Monday, March 9, 2009

Semoga terus berjaya Ustaz!

Baru-baru ini (sebenarnya dah lame jugak kot) ahli-ahli AQRAB diberitakan dengan perpindahan Ustaz Taufiq Arshad, salah seorang pensyarah tasmi’ pelajar AQRAB ke tempat baru. Apa yang penulis sendiri berasa aneh ialah beliau bukan dipindahkan ke JAWI atau JAKIM seperti kebanyakan pensyarah Darul Quran yang lain, tetapi beliau diberi tugas baru di Kementerian Kerja Raya. Klik di sini untuk cerita lebih detail.http://abamirul.blogspot.com/
Apapun, kami berharap agar Ustaz sabar dan tabah menghadapi ujian dan perkara baru dalam hidup. Semoga Ustaz berjaya di mana juga ustaz berada!

1 comment:

Anonymous said...

Pindah ke JKR?
Takde yg anehnya, kerana kementerian bertanggungjawab (JKR) memerlukan Pegawai Agama dlm jabatan mereka, jadi mereka meminta bantuan JAKIM untuk menyalurkan tenaga yg JAKIM ada. Jangan tak tau, pihak polis, penjara dan pusat serenti juga menggunakan khidmat Pegawai Agama JAKIM :) So, tiadalah keanehan, dan tak perlulah nak besar2kan :)