Wednesday, November 18, 2009

AQRABians kini: Luar negara (Episod 1)


Apa perkembangan AQRABians hari ini? Majukah, mundurkah? Ada yang sudah bekerja, sedang belajar (di dalam mahupun luar Malaysia), tidak kurang juga yang sudah berumahtangga.

Di dalam post kali ini, UTTM membawakan cerita beberapa orang AQRABians (yang sudi DAN berkesedaran sivik untuk menjawab e-mail interview kami) yang sedang melanjutkan pencarian ilmu mereka di luar negara. Jom ikuti cerita masing-masing:

Mohd Mufti Furqan Mohammad
Hazwan Zakaria
Nur Syazwani Mohamed Nasrudin
Abdul Rahman Zainal Abidin

Diharap sahabat-sahabat yang belum menjawab temubual kami akan menjawabnya selepas membaca artikel ini. Kami akan terus menyiarkan perkembangan saudara-saudari semua di dalam post-post selepas ini, tetapi perkara ini hanya mungkin terjadi DENGAN kerjasama daripada anda.




Mohd Mufti Furqan Mohammad


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Sekarang saya sedang belajar…Di mana? Saya belajar di Sekolah Maahad Qiraat Shoubra…Mak saya suka saya belajar di sini.


2. Dalam bidang apa?


Bidang yang saya ceburi adalah Takhassus Qiraat.. Saya dapat ramai kawan baru di sini… Mereka semua baik-baik dan peramah.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Perjalanan saya setakat ini adalah berjalan kaki... kerana di sini saya masih belum membeli basikal. Ini kerana basikal saya yang lampau yang telah saya tinggalkan di DQ. Saya sangat rindukan Basikal Tua saya. Apa yang saya dapat?...Saya dah dapat simkad baru, Yuhaa..!


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Pandangan saya tentang dunia baru (Mesir) masih kabur kerana di sini terdapat banyak debu berterbangan di udara...Oleh yang demikian, ia tidak menepati jangkaan saya..


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Haa...nanti kalau saya cerita...admin ban pulak…tapi kat sini ade satu lorong nama syari' syaithon (lorong setan)…nak jalan-jalan boleh...saya boleh teman ha~
..tapi yang best..boleh talaqqi dengan syeikh-syeikh. Ni saya belum cerita lagi pasal rumah saya.,.(tandas berlangsir, tandas pesawat dan banyak lagi)


6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?


Ha~...Perkara paling mencabar adalah waktu nak pergi ke masjid @pun ke kelas...saya terpaksa berlari 4x100 apabila dikejar oleh sejenis binatang bernama hanjin dan haritu seorang kanak-kanak Arab bernama Nora (nama sebenar) yang selalu mengganggugugat (kejar, baling batu dll) saya apabila saya melalui lorong di hadapan rumah beliau...





Struktur halaman rumah


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


Al-Quran saya kini berada di kampung halaman saya di Kelantan kerana masa saya packing beg haritu terlupa nak letak sekali. Jadi saya terpaksa berkorban duit membeli al-Quran baru..


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Apa lagi? tak ade dah kot..nanti saya kena buat blog pulak kalau nak cerita-cerita pasal benda-benda camni..nanti tak ader orang nak bace...last-last,  saya yang post topik...saya yang baca .. saya senyum sorang-sorang depan laptop..heee
pastu tak berupdate sampai 2 purnama..hee~
(jangan marah)

Hazwan Zakaria


SOALAN mesra minda (x mesra pon, ponek den mikir eh)


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Belajar, di Shoubra, Egypt.

2. Dalam bidang apa?



Takhassus Qiraat.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Terkontang kanting lagi, rumah pon sementara je nih. Dapat tengok orang Arab & perangainya yang serabut.


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Very challenging. Kalau rajin = Alim, kalau malas = dapat tido je la. Memang menepati jangkaan, sebab my sis selalu cite pengalaman die dulu.


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Dapat belajar cakap ammi, dapat minum asir asob (murah + sodap!), pergi kelas jalan kaki.


6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?


Pergi kelas. Ingat muka mak ayah & Syeikh Nabi :P


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


Kerja-kerja mencari gali semula sedang giat dijalankan.


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Sedikit nasihat daripada saya yang baru berusia 3 minggu di sini: "Kepada kawan-kawan yang nak hidup senang, selesa, belajar pon nak relax-relax je, maka janganlah datang ke Mesir kalau tak nak hancur. Sangatlah tak sesuai. Dok la kat  Malaysia tu diam-diam."
Sekian. :)


اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم

Nur Syazwani Mohamed Nasrudin



assalamualaikum....bismillahirrahmanirrahim, wassolatuwassalamua'alarasulillah....
1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


alhamdulillah, saye sekarang sambung belajar di Universiti Al Al-Bayt, Mafraq, Jordan.


2. Dalam bidang apa?


dalam bidang yg saye pernah bercita2 semasa sekolah menengah, tetapi berpaling tadah seketika kerana terfikir, sudah ramai org amik bidang ini,, tetapi setelah istikharah...alhamdulillah, Allah tetapkan hati saye utk terus di jalan ini, iaitu syariah, takhasus fiqh wa usuluh. insyAllah, doakan saye thabat atas jalanNya :)


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


so far so good...cume mule2 rase lemah lutut yakni semangat huuhu sbb kena masuk markas lughoh, dan bleh amik 2 madah sahaja, tetapi amatlah rugi jika saya berterusan rasa sedemikian rupa, kerana Allah telah sediakan jalan utk saya perbetulkan niat dan tujuan saya dtg jauh dr Malaysia ke Jordan, utk menambahkan ilmu. maka, saya perbetulkan niat saya semula,, bersyukur amat sangat, saya sedang belajar di markas lughoh jamiah alilbayt, bersama2 rakan seperjuangan yg lain yg dtg dr pelbagai negara, Malaysia, Kemboja, Nigeria dan China...hehe amat seronok, dgn doktor yg suke me'wadhih'kan jika kami terkebil2 tanda x paham hee sweet sgt! :) lg best dr kene masuk kuliah la kan,bile da masuk kelas belajar dgn dak2 arab yg lain, doktor ajar je lah sume same...syarahnye ade yg saye paham, ade jugak yg x paham...buat2 paham je la,, bile balik kene study ape blaja td, baru dpt tangkap, kalimah2 yg doktor sebut, huhu kesian kan...kadang2 tu sbb terlalu tumpu tgk kat mulut doktor, rase berpinar2 bijik mate haha memang rase kene juhud gler kat sini...sbb bukan bahase kite kan, dan slalu terpikior, bestla dak2 arab, blaaja dlm bahase die, ngaji pon dlm bahase die...sungguh bertuah! tp x pe, inilah cabarannye belajar kan, x dek cabaran x best laa...hee


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


pandangan saye tntang dunia baru saya, ianya amat menarik...walaupon kekadang rase rinnndduuuu sgt kat family n kawan2 (sbb slalu sgt mimpi, leh kate tiap2 mlm! waduhh) tp saye suke sgt dgn dunia baru saye nih, belajar tentang adat n bahase negara lain...satu pengalaman yg x kan lupe! hehe sumenye menepati jangkaan saya, kecuali, keadaan org arab yg suke merokok n etika pemakaian mereka ke kelas,, amat tidak bersesuaian..huhu tp siapalah saya utk meng'komen' lebih2 kan...mereka sudah begitu, sudah di 'set' kan dlm benak pikiran, manusia akhir zaman...bila terkenang khutbah terakhir Rasul kita, tentang umat akhir zaman...baginda tidak membezakan bangsa2 mana kan,, huhu jadi, saya boleh menerimanye sebagai gambaran masyarakat yg akan kita tempuhi dlm jalan dakwah nnt. masyAllah~


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


em, yang paling best kat tempat saye, x dek masalah air...hehe stakat ni, alhamdulillah, kami di mafraq, dok asrama kan, x tau nape x penah ade mslh air...alhamdulillah, kerna ini adalah salah satu nikmatNya, yg perlu kita hargai...hargailah air :P makanan pon sedap la kat cni, bleh je telan sume....dan, sudah tentu sesi pembelajarannye, saye akan tetap kate best, walau mcm mane pon cabarannye..

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?



perkara paling mencabar stakat ni, x memahami bahase dn loghat bahase kat cni la...sbb masih dlm proses belajar kan...jadi saya akan selalu bersembang dgn dak arab, cube nak kawan dgn dorang...slalu belek kamus, ini adalah wajib! haha dan bertanye pd senior2..insyAllah, moga Allah mudahkan urusan kami disini...ameen~


7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?


alhamdulillah, quran saya dlm proses tarbiyahnye juge huhu saye me'wajib'kan diri utk membaca, sekurang2nye,, kalo tenaga lebih, iadah la...tp kurengnye, tanpa kawan2 seperjuangan disisi , saya akui amatlah sukar utk melakukan proses iadah ketika ini..huhuu sedih bukan...??rindu kan kawan2 sekelas tasmik, dan juge ustazah cik de, x dek istilah jemu bg mereka ni nak tlg tasmikkan saye..hee nnt balik mesia, kite jmpe eh, insyALLAH...


