Wednesday, May 26, 2010

Peluang tahunan

Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Semoga semua warga AQRAB dalam keadaan baik di mana saja anda berada.

Buat pengetahuan semua, pesta Majlis Konvokesyen Darul Quran tahun ini bakal berlangsung pada 30-31 Julai 2010 di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Nampaknya ada alasan bagus untuk kita sama-sama "singgah" di alma mater kita pada hujung minggu berkenaan.

Tanpa segan silu, di sini kami ingin mengajak kawan-kawan AQRAB yang berkelapangan untuk turut memeriahkan pesta konvokesyen tersebut...lagi ramai lagi meriah. Antara aktiviti yang dapat dilakukan nanti, macam biasalah: rapatkan ukhuwwah, bertukar-tukar berita dan cerita, berjumpa dengan para mu'allim serta mu'allimah yang banyak berjasa pada kita, makan-makan, berkenal-kenalan dengan adik-adik baru/lama di DQ, tinjau keadaan sahabat-sahabat kita yang merintis program Ijazah DQ-USIM, dan tak lupa juga untuk meraikan sahabat-sahabat AQRAB yang bakal menerima sijil diploma pada majlis konvokesyen tahun ini.  

Oleh itu, kepada semua AQRABian yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk 30 dan 31 Julai ini, jom meriahkan konvokesyen Darul Quran. Yang sedang belajar di luar negara pun, manalah tahu pulang bercuti waktu itu, jom ke Darul Quran.

Jumpa di sana!

10 comments:

wak segan said...

psst meh sini nk royak kt kawe2 sume..kalu ada rezeki ambo n ahli ekonomi ijazah akan bukak gerai time konvo nti. jd xyah risau psl tmpt nk melepak.hehe. jom kasi gempak time konvo nti. dtg jgn xdtg :D

AQRABian said...

bagus.

suka suka~ said...

yeah~ best best.

nurmysara said...

to wak segan : lepak2 je ke?tak de wat bbq ke jamuan ke..hahaha

wak segan said...

korg ni bg la komen membina ckit. kte ad wat cabutan bertuah nti. pakej penginapan berhari2 kt umah sendiri. bukan senang nk dpt tu..cube la korg ckp " wak segan aku nk tolong blh?" ni x, mesti nk mintak belanja pny..huhu

kitakitaje said...

wak segan : aku nak tolong boleh? tapi untung kita share la yer? harhar...
cume harap2 nyer pergaulan kita tetap terbatas antara muslimin dan muslimat yer. syariat harus ditegakkan walau dimana berada.
sekian.
senyum AQRAB =)

maria said...

Betul tu kitakitaje. Hendaklah kita semua observe the limit tak kira betapa gembira pun nanti.

Wak Segan. Korang jual apa nanti? Rambutan ada?

Umm 'Umar said...

Oh~~
harap dapat pergi, raikan sahabat seAQRAB, dan melabur wang ke gerai teman-teman seAQRAB jugak.

Anonymous said...

hepi hepi jgak weii..jgan dok melalok la klau dah jumpa ramai2 nnti..malu org dok tgk..tiru maria tu..baik.. i like...

Anonymous said...

insya Allah...
ada masa nanti mesti ana akan sampai gak untuk lawat sahabat2 kita yang bakal konvo nanti...thanks atas info berguna ni.boleh la kita pakat2 sebar2kan lagi berita ni.dapat memeriahkan lagi suasana konvo nanti.