Thursday, August 13, 2009

Konvokesyen!

Alhamdulillah! Akhirnya, detik yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga AQRAB khususnya telah pun selamat disempurnakan Sabtu, 8 Ogos yang lalu. Majlis Konvokesyen yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran telah dirasmikan oleh YBhg Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khair Baharum dan disambut dengan meriah apabila dihadiri oleh para ibu bapa graduan bersama ahli keluarga masing-masing.

Seperti selalunya, majlis konvokesyen Darul Quran Kali ke-XVIII ini disertai dengan ekspo dan sambutan yang meriah, tetapi bezanya, kali ini, majlis konvokesyen dilangsungkan mengikut sesi pagi dan petang -- graduan-graduan Diploma serta Persijilan OKUMP diraikan pada sesi pagi, manakala para graduan Persijilan DQ-UIAM serta Sijil Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ) diraikan pada sesi petang. Jelas sekali, Darul Quran sudah semakin berkembang!



Bertemu kembali

Kebanyakan graduan telah tiba di Darul Quran pada hari Khamis (7 Ogos) kerana raptai penuh akan diadakan pada pagi Jumaat yang berikutnya. Namun, tidak kurang juga yang datang lebih awal lagi... Suasana ceria pra-konvokesyen sangat-sangat dirasakan setibanya para graduan dari pelbagai negeri dan negara, terutama dengan keberadaan para AQRABian yang menuntut di Darul Quran sebagai pelajar Ijazah USIM-DQ. [Takkan AQRAB hilang di Darul Quran hahahaa]. Tambahan pula, para ahli AQRAB disambut baik oleh pensyarah-pensyarah Darul Quran yang telah sangat banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman mereka selama ini. Terima kasih, ustaz dan ustazah semua!

Sesungguhnya, ketika menjejakkan kaki melepasi pintu pagar utama Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru pada hari itu...terasa seperti masih menuntut di situ. Seumpama sedang pulang ke Darul Quran dari cuti semester (atau mungkin juga outing). Terlintas di fikiran, "Eh. Sama je DQ hari ni dengan DQ yang aku tinggalkan lepas final exam hari tu? [Cuma tak perlu lagi letakkan buku keluar-masuk HEP di pos pengawal]."

Walaupun persiapan untuk majlis konvokesyen terlihat di serata premis Darul Quran, objektif utama yang terprogram di minda masing-masing hanya satu: jumpa mereka! Kawan-kawan! Maklumlah, terpisah (sebentar) setelah tiga tahun bersama. [Eh ape korang ingat sepanjang hidup ni boleh spend dengan kawan-kawan je ke? HAHAHA.]

Tapi demi Allah, persahabatan @ keAQRABan ini suatu nikmat yang sangat bermakna kepada kami semua.

Kembali kepada topik asal. Setelah bertemu kembali dengan teman-teman, masing-masing mulalah bertukar khabar (bagi yang jarang berhubung) atau bersantai dan meng-update khabar sahaja (bagi yang sudah terlalu kerap berhubung). Walau apa pun, tempoh tiga hari dua malam itu amat bernilai bagi semua graduan kerana selepas ini, tiada siapa yang tahu apa peluang kita semua untuk bertemu semula. Mana tidaknya, pada majlis konvokesyen itu pun, sudah ada beberapa AQRABian yang tidak dapat hadir kerana memburu ilmu di kejauhan.

Raptai

Pada pagi Jumaat, 7 Ogos 2009, semua graduan telah berkumpul di sekitar Dewan Muktamar untuk sesi raptai penuh. Lalu kami ditunjukkan aturan protokol majlis satu persatu. Rupa-rupanya, duduk berlama-lama di dalam dewan yang berhawa dingin juga boleh meletihkan. Tak mengapalah, yang penting majlis dapat dilangsungkan dengan baik.

Petang itu...

...raptai lagi!

Majlis pun bermula

Pada pagi 8 Ogos 2009 yang tenang...the atmosphere was all charged up with mixed emotions. Everyone could feel the excitement, anticipation, suspense, the merry spirit of comradeship, happiness, and, in the midst of it all, a sense of finality. Pada hari ini, semua graduan akan bergelar bekas pelajar Darul Quran secara rasminya.

