Sunday, July 5, 2009

ATOA Mencari Penaja


Sukacita dimaklumkan kepada semua warga AQRAB bahawa majalah rasmi AQRAB,
AQRAB: the Official Album (A.T.O.A.) kini dalam fasa-fasa akhir pembikinannya. Walau bagaimanapun, sidang redaksi A.T.O.A. memerlukan bantuan warga AQRAB untuk mencukupkan dana bagi membiayai percetakan majalah ini.

Buat pengetahuan semua, anggaran
kos percetakan bagi senaskhah majalah tersebut adalah sebanyak RM50. Bilangan majalah yang mahu dicetak pula adalah sebanyak 250 naskhah. Oleh itu, anggaran kos keseluruhan bagi percetakan A.T.O.A. ialah RM12, 500.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan tajaan penuh daripada pihak sponsor, maka warga AQRAB tidak perlulah membayar satu sen pun untuk mendapatkan majalah rasmi semester kita. Sebaliknya, jika pembiayaan yang diperoleh daripada penaja tidak cukup untuk membayar keseluruhan kos percetakan, maka secara logiknya, ahli-ahli AQRAB nanti perlulah membeli majalah masing-masing menggunakan duit sendiri.


Oleh itu, kami memohon jasa baik anda semua untuk turut sama mencari penaja bagi menampung kos percetakan A.T.O.A. Surat memohon tajaan boleh dimuat turun di sini:

Surat tajaan A.T.O.A. versi Bahasa Melayu:

http://www.filefactory.com/file/ahbd09a/n/Surat_T

ajaan_ATOA_doc


Surat tajaan A.T.O.A. versi Bahasa Inggeris:

http://www.filefactory.com/file/ahbd087/n/ATOA_S

ponsorship_Letter_doc


Andai kata wang tajaan yang diperoleh tidak mencukupi, sememangnya AQRABians akan perlu mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan naskhah A.T.O.A. masing-masing; akan tetapi, sekiranya situasi ini berlaku, individu-individu yang telah membantu untuk mendapatkan wang tajaan tidak perlu lagi untuk membayar apa-apa untuk mendapatkan A.T.O.A. (ikut banyak mana tajaan yang dia berjaya dapatkan).

Sekiranya anda mahu atau sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyumbang kepada A.T.O.A., anda bolehlah memasukkan wang ke dalam akaun berikut:

(Bayaran menggunakan cek/draf bank hendaklah dibuat kepada):

MAYBANK

LUQMAN AL HAKIM BIN MOHAMED YUNOS

No. akaun: 1645 6607 7414

Jika anda sudah membuat sebarang aktiviti bank-in kepada akaun ini, sila maklumkan kepada bendahari A.T.O.A., saudara Luqman Al-Hakim bin Mohamed Yunos (012 208 6434) atau kepada timbalan bendahari, saudari Faten Thaaherah binti Ahmad Shahbuddin (013 321 8110).


Sidang redaksi AQRAB: the Official Album sangat-sangat menghargai kerjasama, kesungguhan dan usaha anda dalam merealisasikan penerbitan A.T.O.A. menjelang Majlis Konvokesyen 2009 nanti. Semoga Allah membalas usaha anda dengan balasan yang selayaknya.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah ditujukan kepada pengarah, Ahmad Syukran bin Baharuddin (013 2001 876 atau sukess@yahoo.com) atau timbalan pengarah, Maryam Nabeelah binti Ismail (017 628 8093 atau mnabeelah@yahoo.com).


Sekian dimaklumkan.

No comments: