Friday, September 11, 2009

Jom sampaikan...


Sedar tak sedar dah tinggal tak sampai sepuluh hari lagi kita semua akan meninggalkan madrasah Ramadhan kali ini dan tiada siapa dapat memastikan sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang ataupun ini adalah peluang yang terakhir buat kita. Adakah kita dapat mencapai pangkat imtiyaz, jayyid jiddan, jayyid atau sekadar maqbul untuk konvokesyen pada akhir Ramadhan nanti? Semoga tiadalah antara kita yang manqul hendaknya. 




Sementara masih ada ruang waktu dan roh yang masih dipinjamkan kepada anggota kita, marilah sama-sama kita memaksimakan penggunaan promosi Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi di samping memburu malam Lailatulqadar. Mohonlah segala kebaikan untuk kehidupan di dunia ini dan di akhirat kelak. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan rahmatnya dan terlepas daripada seksaan azab kubur dan api neraka.

Berita gembira buat teman-teman yang telah melangkah jauh meninggalkan bumi Malaysia, anda semua berpeluang menyampaikan ucapan selamat hari raya melalui blog ini untuk ahli keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja menerusi ruangan SALAM KEAQRABAN. Untuk penyertaan, sila emailkan nama, tempat (negara dan institusi pengajian), ucapan dan gambar (MESTI) kepada mana-mana admin yang anda kenal: myadiar@yahoo.com, mnabeelah@yahoo.com, atau eemaankhair@yahoo.com.

Salam akhir Ramadhan, semoga najah menemani sepanjang perjalanan ini.

2 comments:

cikmysara said...

jap..oo..budak luor negaro je ke..yg dok dlm ni..?ish2..diskriminasi nih..~
(^_^)

Orang-orang yang bercerita said...

kteorang dah wat sbnrnye..tapi, xanta lg..dah trlmbat ke??hehe..