Friday, May 8, 2009

Surat daripada Smutem yang ke-4


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

PERKARA
1. MAKLUMAN PEMBAYARAN DEPOSIT TIKET PENERBANGAN
2. SURAT AKUAN PENGESAHAN SAMBUNG BELAJAR SECARA INDIVIDU


1. Makluman penting & terkini kepada pemohon-pemohon SMUTEM, bagi sesiapa yang ingin menempah tiket penerbangan melalui SMUTEM, anda semua diminta menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM500 ke dalam akaun SMUTEM selewat-lewatnya pada hari Ahad 10 Mei 2009. Resit bayaran hendaklah dihantar kepada pihak SMUTEM sebagai bukti bayaran. Setelah urusan pembayaran dan penghantaran dilakukan, anda dikehendaki memaklumkannya kepada Bendahari SMUTEM. Sebagai makluman, segala urusan berkaitan tiket penerbangan akan diuruskan oleh Ustaz Sya’bani. Harga tiket adalah dijangka di bawah RM2000. Sebarang pertanyaan mengenai tiket bolehlah dirujuk terus kepada Ustaz Sya’bani- 0136089269. Bagi pemohon yang gagal melakukan pembayaran tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, kami menganggap pemohon tidak berminat menempah tiket penerbangan melalui pihak SMUTEM (tertakluk kepada keputusan dan budi bicara pihak SMUTEM DQ).


2. Mengenai surat akuan pengesahan sambung belajar, sukacita dimaklumkan bahawa surat tersebut hendaklah dibuat sendiri oleh setiap pemohon sendiri melalui Unit Rekod Darul Quran. Ini kerana prosedur-prosedur yang berkaitan surat ini memerlukan pengesahan secara individu melalui pihak-pihak yang berkenaan seperti KPP HEP dan Warden Asrama. Melalui surat ini ianya akan dapat membantu memudahkan pemohon-pemohon untuk berusaha mendapatkan tajaan @ biasiswa bagi menampung kos pengajian. Pihak SMUTEM berharap para pemohon dapat mengambil peluang ini sebaiknya bagi meringankan beban kewangan untuk melanjutkan pengajian nanti memandangkan surat tawaran yang akan dikeluarkan pihak KPT untuk pemohon Jordan dan Mesir dijangka selepas bulan Ogos 2009.


3. Akhir kalam, pihak SMUTEM memohon seinfiniti kemaafan di atas segala kesulitan yang berlaku, segala permasalahan amatlah dikesali, kerjasama dan dorongan dari saudara/i amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments: