Friday, July 17, 2009

Buat semua...usah risau andai belum berpunya

by: nurjuwita

Ikhwah, Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata.. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Ikhwah juga Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Ikhwah, Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ikhwah dan Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."

45 comments:

Anonymous said...

ehem tau la dh btunang hehe

Anonymous said...

artikel yg bgus untuk mereka2 yg masih ``membujang`` ..x adil la cik juwita,lain klau cikjuwita blum brpunya lagi..berkata2 mmang mudah.

nurjuwita said...

em yup..sebab saya dah lalui saya perlu dan mudah untuk berkata-kata...saya nak yang terbaik untuk semua sahabat AQRAB..menjaga hubungan atas landasan iman dan taqwa perlukan banyak pengorbanan...oleh itu,kuatkan hati dan iman bile kite dah pilih jalan utk 'dimiliki dan memiliki'..setiap org lain ujian yang Allah beri..apepun,doakan saya ya!

Anonymous said...

dah latu bicara bab2 kawin ni,...buat srabut je..

muhsinin said...

iya, sy suka artikel ini, sesuai untuk yang belum dan tidak pernah 'dimiliki' lagi, buat penenang jiwa mungkin bagi meredakan gelora di jiwa,

namun bagi yang 'bujang' tetapi mungkin pernah ada sejarah 'dimiliki', artikel ini juga sesuai untuk kalian..
mungkin sejarah yg lalu itu merupakan ujian dari Allah, jangan rasa rendah diri atau hilang keyakinan.
Yakinlah, dengan janji Allah.."lelaki yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang"..

Percayalah,
hubungan atau cinta....jika tidak berlandaskan syiar Islam hanya mengundang ketidakselesaan di hati..misal:
"jom keluar syg" kata jejaka
"jom bang" jawab si gadis
namun jauh di sudut hati JAGA(gabungan jejaka n gadis) ini, mereka sebenarnya takut..bukan takut kepada Allah..(kalau takut pada Allah, kompem mereka tak keluar berduaan)
takut terserempak dengan sahabat setasmik,
takut terserempak dgn guru tasmik atau mungkin takut terserempak dengan ibuayah..
maka, sepanjang 'outing' mereka itu, hati hanya diulit perasaan sebersalah..(korg rasa seronok ke rasa macam tu?jawapan nya TIDAK. umpama pelarian sebenarnya....
sebenarnya banyak lagi kesan -ve nya..
(kalau masih ada takut atau cuak, bagus tu..masih ada segumpal iman lagi..bayangkan kalau mereka langsung tak rase ape2..lagi parah kan..)
tapi ini salah satu misal..
niat dihati hanya untuk MENGINGATI sahabat2..
percayalah, tiada LANGSUNG unsur PERLI, KUTUK N SEUMPAMANYA.
iya..bicara bab kawen2 mmg kadang2 mengundang keributan di kepala,,,,tetapi ini hanya itu PERINGATAN sahaja..

sekian,wasalam

Anonymous said...

syukran...sangat berguna...sebagai tazkirah mendidik hati...hati yang sedang bergelora dlm usia sebegini...tipu kalau krg cube nafikan perasaan sebegini...huhuhu

Anonymous said...

perghh!!tanak pnjg pulak amanat muhsinin. bgus2...(=

muhsinin said...

maaf saya baru TERperasan, kata2 sy tu pnjang cm tu..hehehehe..sbenarnya pnjng lagi tapi dah ringks jadi mcm itu..semuge sume dapat menerimanya.

Anonymous said...

heheh....baik ahh...nasihat lagi kami2 niii

maria said...

kita semua rugi. kecuali kalau beriman dan beramal soleh, lagi saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. kan.

muhsinin said...

muhsinin, wat artikel lah..mcm ade pengalman jew..

Anonymous said...

muhsinin, wat artikel..mcm ada penglaman jew..(mintak maaf muhsinin, teramik id awak)

Anonymous said...

salam..
nak kate becinta sblm kawen 2 agak kurang elok xpe..
tp cinte sblm or slps kahwin belum ckp 2k menilai keberkatan rumah tangga seseorang cik juwita..

nak jadi anon jugak said...

heheh anonymous yang di atas ni dah mencetuskan persoalan dalam kepala saya pulak: kalo bercinta seblom kawen, tapi atas landasan, camne plak? ahahaha

Anonymous said...

Cik Juwita dah berpunya senang la ckp. tapi tak kahwin lagi kan? kira cik juwita ni tgh bercinta la kan? berkat ke? "cinta sebelum kahwin itu HANYA akan menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, PERCAYALAH bahawa rumah tangga itu takkan berkat" petikan dr artikel Cik Juwita sendiri.

Anonymous said...

mcmane lak klau bercinta lps khwin? kekal ke? comfirm? kak juwita ckp klau bercinta sblm khwin,nnti hbgn jadi hambar,sbb dah rasa semua. habis klau bercinta lps khwin mesti rasa semua gak. bila dah 10 atau 20 thn khwin,kenapa ada gak lelaki nk khwin 2,3 n 4? tak berkat ke isteri no.1 tu?

nurjuwita said...

mendoakan agar saya tidak bahagia ka? ini hanya satu nukilan,kenapa ramai pihak yang sangat sensitif...mungkin saya tidak layak untuk menulis. inshaAllah saya akan kembali muhasabah.
Takrif CINTA SEBELUM KAHWIN ITU LUAS.
Kita berkahwin atas dasar kita sayang kepada seseorang itu bukan.? buka minda dan mata hati bila membaca,jangan menilai mengikut amarah. Jangan cepat menghukum ya. jangan lancang berkata-kata dan menghukum seseorang. INSHAALLAH TA'ALA saya cuba menjaga hubungan fasa pertama saya sebagai langkah menjaga keberkatan memperolehi rumahtangga yang barakah.

andai saya tidak layak menulis artikel sebegini lg,maafkan saya. Allah yastur wa khair man satar. semoga Allah menutup Aib anda.

ayie said...

insaf hamba terbaca artikel ini...tima kasih kepada nurjuwita.semoga Allah merahmati beliau.

saya yang memerhati said...

hai cuba bagi sokongan moral sket pada kawan-kawan. Doakanlah yang baik-baik. Apa yang tak baik kalau boleh dijauhi, jauhilah. Benda yang tak pasti, kita bergantung harap dengan Allah. Jangan plak diminta yang tak elok.

aku bukan nak sokong dia said...

huaaa.....ntah la...krg sume akan melalui bende ni,soo krg jgn konfiden sgt krg sume tak lalui ujian dlm peringkat ni wei! kpd juwita dan tunangnya,bykkan bersabar. aku doakan krg cepat2 mendirikan baitulmuslim.walau niat kita baik,tp ade je org2 yg iri yg kebahgiaan krg kan..jadi krg cube jd pasangan yg menjadi role-model.jauhi maksiat....kawin mude byk pahala..jd krg kawin la cpt2...antara ciri2 wanita solehah kan awal pernikahnnya..iye x? hahaha pandainye aku ckp eh...oi! krg doa2 yg terbaik aahhh buat sume warga akrab!chiow!

Anonymous said...

berkat atau tak berkat itu bukan urusan kita nak tentukan.yang penting kita berusaha menjauhi perkara yang tak bawa berkat malah dilaknat!saya rasa itu salh satu tujuan artikel ni ditulis...untuk sama mengingatkan

ayie said...

a'aa.kita sama2 doa la.jgn dengki2 dengan kebahagiaan org lain.yg bagusnya kita doa untuk kebahagiaan kita dan juga org lain.hehehe...

komen aku.. said...

cinta sebelum kawen dengan cinta selepas kawen lepas tu tak bahgia or hilang berkat,dua2 ni adalah cerita yang lain.

Anonymous said...

didoakan sume ahli aqrab mendapat jodoh yang baik,rumahtangga yang berkat dan terus bertahan sehingga ke syurga ilahi..amin

ayie said...

sapa2 yg nk kawin tp xde duit plak,bleh la join bisnes aku. daftar free je www.vemmabuilder.com/2096798

HAHA said...

hampeh la jrujual ni,,,org nak kawin ni, sempat lg die bukak kedai kat sini...JURUJUAL DILARANG MASUK, pd cik juwita, sbenarnya anda menimbulkan kedengkian org lain..anda dah btunanag, tp bcakap mcm x brtunanag lg..ckap x srupa bikin juwita..

Anonymous said...

kawen2 la juwita oi..nampak nk kawen sangat tu..PEsanan pd smua yg brpunya la kononnya(blum kawen), mntak tlong jgn dok berduet2 nanti konvo ye..nak tunjuk kasih sayang la kononnya, nk bgambar ke, nk berasmara tepi tasik ke, nk bncang `bila kt nk kawen ke, mintak tlong pegi buat jauh2, jgn dok mnyakitkan mata org ramai..jgn jd punca dan menimbuklkan kdengkian org lain.terima kasih.

Anonymous said...

kpd yg lum brpunye,jauhkan sifat dengki mendengki ye.sama jugak iri hati,cemburu dll.itu semua sifat2 jahat dr syaitan laknatullah.maybe allah nk uji korg.lps ni ada la tu.sabar n tunggu pd masanya.ntah2 dpt kawin ngn wali allah ke,ulama' ke,ensem plak tu,kaya lg gagah perkasa.stakat banin dq pe sgt.quran bknnye masyi.huhu,jgn mara.peace!

muslimah said...

