Saturday, July 25, 2009

Tuntutan Pembayaran Majalah AQRAB

Sukacita dimaklumkan majalah Aqrab telah siap dan akan dijilidkan dalam masa terdekat. Oleh kerana mempunyai masalah kewangan, maka pihak kami merayu dan memujuk tuan-tuan dan puan-puan agar dapat menjelaskan sebelum hari RABU 29.7.09 , bayaran majalah AQRAB ini sebanyak RM30 sahaja. Sekiranya duit yang dikumpulkan mencapai jumlah yang dikehendaki, maka sukacita sekali lagi, majalah dapat disiapkan sbelum konvokesyen. Jika sebaliknya, maka majalah terpaksa disiapkan selepas konvo adalah disebabkan masalah kewangan.

Oleh itu, teramat besarlah harapan kami agar AQABIANS semua yang telah `mengkonfirmkan` untuk membeli majalah ini agar dapat bank in duit itu ke akaun :


MAYBANK
LUQMAN AL HAKIM BIN MOHAMED YUNOS
No. akaun: 1645 6607 7414


Sebaik sahaja anda mendepositkan duit itu, teruslah SMS kepada LUQMAN AL-HAKIM BIN MOHAMED YUNUS menyatakan:
1-nama anda
2- lokasi bank,tarikh,waktu mendepositkan duit.

Sila simpan resit bank itu dengan baik sebagai bukti untuk menuntut majalah anda nanti.
Sekian, segala kerjasama amatlah diharapkan. Terima kasih.


Antara yang menarik dalam A.T.O.A.:









Bagi sesiapa yang ingin menikmati edisi penuh dengan layout2 dan tulisan2 yg lebih menarik dan penuh kenangan, sila dapatkan majalah A.T.O.A. dengan mendaftarkan nama sebagai pembeli dan m'bank-in duit secepat mungkin. Jangan lepaskan peluang ini!

Friday, July 17, 2009

Buat semua...usah risau andai belum berpunya

by: nurjuwita

Ikhwah, Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata.. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Ikhwah juga Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Ikhwah, Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ikhwah dan Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."

Thursday, July 16, 2009

"Tak sabar nak tgk gambar kahwin Teacher!"


Bahagia berdua


Antara staf dan pensyarah DQ yang hadir


Sempat memastikan kucing kesayangan tidak kelaparan

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap gambar kahwin Teacher Anis, penulis melapangkan sedikit waktu untuk berkongsi sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang walimatul urus yang diadakan di kediaman orang tua Teacher Anis yang bertempat di Bandar Country Homes, Rawang.

Alhamdulillah, menurut pemerhatian penulis, ramai juga warga AQRAB yang turun padang bagi sama-sama memeriahkan resepsi tersebut. Teacher Anis dan pasangannya kelihatan berseri-seri bermesra dan bergambar dengan para tetamu yang hadir.

Teacher Anis dan pasangannya Encik Azuan selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat yang mulia seusai solat Jumaat. Didoakan agar Teacher Anis dan suaminya bahagia dan dapat menjalani kehidupan berumahtangga dalam aman damai serta diberkati selama-lamanya serta dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Warga AQRAB juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini dan sempat bertemu dengan pensyarah-pensyarah serta staf-staf DQ yang telah beberapa bulan ditinggalkan. Sepanjang resepsi ini, Teacher Anis dan pasangannya kelihatan begitu ceria dan mesra beramah mesra melayan tetamu yang ingin bergambar.

Sunday, July 5, 2009

ATOA Mencari Penaja


Sukacita dimaklumkan kepada semua warga AQRAB bahawa majalah rasmi AQRAB,
AQRAB: the Official Album (A.T.O.A.) kini dalam fasa-fasa akhir pembikinannya. Walau bagaimanapun, sidang redaksi A.T.O.A. memerlukan bantuan warga AQRAB untuk mencukupkan dana bagi membiayai percetakan majalah ini.

Buat pengetahuan semua, anggaran
kos percetakan bagi senaskhah majalah tersebut adalah sebanyak RM50. Bilangan majalah yang mahu dicetak pula adalah sebanyak 250 naskhah. Oleh itu, anggaran kos keseluruhan bagi percetakan A.T.O.A. ialah RM12, 500.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan tajaan penuh daripada pihak sponsor, maka warga AQRAB tidak perlulah membayar satu sen pun untuk mendapatkan majalah rasmi semester kita. Sebaliknya, jika pembiayaan yang diperoleh daripada penaja tidak cukup untuk membayar keseluruhan kos percetakan, maka secara logiknya, ahli-ahli AQRAB nanti perlulah membeli majalah masing-masing menggunakan duit sendiri.


