukan:
Syarat umum:
Lulus SPM/setaraf, kepujian dalam BM atau kepujian BM kertas Julai;
DAN
Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat universiti (maknanya pemegang Diploma Darul Quran termasukla nih);
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya tahap 1 (band 1) dalam MUET
Syarat khusus
[*kata Puan Zawanah, normalnya sesiapa yang telah berjaya masuk ke Darul Quran, pastinya sudah melepasi kelayakan-kelayakan berikut]:
a) Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam subjek berikut:
1) Bahasa Arab Tinggi ; dan
2) mana-mana DUA subjek ini : Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, PSI, PQS;
b) Mendapat sekurang-kurangnya kepujian peringkat SPM bagi SATU (1) subjek lain termasuk Bahasa Melayu,
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya lulus peringkat SPM subjek Bahasa Inggeris.
c) Memiliki diploma dalam bidang yang dipohon;
d) Mempunyai kemampuan bertutur dan menulis dlm Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang memuaskan atau mempunyai kelulusan lain yang d iktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh senat universiti.
Pengecualian kredit:
pelajar perlu menyelesaikan 130 jam kredit berdasarkan kepada komponen berikut :
i) kursus wajib universiti: 25 unit
ii) kursus wajib fakulti: 27 unit
iii) kursus wajib program: 66 unit
iv) kursus elektif program: 12 unit
Pengecualian kredit (khusus untuk pelajar-pelajar Darul Quran):
Jumlah pengecualian jam kredit bagi pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda Quran Sunnah di Darul Quran adalah seperti berikut :
a) 33 jam bagi pelajar syukbah dakwah
b) 30 jam bagi pelajar syukbah qiraat
jumlah keseluruhan jam krdt slpas pengecualian adalah seperti berikut:
a) syukbah qiraat: 100 jam
b) syukbah dakwah: 97 jam
*Tambahan: pengecualian kredit hanya diberikan apabila sesuatu kursus mendapat gred min “C”
[penerangan: contohnya kalau anda pelajar syukbah Dakwah, dan dalam program ijazah nih nanti ada subjek Pengantar Dakwah (ni contohla kan, kami tak tahu apa subjek-subjek sebenar yang ditawarkan), nanti anda tak perlu lagi menduduki subjek ini. Dengan syarat! Masa kat DQ dulu, anda dapat tidak kurang daripada 2.00 untuk madah-madah berkenaan.)
Penginapan: penginapan di asrama Darul Quran (untuk tahun pertama)
Kelonggaran akan diberikan berdasarakan kepada keperluan semasa
Pakaian: pakaian mestilah kemas, berbeza dengan pelajar-pelajar diploma (tiada lagi pakaian seragam hahaha), akan diberitahu semasa pendaftaran.
Biasiswa: keistimewaan bagi pelajar yang mengikuti program ini akan diberikan biasiswa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Darul Quran.
Yuran pengajian: pembiayaan yuran pengajian bagi program ini akan dipertimbangkan oleh pihak Darul Quran
Tetapi, yuran orentasi ditanggung oleh pelajar.
Pihak Darul Quran juga akan mengadakan kelas ulangan al-Quran khusus untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda ini.
Pensyarah-pensyarah bagi program ini terdiri daripada ahli akademik dari kalangan pegawai-pegawai JAKIM yang berkelayakan Sarjana (sekurang-kurangnya) dalam bidang yang berkenaan. Individu-individu dari industry yang berkenaan juga akan mengajar dalam subjek-subjek tertentu. Misalnya, jika terdapat subjek Perbankan Islam, pihak USIM-DQ akan mengambil individu-individu yang sudah berpengalaman dalam industry perbankan serta mempunyai latar belakang yang bersesuaian untuk mengajar subjek tersebut.
Di akhir pengajian, pelajar-pelajar akan menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Walau bagaimanapun, program ini akan diadakan sepenuhnya di Darul Quran. Sekiranya ada aktiviti yang memerlukan pelajar hadir ke kampus USIM, pihak Darul Quran akan menyediakan pengangkutan.
Bagi yang mahukan borang permohonan program ini, sila muat turun borang tersebut di sini.

Borang tersebut mestilah dihantar kepada pihak Akademik Darul Quran selewat-lewatnya pada 11 Jun 2009 ini. Sila ajukan sebarang pertanyaan berkenaan program ibi kepada bahagian Akademik Darul Quran.

No comments: