Thursday, July 16, 2009

"Tak sabar nak tgk gambar kahwin Teacher!"


Bahagia berdua


Antara staf dan pensyarah DQ yang hadir


Sempat memastikan kucing kesayangan tidak kelaparan

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap gambar kahwin Teacher Anis, penulis melapangkan sedikit waktu untuk berkongsi sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang walimatul urus yang diadakan di kediaman orang tua Teacher Anis yang bertempat di Bandar Country Homes, Rawang.

Alhamdulillah, menurut pemerhatian penulis, ramai juga warga AQRAB yang turun padang bagi sama-sama memeriahkan resepsi tersebut. Teacher Anis dan pasangannya kelihatan berseri-seri bermesra dan bergambar dengan para tetamu yang hadir.

Teacher Anis dan pasangannya Encik Azuan selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat yang mulia seusai solat Jumaat. Didoakan agar Teacher Anis dan suaminya bahagia dan dapat menjalani kehidupan berumahtangga dalam aman damai serta diberkati selama-lamanya serta dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Warga AQRAB juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini dan sempat bertemu dengan pensyarah-pensyarah serta staf-staf DQ yang telah beberapa bulan ditinggalkan. Sepanjang resepsi ini, Teacher Anis dan pasangannya kelihatan begitu ceria dan mesra beramah mesra melayan tetamu yang ingin bergambar.

No comments: