Tuesday, May 26, 2009

Jemputan ke Walimatul Urus Pertama AQRAB

Mungkin ramai sudah tahu akan pernikahan salah seorang ahli AQRAB, saudari Rokhaizat binti Rahmat yang telah berlangsung beberapa bulan yang lepas bersama pilihan hatinya, Muhammad Nur Amir bin Haji Rahmat (wah nama ayah sama!). Insha Allah, majlis walimahnya akan diadakan pada hari Ahad, 7 Jun 2009 ini.

Rokhaizat telah menjemput semua warga AQRAB untuk bersama-sama memeriahkan majlis bersejarahnya. Di sini kami sertakan kad undangan serta peta lokasi rumah pengantin yang terletak di Kapar, Klang. Jom serbu!


Pelan panduan ke majlis walimatul urus:


Jadi, marilah ramai-ramai hadir meraikan pasangan pengantin baru berkenaan. Kepada Rokhaizat, Selamat Pengantin Baru, semoga selamat dan aman perjalanan anda berdua sampai ke syurga. Ameen!

Friday, May 22, 2009

Yang Bagaimana? [Bahagian IV]

Setelah meninjau ciri-ciri "the most eligible bachelor (dengan menganggap bahawa anda akan memilih untuk menemani yang masih bujang): Islam’s viewpoint" secara teorinya, penulis berharap bahawa para pembaca, baik yang lelaki mahupun perempuan, sudah lebih jelas mengenai tuntutan Islam terhadap golongan rijāl yang bakal memimpin keluarga masing-masing, serta panduan untuk para nisā’ dalam hal memilih suami masing-masing.

Sebelum mengakhiri perkongsian kecil ini, apa kata kita wrap up dengan melihat pula pendapat ikhlas para gadis AQRAB tentang soal ini. Up to the Minute bertanya, “Yang Bagaimana ?"
Mari lihat jawapan mereka.

[Soalan kali ini agak subjektif dan open-ended, jadi pelbagai ragamlah jawapannya]

Soalan:
• Adakah anda punya sebarang perancangan tentang waktu yang paling ideal untuk diri anda bernikah ? Jika ada, bila? Jika tiada, mengapa?
• Ciri-ciri apa yang anda cari pada calon suami?
• Sebut SATU sifat/ciri/sikap yang anda paling tidak suka pada lelaki/suami (rata-ratanya ada lebih daripada satu jawapan -_-)
• Sebagai perempuan, apakah langkah yang anda ambil untuk memastikan anda mendapat suami yang baik dan bagus?
Apa kata mereka ?

cili api berkata:• waktu yang paling sesuei bagi saya...erm, adalah 5 tahun dari sekarang...huah3…kira-kira umur 25 tahun ke bawah…
• ciri-ciri lelaki idaman : ~fuhh~ pastinya beriman, berpendidikan, bertanggungjawab, caring, memahami, tegas dan berpendirian…ensem kira bonus…keh3
• yg tak suke : yang 'miang', penipu, panas baran, perokok, bajet bagus, poyo je lebih, terlalu menjaga ego
• 1] diri sendiri mesti mau bagus la
2] du'a dari awal..mintak ngan Allah pape hal pon..
3] pilih yg berilmu n beriman...seperti apa yang disarankan oleh baginda nabi s.a.w.

Secreto berkata:• ya InsyaAllah 5 tahun lagi,
• ciri-ciri "die"mestilah seorang yang faham agama (kalo xhafiz pon xpe, asalkan "die" seorang yg btol2 faham agama, matang, pandai berdikari, bertanggungjawab, paling penting menghormati keluarga saya serta dapat terima segala kekurangan & kelebihan diri saya dan keluarga...
• Saya xsuke jika lelaki tu seorang yang hipokrit, berlagak macho
• langkah yg akan saya ambil ialah Insya Allah saya akan sentiasa berusaha serta memperbaiki diri menjadi yang terbaik jika saya inginkan yang terbaik juga serta sentiasa berdoa dan bertawakkal mendapat suami yang terbaik..

seungu cahaya berkata:• mumkin 25/26, tu pong kalu jodoh awal huhu
• xkisah la camne pun...asalkan boleh didik kite, family kite n anak2, yang paling penting dapat bagi sumbangan n hidupkan kampung, sebab skang ni kat kampung xde lgsg anak muda yang aliran agama
• harap suami bukan boleh terima kite je, malah family kita sekali
• panas baran
• doa jela

penah jadi ketua kelas Ibn ‘Amir + beberapa jawatan laen berkata:• Perancangan untuk bernikah? Hehe.. best nyer soklan. Calon pon x de, nak wat guane. Xde kot, sebab da kene warn, papehal blaja dulu tapi kalo da jodoh, apekan daye kan.
• Ciri-ciri ek? X merokok [da most important thing], beriman, penyayang, hormat orang tua, mmg de hati n kemampuan utk bernikah, sedap mata memandang [wah!!] etc.
• Satu sifat yang x disukai adalah merokok. I hate smokers. Hehe~
• Soklan last ni..hurmmm. langkah ek? Susah gak nak jawab. Tanye la pada orang yang mengenali die, sahabat die ke, family die ke, ke ke. Hehe.. tak pon jadik penyiasat persendirian jap ke. N wat solat istikharahla. Atau pon we’ll wait and see

nurjuwita berkata:• alhamdulilah, perancangan sudah ada, cuma tunggu masa yang sesuai untuk bernikah. Bila? emm...itu kene tanya pihak rijal=) hehe.
• ciri2: yang beriman, Al-Hafiz...sekufu dengan diri saya=)
• sifat yang saya tidak suka pada seorang suami: tidak jujur/amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ketua Keluarga.
• Saya memastikan, saya TERLEBIH dahulu menjadi seorang Muslimah Solehah bagi memastikan mendapat calon yang soleh, At-Toyyibat lit Toyyibin...lain2 saya serah pada Allah untuk menentukan siapakah gerangannya! =) Doakan saya ya!

not me not now berkata:• Seboleh-bolehnya jangan sewaktu masih belajar, itu saja. Mungkin setelah graduate ijazah pertama.
• Beliau mestilah 1) takut akan Tuhan a.k.a. bertaqwa, 2) jelas matlamat dunia akhirat, dan gigih mencapai matlamat tersebut. Dan hendaklah beliau 3) boleh menjadi best friend saya kelak. Seorang yang 4) akan menjadi anak yang baik kepada mak dan ayah saya. Also, 5) someone who can laugh at his own mistakes.
• Tak mahu yang apabila marah, hilang semua self-control.
• Penting sekali, perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Minta pada Allah, minta mak dan ayah doakan. Masih terlalu banyak yang tiada pada diri saya, jadi doa saya agar Allah berikan teman hidup yang paling saya perlukan dan yang paling memerlukan saya. Juga, semoga Allah pelihara serta lorongkan saya di jalan yang paling bersih menuju pernikahan. Mohon doa semua juga!

K pendiam berkata:• utk bernikah..mcm tak t'pkir pulak. Tapi kadang2 terpikir jugak...tapi jugak, memang macam tak sedia
• tak suka, lelaki yang cepat marah…sket2 nk mrah...tak naklah macam tu..satu lagi, xsuka tengok lelaki yg merokok
• suka yg suka bg nasihat, take care...kita salah dia tegur...tak la tegur kasar2 tp ngan hikmah la kan..suma orang suka yg baik...paling penting dia jaga hubungan ngan Allah...
• klo nak psngan yg baik, wat ler perangai baik..nanti dapat pun samer...insya Allah...macam slalu kita dengar ayat keramat ni, jodoh di tangan Tuhan.."attoibuna littoiyyibaat"..-sedar diri-p/s:us ibrahim

Tasurrunnazirin berkata:• ada, mungkin dalam sekitar umur saya 24-25..
• antara ciri utama saya akan pilih...ni panduan bagi saya..1-Hubungan dia dengan Allah (solat jemaah berapa kali sehari, selalu pergi masjid ke tak, qiam) 2.Hubungan dia sesama manusia esp. dengan ibu bapa dia..sape kawan baik dia.. 3. Bertanggungjawab 4. Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi 5. Seorang yang sederhana dalam segala aspek kehidupan..
• sifat lelaki yang paling tak disukai: ego tak bertempat.
• Langkah-untuk mendapatkan suami yang baik adalah bermula daripada diri seorang wanita itu sendiri, kita mahukan suami yang baik dan bagus kita dahulu yang perlu jadi baik dan bagus...at least kita berusaha ke arah itu walaupun mungkin kita tak boleh jadi perfect...kerana setiap usaha yang kita lakukan pasti akan dinilai oleh Allah swt...Selain itu, kita kene selalu berdoa agar dikurniakan suami yang soleh yang akan menjadi teman kita di dunia dan akhirat..dan selalulah mintak petunjuk dari Allah swt dgn istikharah agar lelaki yg menjadi pemacu hidup kita adalah lelaki yang soleh

KHATIB berkata:• perancangan waktu paling ideal utk bernikah: tak ada. Tapi Insya Allah rancangannya, tahun akhir masa di Mesir nanti sudah bertunang. Lepas habis di Mesir, bekerja untuk 2 tahun. Then baru kawin. No specific date. Umur time tu, 26~ huhu tua kan…kalau boleh nak masa umur 25 tapi Insya Allah kalau dimurahkan rezeki yang halal, masa umur 25 tahun dah settle down
• die bukan seorg perokok n kalau boleh juga bukan bekas perokok, n takde talasemia, mudah untuk mingle with everyone, bijak, dan berlawanan dgn diri ini dari segi banyak cakap n tak banyak cakap (saya masih tak tau saya ni banyak cakap ke tak)
• satu sifat/ciri/sikap yg paling tak suka pada lelaki: perokok, cepat naik angin, cemburu buta, tak tau urus diri sendiri (sepit kuku sendiri, makan ikan, udang kena tolong buangkan kulit atau tulang)
• untuk pastikan dapat suami yang baik: kite kena jadi baik dulu. Mana aci, kite yang jahat, nak dapat yang baik. Like Allah promised us, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Begitulah skema jawapan yang telah dikemukakan oleh panel penilai. Sama-sama hitung dirilah. Bak kata salah seorang interviewee, “kita tak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya…”

Fuh.

Seperkara lagi, dari pemerhatian penulis, kebanyakan responden [eh ni tesis ke ape] tidak merancang untuk bernikah anywhere in the near future…banyaknya merancang untuk berumahtangga dalam masa 4-5 tahun akan datang.

Oleh itu, penulis ingin menyampaikan pesanan khidmat masyarakat untuk diri penulis sendiri serta seluruh brotherhood + sisterhood AQRAB, iaitu: kalau nak kahwin baru cari; kalau belum, jangan pandai-pandai cari. Ada faham? Kalau nak “tinjau-tinjau” bukan tidak boleh, tapi berhati-hatilah. Pilihlah jalan yang paling sejahtera untuk diri kita. Di jalan ini, there’s nothing to lose and everything to gain. Anda bijak jauhi zina.

In the mean time, sibukkan diri anda. Sementara masih single, fokuslah kepada pembangunan diri sendiri – pelajaran kita, kerjaya kita, masa depan kita, kematian kita. Jika benar anda berjaya mencapai target untuk berkeluarga dalam tempoh empat atau lima tahun lagi, maka anda sudah tidak punya banyak masa untuk diri sendiri. Kalau Allah menetapkan bahawa masa anda akan sampai lebih awal, dan anda ditakdirkan menikah ketika belajar…alhamdulillah kerana sebahagian agama anda akan disempurnakan, tapi semakin kuranglah masa untuk pembangunan diri tanpa belenggu komitmen perkahwinan, bukan?

Secara peribadi, penulis berpegang kepada teori bahawa: jika kita sudah punya akhlak mulia, pendidikan, kerjaya dan persediaan yang secukupnya…pasti mudah untuk orang jatuh cinta pada kita. Jadi tak perlulah membebankan hati dengan perhitungan “she/he loves me, she/he loves me not” pada hari ini. The time will come, semuanya sudah dalam aturan Tuhan. Tak nak ikut percaya sekali tak mengapa. Ini personal belief saja.

‘Ala kulli hāl, jangan berhenti daripada meminta pertolongan dan petunjuk daripada Allah. Perjalanan hidup kita, bisikan-bisikan hati kita, semuanya dalam kekuasaanNya. Kalau terasa lemah, pohonlah kekuatan daripadaNya.

Hakikatnya, “mutiara-mutiara yang terjaga” akan sentiasa menjadi taruhan. Selayaknya mutiara tersebut untuk siapa? Di sini penulis teringat kata orang tua-tua:

Always, the best man wins.

Logik, bukan?

Epilog

Kesimpulannya wahai manusia, berpeganglah dengan ingatan daripada Allah, bahawa "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…"An-Nur ayat 26.

Salah silap harap dimaafkan.

Wallahu Ta’ala a’lam.

Saham AQ-NOMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada ahli-ahli aqrab yg telah membeli lot-lot saham yang dikelolakan oleh aQ-NoMI pada semester lepas, sila pastikan no. akaun anda BETUL untk tujuan mengemaskini akaun..

Sekiranya ada sebarang perubahan tentang akaun tersebut, sila hubungi Ahmad Syukran bin Baharuddin di talian 0132001876 atau pun melalui mel elektronik: sukess@yahoo.com

Pemberitahuan yang berikutnya akan disiarkan dalam blog ini dalam masa terdekat…

Sekian terima kasih…

Bil.

Nama

Lot

Bank

No. Akaun Bank

1.

AHMAD ZUL NASRAHTUL HUSNA BIN ZAINUDIN

1

BSN

1011629000133261

2.

MUHAMMAD KHAIRI BIN ABU YAMIN

4

BSN

1011629000133496

3.

ABD RAHMAN BIN ZAINAL ABIDIN

5

BSN

1013629000114161

4.