Alhamdulillah.syukran ats artikel k.aini wt tatapan shbt2 aqrab.smoga sume dpt ambil intipati dr artikel ni..xkira la bg yg dh brpunya or blum..yg penting,kta utamakan cnta al-khaliq,cinta fitrah akan menyusul..insyaallah.ana doakan yg trbaik utk sume shbt2 aqrab.tahniah k.aini=)

Anonymous said...

ak tertarik nk comment jugak sbb tgk comment byk dn berpandukan comment yg satu ni berbunyik, "kpd yg lum berpunya,jauhkan sifat dengaki mendengki ye.sama jugak iri hati, cemburu dll.itu semua sifat2 jahat dr syaitan laknatullah" ...hngga ke hujung statemnt nye "stakat banin dq pe sgt.quran bknnye masyi."[td kate jgn iri hati dengki seme bagai, tetibe kutuk org lak? hmm cmne tuh] memang mudah kita berkata2 tnpa melakukannya...mulanya niat utk berpesan2 kpd kawan2 anda, tp tnpa sedar, kita jugak melakukan kesalahan! berpegang pd quran yg kita pegang, surah as-soff "wahai org2 yg beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya![2]amat besar kebenciannya disisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tdk melakukannya[3]"...jgn kita saja2 mengundang murka Allah, memang kita manusia biasa, banyak kelemahan..tp sentiasa berusaha ke arah kebaikan...usaha!ukur baju dibadan senirik, bkn tgk kesalahan org len...mintak maaf seme, dn doakan ahli AQRAB dlm damai~hendakNye

Anonymous said...

jangan sape2 stat kutuk mengutuk ye,..perangai x baik tu..tahniah juwita, anda dah glamour skarang..silap bukak langkah, merana.

hasanhusaini said...

salam...muslimat kita nak kongsi pengalaman..nk ajak ke arah kebaikan..nak ajak kita dekat dan tuhan..

Tapi, Masih ada yang nak bawak perangai syaitan?
Nak langgar hukum tuhan?
Nak permain-mainkan al quran?
Balas nasihat dengan kutukan?
Ejekan?

Ingt, sahabt2ku, ntum hafal quran..
klu nk buat jaht sekali pun, jgn buat depan org...jgn hina org y nak buat baik..

satu lagi, klu betul2 jantan..masuk nama, jangan pakai Anonymous je..senang na kenal n nak rujuk..siapa punya lidah yg kebal api neraka tu...

NURAINI JUWITA BTE MISTI said...

masyaAllah..sejak mula dipost kan artikel ni memang tak putus2 sahabat yang berlumba-lumba menempah dosa dan pahala...Allah yastur! tak sangka ada yang sampai tak boleh terima.yah,mungkin saya bukan yang selayaknya. Terima kasih diatas teguran.saya terima dengan hati yang terbuka...saya juga manusia biasa, kekadang lupa dan alpa dan sentiasa melakukan dosa.Anda jua begitu kan ? tak sangka,inilah bahasa2(tak semua) org yg hafal Alquran... anda tak masyi Al-quran or tak usaha ke arah masyi tapi sibuk ckp org lain tak masyi ye....sikap apakah ini?....ingatlah,jika anda terasa dengan artikel saya kerana mungkin pendekatan bahasa yg kurang elok saya mohon kemaafan. Bagi yg terima dan anggap ini sebagai nasihat dari seorang sahabat dengan sahabat yg lain saya doakan anda sentiasa mendapat petunjuk Allah...amin2.

jangan cepat mengata(pada yg kata saya mcm2)...anda akan melalui zaman2 ini semua...anda pasti anda akan laluinya dengan aman? tanpa sebarang ujian? Allah maha hebat sahabat...jangan sampai segala kata2 kita (walau berbentuk tulisan) terpantul balik pada kita suatu hari nanti. Ingat,kehidupan ini berpusing...hari ini mungkin sibuk kita mengata org lain..tp satu hari nanti??

Tak pernah terlintas untuk 'glamour' seperti kata seorang sahabat yang mungkin kurang kesedaran ketika menulis komen tu.
Siapa yang mulakan comment? saya hanya bertujuan menghantar kepada blog AQRAB SEBUAH ARTIKEL BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA UNTUK SAYA DAN SEMUA. TAPI ANDA SALAH FAHAM....DARIPADA ANDA YANG HANYA TAHU MENYUMBANG KOMEN YANG TIDAK MEMBINA LANGSUNG ! NAK MENGUTUK MENUDUH ORG TANPA SEBARANG USUL PERIKSA..jadi saya hanya menjawab semua prasangka dan salah faham sahabat2 bukan nk glamour.sudah.cukup..

moga segala yang pincang dipandangan manusia akan dinilai sebagai amalan soleh disisi ALLAH..
siapa anda untuk menilai kebahgiaan org lain andai tidak tahu usaha seseorang ke arah yg diredhoi.

apA YG ANDA IRIKAN? TEPUK DADA TANYA IMAN.
KALAU IMAN SEJENGKAL CUMA,USAH MENGHINA BAHKAN MUHASABAH.=)

saya budak aqid said...

lagi satu aku pun nak tambah gakkk...
korang jangan lupa dulu masa sem1 sampai 6 juwita n kapiz bertungkus lumus tolong krg siapkan nota2,buat taklimat n mcm2 lg untuk bantu akademik ktrg....HARAPKAN KORANG WEI? ntah krg mampu ke tidak...skrg korang dabes DQ...KRG KUTUK2 SI juwita tu....apela krg..cuba hargai org sket....silap manusia kita maafkan laa...krg pun gknye lg byk buat silap.....ingat sikit jasa krg...............laaaalallalala

Anonymous said...

erm...ana rase..dh2 la bg komen..dh x jd mcm komen..mcm bergaduh adik beradik jdnye..buang mase dan penuh dosa mengata org sini sane...

Anonymous said...

ana bkn pelaja dq
just nk tgk2
panas suasana kt sini........

cik mysara said...

marilah kita bermuhasabah kembali~

baiki diri said...

dah2.insaf sume..buat si penulis , harap bykkan bersabar. yg laen2 tu, tak baek la doakan yg tak baek. cube kte doa je yg baek2 utk kwn2 kite, mudah2an ALLAH baekkan jugak urusan kte..kte sume mengharap yg terbaek dlm idup ini kan. cume mungkin mase blum smpai. setiap org ade ujian tersendiri. maka, bersabarlah dan berdoalah. sy penah terbace n baru tersedar, BERDOSA KALAU KITA SENGAJA SAKITKAN HATI ORG LAIN. dosa tau. maka, j0m doakan yg baek2 utk sume. ameen...

nurjuwita said...

buang aje artikel ni.lebih elok..=) admin, saya mengaharap agar artikel ini segera dibuang dr blog ni.syukran.

duwe adzemi said...

salam. buat sme warga AQRAB, "berfikir" sebelum menulis yer..blog nie bukan AQRAB je yg baca..kalau x leh nk ajk org wat baik,jgn meremehkan org yg ajk buat baik,cari yg tersirat,jgn menghukum yg "tersurat" sblm mengkaji yg "tersirat".

Anonymous said...

weih dah2 la tu... bace n muhasabah la snirik, yang baek ambek, yg buruk buang ... ade baik n buruknye artkel 2... pikir snirik dh la... ngan artkel ni pon nk kecoh...

Anonymous said...

gadoh sakan nmpak? kpd noraini juwita,jgn pk sgt psl komen diorg ni.niat kita btol and tindakan kita btol,trus jln,jgn toleh belakang lagi.pedulikan komen2 bodoh tu.amik yg positif utk diri n sahabat2 lain.klau nk trus layan budak2 tahap diploma ni,tak kemana pun.buat sakit ati je.ok.

Al-Faqir wa al-Haqir ila Rabb al-Kabir, Ibnu Jamal as-Sabahi said...

Salam sume,

"bukanlah menjadi tanggungjawabmu untuk beri hidayah, akan tetapi Allah jualah yang memberi hidayah kepada siapa yang dia kehendaki"

Nasihat yang baik, xperlu dibimbangi andai tidak diterima orang bahkan dicela, andai niat kita baik beri nasihat untuk mentaati Allah. Seungguhnya Allah mengetahui apa yg di dalam hati manusia... Rasulullah s.a.w. sendiri di uji dengan lebih hebat.

Buat mereka yang dah kebal dengan nasihat n rasa dah cukup baik, cuba fikir balik apa yang anda perkatakan, kalau x terima x yah lah nak memusuhi plak, kalau nasihat tu untuk mengjak kepada Allah, korang nak musuhi Allah gak ke? Hebat sangat la tu...

kata hukama' : "bala' itu adakalanya di datangkan dengan sebab perkataan yang diluahkan."

Risau n bimbang, andai berlaku pada anda apa yang telah dinasihati di atas. jangan menyesal pulak!!! x di dunia, tunggu kat akhirat. Jika kalian benar-benar beriman...

Anonymous said...

Positifkan minda, masing2 nak tunjuk hebat..nak tunjuk hebat berhujah..kenapa la jd cam ni. Malu la kat org dok tengok nu..Pelajat tahfiz,diploma darul quran,JAKIM , minda mcm bdak2 skolah ampang pecah, kuala kubu, dpan skolah darul quran hang tu la..Mari sama2 bbaik smula k.

cik mysara said...

saya cadangkan(cadangan je...)agar, komen2 di atas ini di DELETE semua..artikel pula dikekalkan..kita bina hidup baru k..
(^_^)
no war~