Monday, September 21, 2009

Salam 'Idulfitri

Eid mubarak kepada semua warga AQRAB dimana sahaja antum/antunna berada. Semoga madrasah Ramadhan yang baru pergi meninggalkan kita dapat mendidik hati dan diri kita semua khususnya yang berada di perantauan supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, inshaAllah. Kepada para asatizah Darul Quran, kami mohon doa kalian di bulan syawal yang mulia ini agar kami sentiasa diberi kekuatan untuk bermujahadah di bumi Anbiya' dan terus bersemangat menuntut ilmu hingga ke akhirnya. ~Buat kawan-kawan seperjuangan yang berada di Malaysia, kenanglah kami dalam doa kalian! Kami rindu sangat kawan-kawan semua! Selamat berhari raya...Allah yubarik !! 





Ikhlas Dari : Nurul Huda Bte Marzuki & Nuraini Juwita Bte Misti

Maahad Qiraat Al-Azhar,Mansoura,Mesir.

Salam Aidilfitri kteorang ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambut hari raya tidak lama lagi.




Kepada keluarga-keluarga kteorang yang berada di Lahad Datu, Sabah, Sungai petani, Kedah, Temerloh, Pahang dan di Timur, Singapura. Tidak dilupakan juga kepada seluruh warga AQRAB yang sekarang telah berada di merata tempat. (Tahniah korang..-selit skit ek :])



Kepada pensyarah-pensyarah yang telah bertungkus-lumus mencurahkan ilmu, kakitangan pentadbiran, kakitangan HEP, warden asrama, pakcik-pakcik dan makcik-makcik kantin, pakcik-pakcik dan makcik-makcik cleaner, brothers maintenance dan seluruh warga Darul Quran, dengan ucapan “Selamat hari raya, maaf zahir dan batin..(kteorang cakap ramai-ramai macam dalam TV tu).buat kuih raya tu (tart nenas), jangan lupa hantar kat kteorang..(kalau confirm, kteorang bagi alamat..:])paling kurang pun,tolong makan la..hehe..(walaupun perut kita berbeza) kteorang nak minta maaf la (dari hati ke hati nie),sebab pernah curi-curi keluar,tak letak bku keluar/masuk, belajar main-main, suka curi-curi balik, nak keluar tak ambil tandatangan..ish..ish..ish..macam-macam lagi..kteorang tak buat lagi dah..(boleh la janji sekarang,sebab dah keluar DQ..hehe..) halalkanlah makan and minum serta ilmu yang telah dicurahkan..(walaupun tak semua ilmu yang masuk dalam kepala otak kteorang tapi still ada walaupun sedikit..terima kasih semua..), minta maaf atas segalanya(0-0 ok?)..to all AQRABIAN,jangan nakal-nakal dah pasnie..kita semua dah besar, gunakan ilmu-ilmu yang para pensyarah kita telah trunkan k.”


Dari kteorang :
Sharifah Zahidah bt Syed Noh , Fatimah bt Talip , A’feyah bte Mustafa , Auni Liyana bt Othman,
Maahad Lughah lil ajanib,
Dimasyq, Syria.


Salam 'eid buat sahabat-sahabat seperjuangan AQRAB khususnya, warga DQ amnya, pensyarah-pensyarah serta seluruh kakitangan Darul Quran. Tidak lupa juga kepada keluarga kami yang berada di Malaysia. Salam kemaafan serta doakan kejayaan kami di bumi Urdun.

Ikhlas daripada kami : Pelajar-pelajar Universiti Mu'tah & Al-Bayt, JORDAN.





Kami pelajar-pelajar ijazah Usim-DQ, Malaysia mengucapkan selamat menyambut Idulfitri kepada semua warga semua yang mengenali kami, ibu dan ayah di kampung halaman, para pensyarah DQ, kakitangan DQ, para pensyarah USIM-DQ, sahabat-sahabat yang berada di serata dunia dan khususnya kepada warga AQRAB! Makan salji kat luar negara tu ingat-ingat lah kami disini (^_^)...1st raya wajib tonton ‘AQRAB Raya’ (^_^)


Dari kiri (bawah) : Maisarah, Zulfa, Jamilah, Baini, Afrida, Ummu, Rabihah, Hafizah J


Dari kiri (belakang) : Siti Samihah, Izzati, Naemah, Hana, Wan Samihah, Tohirah, Amirah, Kamaliah, Hafizah R, Fatimah, Aminah.



2 comments:

ex-bitinfo said...

yg len bile lagi~
kite meriahkan blog dgn ucapan2/salam perantauan korg!!
email pada yg berkenaan~~
(^_^)

Sharifah Zahidah said...

Salamalaik... Aik? Sejak bila Sharifah Zahidah terlibat bagi "Sampaikan Raya" ni? Takde pun la~ ... Hehe.. memandai je eh... Sedar2 dah ada yg mewakilkan diri menyampaikan ucapan utk family tercintaku di Temerloh, Malaysia.

Anyway, Thanks. Jasamu dikenang...~! :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua teman2 AQRAB dan semua pembaca...