Tuesday, March 15, 2016

Menyepi Hampir 4 Tahun

Alhamdulillah, AQRAB UPTOTHEMINUTE kembali seketika, setelah blog ini menyepi sekian lama hampir 4 tahun dek kesibukan warga AQRAB, mungkin disebabkan oleh tugas- tugas pembelajaran degree, master dan sebagainya. Walaupun menyepi sekian lama, usah kita gusar, kita semua saling menjalin keAQRABan samada melalui Facebook mahupun Whatsapp group sepanjang ketiadaan update di blog.


Syukur kepada Allah, rata-rata sahabat AQRAB sudah pun menamatkan sesi pengajian Degree, ada juga sudah menamatkan Master, dan ada yang masih menyambung sehingga peringkat PHd. Tahniah diucapkan!

Terkini! Ramai sahabat-sahabat AQRAB sudah mula berkerjasama antara satu-sama lain dalam kerjaya guru TAHFIZ TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di kebanyakan sekolah KPM samada di SMAKL, SMAP Bentong, MAAHAD MUAR, juga di SABK seperti SEMESTA, IMTIYAZ di terengganu, dan lain lagi sekolah yang menjalankan sistem KBT (Kurikulum Bersepadu Tahfiz).

Thursday, August 16, 2012

Majlis Kesyukuran Pernikahan Mawardi


Dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati kami mempersilakan tuan/puan/encik/cik/ustaz/
ustazah seisi keluarga serta sahabat handai ke majlis penyatuan ikatan janji kami :


Ahmad Mawardi bin Hj Abd Rahman
dengan
Nurul Izzaty binti Mat Nazir

pada:
25 Ogos 2012 bersamaan 7 syawal 1433H

Tempat:
141 kg petaling, tepoh,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Friday, June 24, 2011

Walimatul Urus : Sofiani Osman

Assalamualaikum wrt wbh.

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat AQRAB bakal melangsungkan perkahwinan.

Sofiani Binti Osman menjemput semua sahabat sahabiah AQRAB untuk menghadiri walimatul urusnya dengan Muhammad Mustaqiim Bin Mat Daud

pada 10 Julai 2011 bermula jam 11.00 pagi - 4.00 petang

bertempat di No.78, Jalan Buloh Kasap, Pekan Jabi, 85000 Segamat, Johor.

Kehadiran sahabat-sahabat amat dialu-alukan. Semoga ianya menambah keberkatan walimatul urus itu nanti.

AQRABian mengucapkan tahniah kepada Sofiani dan pasangan. Doa kami untuk anda berdua, "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr!"



Tuesday, May 3, 2011

Jemputan Walimah Muhd

Assalamualaikum dan salam rindu buat semua sahabat-sahabati.

Saya
MUHAMMAD BIN ISA
Tahun2,
Takhasus Fiqh Wa Usuluh,
Kuliah Syariah,
Mutah University,
Karak, Jordan

Ingin menjemput semua sahabat-sahabat yang disayangi ke majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada :

5/6/2011 (akad nikah dan kenduri) rumah pengantin perempuan yang beralamat
890 taman desa permai,
repah 73000, tampin, N9 dan

11/6/2011 rumah pengantin lelaki beralamat
28, kampung mengkuang hujung,
Kuala pegang,
09110 baling, kedah.

Kehadiharan sahabat-sahabat adalah amat bermakna buat saya dan keluarga.

Kad belum siap. So selamat bersantai dengan web yang tak seberapa. Tapi maaf agak berat. Selamat menonton…:-)

Friday, February 25, 2011

Tahniah tahniah tahniah tahniah

Alhamdulillah, baru-baru ini empat lagi AQRABian telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati masing-masing. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Fikri Sharbini dan pasangannya Dayangku Nurul Hafizah (pelajar Ilham), saudari Noraina Suzana dan pasangannya, saudari Nur Safinah dan pasangannya, serta saudara Hazman Yani dan pasangannya. 

Setakat ini pihak pentadbir blog hanya berjaya mendapatkan sedikit gambar majlis pernikahan saudari Fikri dan isterinya Dayangku Hafizah. Kepada siapa-siapa sahaja yang ada menghadiri majlis yang lainnya dan mempunyai gambar-gambar yang relevan, boleh e-melkan kepada aqrab_uptotheminute@yahoo.com supaya dapat disiarkan untuk tatapan sahabat-sahabat.


Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari blog ini.

Kepada keempat-empat pasangan bahagia ini, kami ucapkan jutaan tahniah. Kami juga turut berkongsi kegembiraan atas hari bersejarah anda semua. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr, ameen!

Wednesday, February 16, 2011

Jemputan walimatulurus

Assalamualaikum wrt wbh

Alhamdulillah, seorang lagi AQRABian bakal melangsungkan pernikahannya dan menjemput semua sahabat untuk turut menghadiri hari bahagianya.

Jemputan ke walimatul urus

Nur Safinah binti Che Mat Noor
dan pasangannya
Siddq bin Muhammed
di alamat
No. 343, Kg. Cheng Kuak Damak,
27030 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Akad nikah akan dilangsungkan pada hari Khamis 17 Februari 2011 pada jam 9 pagi.
Kenduri kesyukuran pula pada 28 Mei 2011 dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang.

Bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan, sama-samalah meraikan hari bersejarah pasangan ini.
Doa kami untuk anda berdua, "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr!"

Monday, December 27, 2010

It's a boy! (2)

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat kita telah dikurniakan cahayamata sulung.
Sila lihat kecomelan bayi berkenaan di gambar-gambar yang dilampirkan:


Tahniah diucapkan kepada Mohd. Zaki bin Din @ Mohamed Nasirudin 
dan isterinya Siti Norfaeezah binti Hj Mohd Roslan atas kelahiran 
anak mereka
Muhammad Afnan Zayyad bin Mohd Zaki 
pada 18 Disember yang lepas.
Semoga menjadi anak yang baik dan bertaqwa.