Monday, April 6, 2009

Memo daripada ATOA

Assalamualaikum kepada semua warga AQRAB.

Di sini ada satu pengumuman.

Unit Fotografi A.T.O.A ingin mempelawa kalian semua untuk menyumbangkan gambar-gambar dari koleksi peribadi kalian kepada Unit Fotografi A.T.O.A.

Tawaran dibuka untuk 3 kategori gambar seperti berikut:

1. GAMBAR PROGRAM-PROGRAM DI DQ

Bil.

Perkara

Sem

1

Malam Anugerah AQRAB

2

2

Minggu Bahasa Arab AQRAB

3

Perkelahan AQNOMI di Rock Resort (Banat sahaja)

4

AQRAB Raya

5

Malam Motivasi AQRAB

4

6

Liga Bola Sepak AQRAB

7

Booth AQNOMI di Ekspo Sihat Se-DQ 07

8

Darul Quran Language Week

9

AQRAB Raya Lagi

10

Malam Pintar AQRAB

5

11

AQRAB Berbasikal di Taman Millenium (Banat sahaja)

12

Sesi Fotografi AQRAB

13

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Antara Semester

14

Booth AQID dan Bit-Info di LAFUNTA

6

15

Liga Bola Sepak Antara Kelas Madah

16

Majlis Khatam & Sesi Fotografi

17

Malam Seribu Kenangan

18

Penampilan Khas AQRAB dalam LAFUNTA

19

Seminar Baitul Muslim

20

Festival Ekonomi Islam

21

Taklimat Peperiksaan Diploma AQRAB & MTQN

22

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring; AQRAB vs. MTQN

23

Majlis Sambutan Idul Fitri Darul Quran

2, 4

24

Minggu Sihat Se-DQ

4, 6

25

Gerai AQRAB sewaktu Konvokesyen

1, 3 & 5

26

Idul Qurra

1, 3 & 6

27

Taklimat Peperiksaan

Sepanjang semester

28

Riadhah-riadhah AQRAB

29

Iftar-Iftar AQRAB

2. GAMBAR CANDID ANDA BERSAMA TEMAN-TEMAN AQRAB. Yeah. ANDA! Sila sertakan caption sekali yeah? (‘’,)

3. APA JUA GAMBAR YANG INGIN DISUMBANGKAN SEBAGAI AMALAN KEBAIKAN KALIAN UNTUK WARGA AQRAB SEKALIAN.

Justeru, Unit Fotografi AQRAB amat berharap agar kami bakal menerima respons yang positif dan membina dari kalian.

Kami memerlukan bantuan dari kalian. Lalu, tolonglah kami yeah? Caranya mudah saja, KONGSIKAN bersama kami gambar-gambar yang kami perlukan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Bantuan dan segala kebaikan yang kalian usahakan hari ini, semoga dibalasi Allah dengan sehebat-hebat ganjaran.

Segala foto yang ingin dihulurkan bolehlah dialamatkan kepada coe_amir@yahoo.com (Banin sahaja) dan mnabeelah@yahoo.com (Banat sahaja). Sebarang persoalan, boleh diajukan terus kepada mnabeelah@yahoo.com atau relaxyabada@yahoo.com.

TERIMA KASIH, kerana hari ini, dengan kerjasama dari kalian, kalian telah mengeluarkan kami dari kesulitan.

Semoga kelak Allah akan mengerluarkan kalian pula dari kesulitan seperti mana yang telah kalian lakukan kepada kami pada hari ini. TERIMA KASIH kerana tidak mengambil mudah permintaan ini.

Sekian. Wassalam.

Friday, April 3, 2009

Tiga orang ke Syria


Jumaat, 3 April – Pada jam 3 pagi tadi, tiga lagi AQRABian telah meninggalkan Asia Tenggara untuk menuntut ilmu. A’feyah Mustafa, Auni Liyana Othman serta Sharifah Zahidah Syed Nooh telah berangkat ke Syria dengan seronoknya untuk mendapatkan shahadah hafazan al-Quran di sana, Insha Allah.