Oleh itu, kami memohon jasa baik anda semua untuk turut sama mencari penaja bagi menampung kos percetakan A.T.O.A. Surat memohon tajaan boleh dimuat turun di sini:

Surat tajaan A.T.O.A. versi Bahasa Melayu:

http://www.filefactory.com/file/ahbd09a/n/Surat_T

ajaan_ATOA_doc


Surat tajaan A.T.O.A. versi Bahasa Inggeris:

http://www.filefactory.com/file/ahbd087/n/ATOA_S

ponsorship_Letter_doc


Andai kata wang tajaan yang diperoleh tidak mencukupi, sememangnya AQRABians akan perlu mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan naskhah A.T.O.A. masing-masing; akan tetapi, sekiranya situasi ini berlaku, individu-individu yang telah membantu untuk mendapatkan wang tajaan tidak perlu lagi untuk membayar apa-apa untuk mendapatkan A.T.O.A. (ikut banyak mana tajaan yang dia berjaya dapatkan).

Sekiranya anda mahu atau sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyumbang kepada A.T.O.A., anda bolehlah memasukkan wang ke dalam akaun berikut:

(Bayaran menggunakan cek/draf bank hendaklah dibuat kepada):

MAYBANK

LUQMAN AL HAKIM BIN MOHAMED YUNOS

No. akaun: 1645 6607 7414

Jika anda sudah membuat sebarang aktiviti bank-in kepada akaun ini, sila maklumkan kepada bendahari A.T.O.A., saudara Luqman Al-Hakim bin Mohamed Yunos (012 208 6434) atau kepada timbalan bendahari, saudari Faten Thaaherah binti Ahmad Shahbuddin (013 321 8110).


Sidang redaksi AQRAB: the Official Album sangat-sangat menghargai kerjasama, kesungguhan dan usaha anda dalam merealisasikan penerbitan A.T.O.A. menjelang Majlis Konvokesyen 2009 nanti. Semoga Allah membalas usaha anda dengan balasan yang selayaknya.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah ditujukan kepada pengarah, Ahmad Syukran bin Baharuddin (013 2001 876 atau sukess@yahoo.com) atau timbalan pengarah, Maryam Nabeelah binti Ismail (017 628 8093 atau mnabeelah@yahoo.com).


Sekian dimaklumkan.

Friday, July 3, 2009

Penjelasan mengenai saham syibih 2

Ahmad Syukran Bin Baharuddin (AQ-NOMI),
sukess@yahoo.com (0132001876)

Assalamualaikum wbt.

Kepada,

Semua share holder bagi Saham Syibih Seantero Dunia 30 JUN 2009.

Tuan,

MAKLUMAN MENGENAI SAHAM SYIBIH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa semua dividen dan modal telah didebitkan ke dalam akaun semua pemegang share Saham Syibih (dilampirkan resit utk rujukan) secara BERPERINGKAT.

3. Berikut adalah penyata Saham Syibih:













Pembahagian:

1. Pemegang Share 100% = RM 1170
2. Jadi satu lot dapat = RM 6







4. Segala pertanyaan atau kekusutan bolehlah dirujuk kepada saya seperti alamat di atas. Maklumat lebih lanjut, layari blog AQRAB. Sekian, terima kasih.




Thursday, July 2, 2009

Penjelasan Mengenai Saham Syibih

Assalamualaikum wbt.

Kepada,

Semua share holder bagi Saham Syibih Seantero Dunia

Tuan,

PENJELASAN MENGENAI SAHAM SYIBIH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Saya ingin menjelaskan mengenai dapatan saham syibih:

a. Kami menjangkakan pulangan yang sangat lumayan(untung RM20 satu lot) daripada printing servis yg dikenakan cas sebanyak due posen sehelai. Namun atas desakan pihak AQID dan sahabat AQRAB yang laen, kami terpaksa menurunkan cas pd seposen selai.

b. Jadi, barangsiapa yang telah menggunakan khidmat printing hendaklah berterima kasih kepada pemegang2 saham kerana dengan modal mereka printer tersebut dapat dibeli.

c. Kelambatan proses bank in adalah kerana biro kami tidak cukup kaki tangan untuk menguruskan perihal ini.

d. Jumlah untung sepertimana yang dijelskan adalah juga kerana masasaham itu berjalan adalah sangat sekejap(bermula Syukran ambil alih AQ-noMI sampai bulan februari 2009(4 bulan jer)).

e. Sebanyak 0% daripada untung dimasukkan ke dalam tabung AQRAB.

f. Aset-aset saham(printer) telah berjaya dijual.

1. Kpd SMUTEM
2. Kpd ILHAM
3. Kpd HEP

4. Segala pertanyaan atau kekusutan bolehlah dirujuk kepada saya seperti alamat di atas. Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,


……………………………
(AHMAD SYUKRAN BIN BAHARUDDIN )
Ketua Biro AQ-NOMI,
Alamiyatul Qura’Raiatul Abadiyah,
Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz,
Darul Quran, JAKIM.