Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Semoga semua warga AQRAB dalam keadaan baik di mana saja anda berada.
Buat pengetahuan semua, pesta Majlis Konvokesyen Darul Quran tahun ini bakal berlangsung pada
30-31 Julai 2010 di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Nampaknya ada alasan bagus untuk kita sama-sama "singgah" di
alma mater kita pada hujung minggu berkenaan.
Tanpa segan silu, di sini kami ingin mengajak kawan-kawan AQRAB yang berkelapangan untuk turut memeriahkan pesta konvokesyen tersebut...lagi ramai lagi meriah. Antara aktiviti yang dapat dilakukan nanti, macam biasalah: rapatkan ukhuwwah, bertukar-tukar berita dan cerita, berjumpa dengan para mu'allim serta mu'allimah yang banyak berjasa pada kita, makan-makan, berkenal-kenalan dengan adik-adik baru/lama di DQ, tinjau keadaan sahabat-sahabat kita yang merintis program Ijazah DQ-USIM, dan tak lupa juga untuk meraikan sahabat-sahabat AQRAB yang bakal menerima sijil diploma pada majlis konvokesyen tahun ini.
Oleh itu, kepada semua AQRABian yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk 30 dan 31 Julai ini, jom meriahkan konvokesyen Darul Quran. Yang sedang belajar di luar negara pun, manalah tahu pulang bercuti waktu itu, jom ke Darul Quran.
Jumpa di sana!