KHAIRUN NASIRIN BIN MOHAMED NOR

5

BSN

0822429000060324

5.

ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN

5

BSN

1110029000279183

6.

ALIF AZIZI BIN ROSLI

5

CIMB

03020074414529

7.

MOHD FIKRI ANWAR BIN MOHD KAMAROLZAMAN

5

BSN

0611529000324313

8.

IRSYAT ZAMANI BIN AZIZ

5

MAYBANK

162777013578

9.

MOHD MUFTI FURQAN BIN MOHAMMAD

8

BSN

0310029000690301

10.

HAZWAN BIN ZAKARIA

5

MAYBANK

162076567360

11.

MUHAMMAD ASHRAF EHTESHAM BIN YUNUS

8

MAYBANK

159012747601

12.

MUHD FAIZAL BIN RAZALI

4

BSN

0510529000107244

13.

MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD ASHMIR WONG

8

MAYBANK

162076570087

14.

AHMAD SYAMIM BIN MD YUSOF

8

BSN

1419529000007526

15.

WAN AHMAD IKRAM BIN WAN MOHAMED

8

BSN

0320129000136539

16.

LUQMAN AL HAKIM BIN MOHAMED YUNOS

3

BSN

141539820132086

17.

MOHD FAIZAL BIN MALIK

5

BSN

1410129000007814

18.

ABD KHAFIZ BIN MD NOROK

3

BSN

0011252900029872

19.

MOHD FADLAN BIN ISMAIL

5

BSN

1040029000084832

20

MOHD ‘ALLAMAH BIN MOHD ALI

8

BSN

1011629000132566

21.

MOHD FIKRI BIN CHE HAMID

5

BSN

0311229000274105

22.

MOH FIRDAUS BIN MAT AKHIR

5

BSN

0210929000088974

23.

NAZIR BIN SAIDAN

5

BSN

1011629000134453

24.

MUHAMMAD FARID RAMADHAN BIN MOHD ADNAN

2

MAYBANK

103033365296

25.

SYAHMI SYAFIQ BIN AZMI

5

BSN

0510329000072153

26.

MUHAMMAD REDZWAN BIN ABDUL AZIZ

5

BSN

0310029000079416

27.

MUHAMMAD FAEZ BIN AHMAD

5

MAYBANK

162076562858

28.

AHMAD SYUKRAN BIN BAHARUDDIN

5

MAYBANK

162076585106

29.

MUHAMMAD NUR AMIN BIN NORDIN

5

BSN

1013629000146115

30.

AHMAD MUHAIMIN BIN MOHD ZAMRI

2

BSN

1013629000094211

31.

FAIZ BIN ISMAIL

3

BSN

0823829000226171

32.

MOHD SAFUAN BIN ZAINUDDIN

2

MAYBANK

162076562858

33.

MOHD NOOELMIR BIN NOORUDIN

2

BSN

0630029000129463

33.

MUHAMMMAD HAFIZ BIN MOHD RAHAT

3

BSN

0310229000088481

34.

MUHAMAD HILMI BIN MUHAMAD SAID

3

BSN

1014629000043573

35.

TENGKU MOHD NORHANIF BIN RAJA ABDUL RASHID

2

BSN

0310529000177702

36.

LUQAMALNUL HAKIM BIN MOKHTAR

5

BSN

0511241000001884

37.

MOHD HAFIS BIN MD NOR

5

BSN

0219029000159792

38.

HANA THARWAH BT ABDUL HADI

1

BSN

0310029000439964

39.

NUR IZZATI BT SHAHARUDIN

1

BSN

1419229000084608

40.

AZYAN SYAZWANI BT AHMAD ADRI

2

BSN

0610529000037205

41.

WAN SALWA BT WAN HASSAN

2

BSN

1110029840783403

42.

KU ROHANA BT TENKU ANERA

2

BSN

0311229000273264

43.

QATRUNNADA BT JUNUS

2

BSN

0211029000053743

44.

WAN NUR HANISAH BT WAN DIN

1

BSN

0211029000053743

45.

MAHFUZHOH BT MUHAMMAD MUCHTAR

1

BSN

0410941000015762

46.

FATEN THAAHERAH BT AHMAD SHAHBUDDIN

1

BSN

1010041000029265

47.

FATANAH BT HAMZAH

1

BSN

1011629000132362

48.

ERNI ERNIRA BT MOHD NOR

1

BSN

0310429000168666

49.

SITI ROBIATUN ADAWIYAH BT ROSLAN

1

BSN

0822129000065632

50.

SITI NURHIDAYAH BT ABDUL SAMAD

1

BSN

1011623000132370

51.

FATIHAH BT SALLEH

1

BSN

0310429000168666