Buat pengetahuan semua, mereka telah pergi ke sana sebagai pelancong dan akan mencari mana-mana sheikh atau sheikhah untuk mereka bertalaqqi setelah tiba di sana. Ketiga-tiga orang sahabat ini telah berlepas dari KLIA…dan seperti Nurul Iimaan juga, tanpa dihantar oleh mana-mana sahabat AQRAB (Sorry girls! Flight anda terlalu awal.).

Butir-butir selanjutnya mengenai pemergian mereka masih belum dapat dikesan… Wartawan blog UTTM sedang menunggu perkhabaran daripada ketiga-tiga orang gadis berkenaan. Sekiranya ada lagi cerita mengenai mereka, akan kami kisahkan Insha Allah.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan sahabat-sahabat kita, tak kira di mana mereka.

Iimaan Berangkat ke Yaman


Khamis, 2 April – Alhamdulillah, pada jam 4:30 petang, Nurul Iimaan Nor Khair akhirnya telah berlepas ke Yaman setelah rancangannya untuk berlepas pada hari Ahad yang lepas tertunda disebabkan masalah yang berbangkit pada saat-saat akhir tempohari.

Nurul Iimaan pergi ke Yaman untuk melanjutkan pengajiannya di Sana’a Insha Allah. Walau bagaimanapun, urusan pendaftaran pengajiannya hanya akan dibuat setelah mereka tiba di sana, memandangkan kemasukan pelajar untuk sesi terdekat di universiti idamannya, Universiti Eman, hanya akan berlangsung sekitar bulan Ogos nanti.

Nurul Iimaan telah berangkat ke Yaman bersama-sama ibu dan ayahnya beserta tiga orang adik lelaki yang juga akan meneruskan pengajian di Yaman. Selepas setahun, mereka akan memutuskan sama ada untuk meneruskan pengajian di sana ataupun tidak, bergantung pada keadaan semasa.

Nurul Iimaan telah bertolak dari KLIA dengan menggunakan perkhidmatan Yemen Airlines…walaupun tanpa ada kawan-kawan dari Darul Quran yang dapat mengiringinya untuk send-off terakhir (hahaha sorry Iimaan!). Namun, katanya ada sahaja schoolmates yang datang untuk menghantarnya di KLIA.

Iimaan juga sempat menyampaikan beberapa kerat ucapan untuk para sahabat AQRAB :

"Firstly, saya mintak ampun dan maaf berjuta-juta kali kepada semua yang mengenali diri ini atas segala kesilapan dan kesalahan, sengaja atau tidak. Mengumpat termasuk jugak. Hehe.

"Pastu, thanks banyak-banyak kepada semua yang telah sangat banyak membantu dan mendorong saya ke arah hidup yang lebih dinamik dan ceria. Kehkeh. Terutama sekali buat guru-guru tercinta, sahabat-sahabat banat yang rapat dan semuanya, buat sesiapa yang pernah jadi ketuaku, tak lupa kepada krew Bit-Info dan semua yang info-info, A.T.O.A., and all, korang memang best (hanya korang yang mampu, orang lain?)…dan sesiapa yang pernah termasuk dalam lakaran diari hidupku.

"Saya pergi ni setahun je ikut planning family. Tapi, Insha Allah kalau ada rezeki, dapat masuk kulliyyah and urusan semua dapat di-settlekan dengan senang, dapatlah sambung kat sana 3-4 tahun."

Walau apapun, kami mengucapkan selamat jalan kepada Nurul Iimaan dan kami akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraannya walau di mana dia (beliau?) berada. Semoga selamat sampai, berjaya menggenggam cita-cita yang dikejar…dan sampai bertemu lagi!

Selamat sampai

Alhamdulillah, jam 11:15 pagi tadi, Iimaan mengirimkan SMS ni (saya transliterasikan kepada bahasa yang lebih jelas):

"Salam. Saya dah selamat sampai rumah baru [di Sana'a] lebih kurang jam 5:30 pagi waktu Malaysia. Katanya, sekarang kat sini bukan musim sejuk. Tapi rasa macam dalam icebox giant. Tak tahu nak keluar dari icebox ni camne. Sejuk."

(Dah sampai nak keluar pulak. Hahaha. Iimaan, bukan semua orang dapat sampai kat "icebox giant" tu.)

Manfaatkanlah peluang yang dah ada di depan mata walau di mana berada.

Ilalliqa'!