Wednesday, September 2, 2009

Daripada A.T.O.A.


Assalamualaikum wrt wbh
Alhamdulillāh, selawat dan salam ke atas Rasūlullah S.A.W.
Segala puji dan kesyukuran bagi Allāh S.W.T. yang telah memungkinkan kami menyiapkan pembikinan A.T.O.A. pada bulan yang berkat ini.
Dukacita dimaklumkan, terdapat beberapa ralat, kekurangan dan kesilapan susunan di dalam A.T.O.A., jadi seluruh tenaga kerja A.T.O.A. ingin memohon maaf daripada warga AQRAB atas semua kesilapan dan kelemahan yang terdapat di dalam majalah tersebut.


Sebenarnya, kami sendiri mahukan sebuah majalah yang sempurna lagi bermanfaat untuk semua, dan percayalah, sejak mula pembikinan A.T.O.A. lagi, kualiti menjadi keutamaan setiap seorang daripada krew A.T.O.A. Namun, mungkin kemahiran serta cetusan idea kami belum cukup baik untuk menghasilkan majalah yang terbaik untuk anda semua.
Oleh itu, kami berharap anda semua dapat memaafkan segala kekurangan di dalam majalah A.T.O.A. yang telah siap, juga segala kesilapan dan kesalahan daripada diri kami sendiri sepanjang proses pembikinan A.T.O.A. Semoga Allah S.W.T. jua mengampunkan semua kesilapan dan keterlanjuran kami sama ada yang disedari mahupun tidak.
Kami mendoakan agar semua sahabat terus maju dengan kehidupan masing-masing. Salam Ramadhan al-Mubarak daripada kami semua.
Sekian, terima kasih.

Ilalliqā’,
Sidang redaksi
AQRAB: The Official Album.

3 comments:

Anonymous said...

Terima seadanya...

Anonymous said...

terima j lah..huk2

Anonymous said...

salam.cuma saya xdapat lagi majalah aqrab...sedih nie