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


itu sahaje saye nak kongsi dgn kawan2, nak lebih2 x reti..ni pon nasib bek ade soklan santai2 la katekan kan, kan,, saye pon jawab dgn santai lah...haha [santai ke???] utk kongsi kat blog, ape salohnye kan,, jomlah kawan2 kongsi pengalaman n ilmu kat sni...hehe akhir kalam, doakan saye disini sentiasa niat keranaNya, usaha keranaNya, tawakkal kepadaNya, berjaya utkNya....saya juga akan tidak lupa mendoakan kawan2 sume...insyAllah, uhibbukum fillah!! takbir! AllahuAkbar..~


Abdul Rahman Zainal Abidin


1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)


Sekarang masih belajar lg di Universiti Islam Madinah dan agk sibuk jgk dgn program khidmat kepd jemaah haji yg datang ke Madinah untuk menziarahi tempat2 yg di syariatkan untuk diziarahi.


2. Dalam bidang apa?


Dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam.


3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?


Perjalanan pembelajaran di sini Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan amat bermakana bg diri saya kerana di sini bermacam2 ilmu saya pelajari dengan Masyayikh2 yang 'alim, dan banyak lagi sebenarnye ilmu2 yg tidak kita ketahui dan jarang ade di negara kita.


4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?


Perjalanan pembelajaran di sini Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan amat bermakana bg diri saya kerana di sini bermacam2 ilmu saya pelajari dengan Masyayikh2 yang 'alim, dan banyak lagi sebenarnye ilmu2 yg tidak kita ketahui dan jarang ade di negara kita.


5. Apa perkara paling best di tempat anda?


Perkara yg paling best di sini adlh tidak lain dan tidak bukan adalah tanah haram iaitu kota Madinah An-Nabawiyyah yg telah didirikan dan dimajukn oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?



Perkara paling mencabar sekali adelh mengutip segala ilmu yg terdapat di bumi Madinah ini dan cara untuk menghadapinya adalah sabar dan kuatkn azam.

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?



(Tidak berjawab)


8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


Banyak sebenarnya yg nk diceritakn, tp memadai lah dengan yang sikit ini,menuntut ilmu adalah satu cabaran yang amat mencabar dr segi fizikal dan mental dan haruslah diiringi dengan usaha serta doa kepd Allah S.W.T...Apa2pun buat sahabat AQRAB semua tuntutlah ilmu dengan sabar,mudah2hn ianya membawa keberkatan terhadap hidup kita kelak.


10 comments:

barakah said...

hahaha mufti, ummu kena marah dgn mak sbb ketawa tak stop. ko nye post lah hahahaha

Maryam said...

*bayangkan ummu gelak

nurjuwita said...

memang la kan..mufti ni...tak terjangka plak jawapan mcm tu!
hazwan: kenyataan terakhir itu sangat betul! bersyukurlah warga AQRAB bagi rezeki yg telah Allah tetapkan utk anda di mana anda belajar skrg=)

Mangsa Hanjin :P said...

bi..ak x pernah nampak pun muke ko kat kelas dalam 2,3 bulan dah ni oi..!!
aiwah!!...

yg benar:
syeikh nabi n ayah n bonda

hasanhusaini said...

salam..hu3..mufti adalah selamanya mufti...jawapan sentiasa tak menyerupai apa yang ditanya..jangan la marah mufti pulak, sebab itu lah uniknya seorang mufti yga tak bertauliah...

hasanhusaini said...

salam..hu3..mufti adalah selamanya mufti...jawapan sentiasa tak menyerupai apa yang ditanya..jangan la marah mufti pulak, sebab itu lah uniknya seorang mufti yga tak bertauliah...

Ridzuan said...

tipu la mangsa hanjin..sheikh nabi mane ade...da pegi mekah..xkan bleh tulis komen kat sini..:) a'a la..mula2 kerusi blakang skali kelas x berdebu..skrg debunya da tebal.. x de org nak lap..

mohamad redha said...

hak3..mufti, jwapan yg sungguh spontan...

En. Abi said...

huhu nama aku da btol balik...
to mangsa hanjin: aku x jumpa muka parents aku sejak kblakangan nih..nak kne scan balik..syeikh nabi plak da p haji..hahaha
[jom tajdid niat!! ;)]

Anonymous said...

aku dapat membayangkan muka mufti yang xder perasaan menjawap soalan.hehehe..lame da kt xberjiran mufti oii.~syad~suna~