Sambil mempersiapkan diri untuk majlis kemuncak, ada yang sibuk menghubungi keluarga yang baru sahaja sampai untuk menghadiri acara pada pagi tersebut. Semuanya kelihatan ceria dan bahagia dengan graduation robes masing-masing (yang boleh tahan BESAR). Pelbagai gaya dan rekaan baju dikenakan oleh AQRABians pada pagi itu, tapi jangan risau, semuanya kelihatan serupa setelah menyarung jubah konvokesyen.

Sebelum jam 9:45 pagi, semua graduan sudah siap berhimpun di Auditorium Sheikh Mohd. Noor untuk taklimat akhir sebelum melangkah ke Dewan Muktamar. Beberapa minit sebelum jam 10 pagi, para graduan banin mula menapak keluar dari Auditorium...dan kemudian (agak lama kemudian) para graduan banat pula bergerak menuju Dewan Muktamar Darul Quran.


Setibanya para graduan di dalam dewan, masing-masing mengambil tempat di blok kerusi graduan. Majlis yang memakan masa beberapa jam itu terasa sekejap sahaja because everyone had been so caught up in his own thoughts (camne ni). Tambahan pula, ragam para graduan yang menerima skrol di atas pentas ada yang mencuit hati, tak kurang juga yang agak menghairankan rakan-rakan serta keluarga yang sedang memerhati dari tempat duduk.



Dalam majlis gilang-gemilang ini, dua orang graduan banat; Maryam Nabeelah Binti Ismail dan Nuraini Juwita Binte Misti telah diberi anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Darul Quran manakala Mohd Fikri Bin Che Hamid dan Siti Robiatun Addawiyah Binti Roslan masing-masing dinobatkan sebagai pelajar mithali dan diberi anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah sempurna majlis tersebut, para graduan terus mengambil kesempatan untuk bertemu dengan keluarga serta merakamkan gambar-gambar kenangan bersama orang-orang yang berkenaan. Suasana pada tengahari tersebut amat panas, tetapi nampaknya tidak dihiraukan sangat oleh para graduan yang sedang gembira meraikan hari bersejarah itu.

Akhir kata, seluruh keluarga AQRAB mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah, pegawai dan kakitangan, pelajar-pelajar serta sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan majlis ini. Suatu finale yang baik!

Untuk semua AQRABian...

Sekarang sudah sampai masanya kita bergerak terus dengan kehidupan masing-masing.

Wajib diingatkan di sini, kita semua ada tanggungjawab terhadap al-Quran yang telah dihafaz. Jangan buat-buat lupa pulak. Kalau kita abaikan al-Quran, al-Quran itu takkan rugi walau satu elektron pun. Kita yang rugi.

Pengalaman yang telah kita kutip sepanjang bergelar pelajar Darul Quran janganlah disia-siakan begitu sahaja. Walaupun kita harus terus move on with life, adakalanya kita takkan dapat beralih ke hadapan dengan baik tanpa membawa sekali pengalaman-pengalaman lalu di dalam hidup bersama-sama kita.

Historia magistra vitae est. Sejarah adalah guru kehidupan. Oops ter-promote.

Semoga Allah terus bersama kita dalam setiap langkah kita seterusnya. Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.
Pertamanya ana ingin ucapkan tahniah kepada semua yang telah berkonvo baru-baru ni....jadi secara rasminya antum semua adalah ex DQ....semoga segala yang antum dapat sepanjang bergelar pelajar DQ dijaikan pedoman untuk kehidupan sekarang dan yang mendatang...yang baik jadikan ikutan dan yang tidak jadikan sempadan....percayalah antum pasti akan merindui sejarah kehidupan di DQ.....dan pengalaman antum di dq akan banyak membantu antum menghadapi dugaan di luar DQ.....akhir kata ana doakan kejayaan antum......
SALAM RAMADHAN......
RAMADHAN KAREEM

'Alamiyatul Qurra' Ra'iyatun Abadiyyah said...

Terima kasih Ustaz!