Monday, September 21, 2009

Salam 'Idulfitri

Eid mubarak kepada semua warga AQRAB dimana sahaja antum/antunna berada. Semoga madrasah Ramadhan yang baru pergi meninggalkan kita dapat mendidik hati dan diri kita semua khususnya yang berada di perantauan supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, inshaAllah. Kepada para asatizah Darul Quran, kami mohon doa kalian di bulan syawal yang mulia ini agar kami sentiasa diberi kekuatan untuk bermujahadah di bumi Anbiya' dan terus bersemangat menuntut ilmu hingga ke akhirnya. ~Buat kawan-kawan seperjuangan yang berada di Malaysia, kenanglah kami dalam doa kalian! Kami rindu sangat kawan-kawan semua! Selamat berhari raya...Allah yubarik !! 

Friday, September 11, 2009

Jom sampaikan...


Sedar tak sedar dah tinggal tak sampai sepuluh hari lagi kita semua akan meninggalkan madrasah Ramadhan kali ini dan tiada siapa dapat memastikan sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang ataupun ini adalah peluang yang terakhir buat kita. Adakah kita dapat mencapai pangkat imtiyaz, jayyid jiddan, jayyid atau sekadar maqbul untuk konvokesyen pada akhir Ramadhan nanti? Semoga tiadalah antara kita yang manqul hendaknya. 



Thursday, September 10, 2009

Kamu bosan, aku pun bosan



“Haish…blog dah lame tak update.”

“Bile nak update blog?”

“Bukak2 je bende same. Bosan betul.”

“Dulu, tiap2 hari aku nak bukak blog ni, skang dah tak best.”



Ni la antara keluhan2 dan soalan2 yang pernah dilontar kepada aku. Salam sejahtera kepada semua sahabat2 sekalian. Pertama sekali, selaku admin (ah, perasannye), aku memohon berjuta kemaafan sebab dah sekian lama membiarkan blog ini terbengkalai begitu sahaja. Ni semua gara-gara nak mencari kesempurnaan, akhirnya tak ke mana.

Wednesday, September 2, 2009

Daripada A.T.O.A.


Assalamualaikum wrt wbh
Alhamdulillāh, selawat dan salam ke atas Rasūlullah S.A.W.
Segala puji dan kesyukuran bagi Allāh S.W.T. yang telah memungkinkan kami menyiapkan pembikinan A.T.O.A. pada bulan yang berkat ini.
Dukacita dimaklumkan, terdapat beberapa ralat, kekurangan dan kesilapan susunan di dalam A.T.O.A., jadi seluruh tenaga kerja A.T.O.A. ingin memohon maaf daripada warga AQRAB atas semua kesilapan dan kelemahan yang terdapat di dalam majalah tersebut.