Friday, January 1, 2010

AQRABians di UIAM


Gombak, 1 Januari -- Alhamdulillah, buat kali pertamanya, pelajar-pelajar AQRAB yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berkumpul dalam suatu majlis MAKAN PAGI pada jam 10 pagi tadi di EDU LR9 yang rosak pendingin hawanya.

Gathering tersebut telah diilhamkan oleh Najwah dan akhirnya kami dapat mencuri masa untuk bertemu di celah-celah kesibukan jadual harian masing-masing. Empat orang daripada 13 orang tidak dapat hadir disebabkan jemputan ke majlis-majlis lain atau urusan penting masing-masing. Namun begitu, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan baik, alhamdulillah.

Majlis santai ini telah dipengerusikan oleh brother Fathul Najmi dan dimulakan dengan ta'aruf sesama hadirin. Sejurus selepas itu, kami semua berkongsi pendapat dan cadangan serta kemusykilan yang timbul sepanjang berada di UIA. Resolusinya, kami telah membuat kesepakatan awal untuk membentuk semacam ittihad atau persatuan alumni Darul Quran di UIAM memandangkan gelombang AQRAB telah meramaikan lagi pelajar-pelajar lepasan diploma Darul Quran secara tiba-tiba; dan kami merumuskan bahawa insha Allah selepas ini, mungkin akan ada lebih banyak pelajar Darul Quran yang mahu melanjutkan pengajian di UIAM. Dengan kewujudan "persatuan" yang sebegini, diharapkan sebarang pengalaman yang telah kami lalui di sini dapat dikongsi bersama adik-adik yang masih berada di Darul Quran supaya mereka mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh berkenaan sistem pengajian di sini.



Ada juga yang menyuarakan cadangan untuk menubuhkan "PERKEMAT UIA" tetapi malangnya cadangan ini telah mendapat sambutan yang langsung tidak memberangsangkan. Selain itu, kami berkongsi cadangan tentang cara-cara terbaik untuk melestarikan hafazan al-Qur'an masing-masing sepanjang tempoh kehidupan di UIAM: ada yang mencadangkan penglibatan dalam co-cu Tahfiz (niche area), ada juga yang memperkenalkan Jam`iyyah Khadim al-Qur'an (JKQ) yang turut menjadi platform yang dikira baik untuk mengulang hafazan al-Qur'an di UIA.

Sebelum makan, sempat pula diadakan cabutan bertuah. Adapun tiket-tiket cadangan bertuah itu tidak dilabel dengan nombor seperti kebiasaannya, tetapi sebaliknya diletakkan nama-nama pelbagai haiwan liar, mungkin untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar. "Haiwan-haiwan" yang bertuah mendapat hadiah termasuklah cipan, zirafah, siput, landak, semut, beruang serta ikan. Selepas itu brother Fikri Anwar telah membacakan doa, lalu kami pun makan.

Apa pun, kami bersyukur atas pelaksanaan perjumpaan tersebut, dan berharap agar di masa hadapan, lebih banyak perjumpaan sedemikian dapat berlangsung demi kebaikan bersama. Jika cadangan menubuhkan kelab alumni Darul Quran UIA itu berjaya dipenuhi, harapan kami semoga kewujudannya nanti dapat membawa lebih ramai pelajar Darul Quran, khususnya lepasan diploma, ke arah visi Integration, Islamisation, Internationalisation serta Comprehensive Excellence yang didokong oleh UIAM.

6 comments:

Ummu said...

wah~~ Subhanallah..

Anonymous said...

semoga AQRAB terus aqrab

mesir said...

wah..bagusnya..truskan2,

Anonymous said...

Bgus2..biar tetap akrab.

Anonymous said...

tahniah2! bagusla org UIAm ni..di mana2 pun AQRAb kena bersatu..kesatuan itu penting..

Anonymous said...

ble lg nk wat reunion? :^)