Friday, February 25, 2011

Tahniah tahniah tahniah tahniah

Alhamdulillah, baru-baru ini empat lagi AQRABian telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati masing-masing. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Fikri Sharbini dan pasangannya Dayangku Nurul Hafizah (pelajar Ilham), saudari Noraina Suzana dan pasangannya, saudari Nur Safinah dan pasangannya, serta saudara Hazman Yani dan pasangannya. 

Setakat ini pihak pentadbir blog hanya berjaya mendapatkan sedikit gambar majlis pernikahan saudari Fikri dan isterinya Dayangku Hafizah. Kepada siapa-siapa sahaja yang ada menghadiri majlis yang lainnya dan mempunyai gambar-gambar yang relevan, boleh e-melkan kepada aqrab_uptotheminute@yahoo.com supaya dapat disiarkan untuk tatapan sahabat-sahabat.


Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari blog ini.

Kepada keempat-empat pasangan bahagia ini, kami ucapkan jutaan tahniah. Kami juga turut berkongsi kegembiraan atas hari bersejarah anda semua. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr, ameen!

No comments: