Tuesday, August 4, 2009

"Kepingin Nak Tengok A.T.O.A."

Memandangkan pihak A.T.O.A mendapat permintaan yang tinggi daripada sahabat-sahabat AQRAB untuk melihat serba sedikit layout majalah ini, maka dengan rendah dirinya, mereka sudi berkongsi lakaran kenangan ini bersama. Diharapkan agar anda semua terus menyokong krew A.T.O.A. yang telah berusaha sebaik mungkin berkongsi yang terbaik untuk kita semua. Jom tengok sama-sama!

















Untuk pengetahuan semua, krew A.T.O.A. yang terdiri daripada pengarah: Ahmad Syukran, timbalan pengarah: Maryam, designer rasmi: Siti Nurhafizah, Firdaus Akhir, Syaukani dan seluruh krew yang lain telah bertungkus-lumus berganding idea, tenaga dan kemahiran bagi menghasilkan A.T.O.A. ini.

Layout dengan warna-warna menarik di atas hanya akan dapat dicetak sekiranya wang mencukupi. Oleh itu, krew A.T.O.A. merayu dan mengharapkan agar sahabat-sahabat AQRAB dapat bekerjasama menjelaskan bayaran dengan segera bagi memudahkan pengurusan kos printing. Jika tidak, terpaksalah kita sekadar berputih mata melihat helaian-helaian yg direka dengan menarik tetapi dicetak dalam satu warna sahaja.Bagi sesiapa yang berbesar hati untuk menghulurkan sumbangan, kalian dialu-alukan berbuat demikian dan krew A.T.O.A akan berterima kasih kerana anda meringankan bebanan mereka.

Diharapkan sahabat-sahabat semua berpuas hati dengan paparan ringkas ini dan bagi sesiapa yang menginginkan naskhah A.T.O.A., semoga anda dimudahkan urusan untuk mem'bank-in'kan wang sebanyak RM35 ke dalam akaun bendahari A.T.O.A seperti yang tertera di posting-posting sebelum ini. Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk berbuat demikian, diharapkan anda dapat menyerahkan wang itu pada hari Khamis (hari pengambilan jubah konvo) atau pada hari Jumaat (hari raptai konvo).

Didoakan agar kita sama-sama dipermudahkan urusan untuk mendapat segala yang terbaik.

1 comment:

Anonymous said...

SALAM shbt2 AQRAB!
TAHNIAH diucapkan kpd shbt2 y bertungkus -lumus siapkan majalah..so nice!harga amat berpatutan dgn design2y..
Jd, rugilah kalau kita dpt `hitam putih` je..bukan senang tu!
Apakata, kita sama-sama gembleng tenaga tuk jayakan usaha ni!
insyaALLAH kalau masing2 dpt sumbangkan seperti y diminta..@ lbh dr itu..mesti gempak punya..
"KE GUNUNG SAMA-SAMA KITA DAKI, KE LURAH SAMA-SAMA KITA TURUNI" Wallahu`alam..