Wednesday, May 20, 2009

Yang Bagaimana? [Bahagian II]


Soal Jodoh: Proaktif lawan Reaktif


Umumnya, dalam hal ehwal nikah-kahwin, pihak lelaki lebih menonjol sebagai kaum yang proaktif mencari jodoh untuk diri mereka. Perempuan pula, rata-ratanya bersikap reaktif – mereka biasanya, sama ada menerima atau menolak calon yang datang bertanya. Betul tak? Jom tengok contoh:

Ali : Lela, will you be my wife? [Proaktif]

Lela : Jawapan 1: Of course! [Reaktif]
Jawapan 2: Thanks, but no thanks. [Reaktif]

See? Memang senario di atas merupakan norma dalam masyarakat kita. Jarang sangat kita lihat peranan dalam dialog tersebut bertukar ganti, contohnya:

Lela : Will you marry me, Ali? [Proaktif]

Ali : Yes yes yes! [Reaktif]

Pelik, bukan? Tak salah sebenarnya, tapi tetap pelik. Lagipun, yang akan bernikah itu adalah anda, jadi memang wajarlah jika anda sendiri yang mahu mengambil langkah positif untuk memastikan natijah yang baik dalam hal sepenting ini. Tetapi kalau para pembaca perempuan sekalian tanya kepada diri sendiri, “sanggupkah aku mengajukan soalan “will you…” nih kepada lelaki soleh idaman aku?”…apa jawapan anda?

Oh tidak. Memang tak sanggup.

Melainkan, si perempuan meminta walinya untuk menguruskan urusan mencari jodohnya. Biar penulis tampilkan misal:

Lela : Ayahanda, anakanda rasa, sudah sampai masanya anakanda berumahtangga. Bolehkah ayahanda carikan seorang jejaka yang soleh untuk dijadikan teman hidup anakanda ?

Ayahanda beliau : Tentu sekali, anakanda. Mahu yang bagaimana ?

Lela : Ayahanda bacalah blog AQRAB, di situ ada jawapan anakanda.

Ha, bagaimana ? Jika tidak mampu menyuarakan terus kepada si lelaki, sanggupkah anda menyuarakan hasrat kepada wali ? Insha Allah, walid atau datuk anda semestinya sporting seperti bapa kepada ibu Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jailani – ingatkah bagaimana beliau mengenakan syarat kepada pemuda yang telah memakan epal dari kebunnya tanpa izin, kemudian ingin membayar balik harganya. Lalu disuruh kerja bersama-samanya setelah sekian tahun, kemudian diletakkan pula syarat agar pemuda tersebut menikahi anak gadisnya yang "pekak, buta, bisu, kudung " tersebut… ? Itukan suatu contoh bagaimana wali si perempuan sendiri yang memulakan inisiatif mencari suami untuk anaknya ?

Maka sebagai anak perempuan, mahukah anda menyuarakan niat mencari suami ini langsung kepada wali anda? [Lagipun, kata mereka, pilihan orang tua berkat].
Kedengaran mudah, tapi rasanya macam tak sanggup, bukan? Cara begini pun, walaupun lebih halus dan lebih kena dengan jiwa pemalu si anak perempuan, mungkin turut tidak akan disanggupi oleh kebanyakan gadis.

Maka dalam soal mencari jodoh, normalnya kaum lelaki yang memulakan langkah.

Hakikat ini juga menyedarkan penulis tentang jawapan kepada persoalan yang kadang-kadang timbul: “Mengapa biasanya ciri-ciri wanita idaman saja yang dibincangkan panjang lebar? Bukankah good things go both ways? Perempuan juga mencari teman hidup yang baik lagi bagus!”

Wanita kerap menjadi bahan perbincangan, kerana ada golongan (lelaki) yang aktif mencari jawapan kepada beberapa persoalan…contohnya: “Aku mahu seorang isteri yang baik, jadi di mana harus aku cari?” Maka bertambah-tambahlah huraian ciri-ciri calon isteri Muslimah yang paling ideal di serata ruang perkongsian ilmu. Siapa bertanya, dia yang dapat jawapan.

Kalau kaum Hawa juga mahukan jawapan, ajukanlah soalan. Proaktif, itu kuncinya.

[Maka para pembaca perempuan pun bertanya:]

Lalu lelaki bagaimanakah yang harus dipilih sebagai suami?


*take a break, have a KitKat karipap* Sambungannya akan menyusul esok.

1 comment:

dtho said...

mmg benar lbh byk artilkel or prbcgn berkenaan mncr wanita idaman drpd lelaki idaman sdgkan mncr pemimpin yg terbaik itu sgt penting.byk tnggungjwb yg perlu dipikul.so,kpd wanita di luar sana especially aqrabians pilihla yg terbaik krn islam dh sediakn jalan