Saturday, January 10, 2009

Malam Seribu Kenangan


DQ – Malam Seribu Kenangan telah berlangsung dengan gilang – gemilang pada 10 Januari yang bertempat di Dewan Muktamar DQ. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Zawanah berikutan Pengarah DQ tidak dapat menghadirkan diri atas sebab – sebab tertentu dan dipengerusikan oleh saudara Azan Safar. Penasihat AQRAB iaitu Ustaz Zaki turut terharu dengan mengatakan inilah satu-satunya program yang dianjurkan oleh AQRAB yang mendapat sokongan dan penyertaan semua warga AQRAB .Antara objektif Malam Seribu Kenangan untuk meraikan pensyarah-pensyarah, staf dan kakitangan DQ serta para pelajar semester 6 AQRAB yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi kerana tidak pernah ada majlis seumpama ini dibuat sebelum ini. Majlis ini turut digamatkan dengan persembahan roomate bersaudara Anas dan Muhaimin,Hiqmy dan Hazman Yanie. Kemuncak acara ini adalah pada sesi bermaafan dengan pensyarah- pensyarah, staf dan kakitangan yang hadir bersama para pelajar AQRAB dan sesi fotografi beramai-ramai.Semoga malam tersebut meninggalkan seribu satu kenangan kepada kita semua.

Corat – coret sepanjang Malam Seribu Kenangan :-
# Program ini telah banyak tajaan terutamanya sebilangan warga AQRAB dalam menjayakannya seperti tajaan hiasan bunga, sewa meja makan yang berpatutan,kewangan dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak diucapkan!!!
# 50 ajk telah digunakan bagi menjayakan program ini dan turut mendapat sokongan dan kerjasama oleh warga AQRAB yang lain yang tidak terlibat secara rasmi.
# Muhib,Abi,Bro,Fahmi dan Farid Ramadhan telah diambil nama oleh pihak HEP gara-gara balik lambat semasa mencari cenderahati yang sesuai untuk kita.
# Sumber kewangan merupakan masalah utama program ini namun alhamdulillah telah selesai apabila elaun masuk RM240 sehari sebelum majlis berlangsung.
# Cadangan memakai kemeja lengan panjang dan tali leher telah mendapat bantahan daripada banin dan banat pada mulanya.
# Jumlah peruntukan untuk hidangan makan malam berjumlah RM 4500 dengan menggunakan khidmat Restoran Farhan Grill yang merupakan restoran suami Ustazah Farhana.
# Persembahan paling mencuri tumpuan malam tersebut tentunya daripada Saudara Hiqmy yang selamba dan bersahaja.
# Pakaian rasmi banin AQRAB adalah songkok hitam,kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack dan berkasut manakala banat berpakaian jubah lengkap.

No comments: