Wednesday, November 18, 2009

AQRABians kini: Dalam negara (Episod 2)


Apa khabar pula dengan yang masih setia dengan Malaysia? Jom ikuti cerita masing-masing:

Irsyat Zamani Aziz
Hana' Salleh
Norlina Safian
Rohimah Abdul Rahman

Dan jangan lupa, kami masih menunggu jawapan daripada anda yang belum menjawab.


Irsyat Zamani Aziz

1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

Untuk makluman tuan dan puan semua..
Saya bekerja di Majlis Agama Islam Selangor dan berkhidmat di Cheras Batu 7. (Datangla kalo free)

2.    Dalam bidang apa?

Dalam bidang Pegawai khidmat pelanggan. (LZS)

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

Perjalanan lancar…=)

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

Di dunia yang baru diceburi ni, sedikit sebanyak saya dapat mempraktikkan segala ilmu yg ada di dada…selain dapat berkhidmat untuk masyarakat yang berbagai-bagai ragam…satu pengalaman yang mencabar!!

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

Perkara yang paling best adalah terdapat kawan2 sekerja yang tidak kurang bestnye seperti kawan2 seAQRAB!

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

Seperti yang dinyatakan tadi, pengalaman bekerja untuk masyarakat adalah paling mencabar kerana terdapat seribu satu kerenah yang akan kita jumpa…Moga Allah beri kekuatan!

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

Al-Quran sememangnya 1 amanah yang sangat susah dijaga bagi orang yang lemah.

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

Berita yang gembira untuk kawan2...saya akan menimbang cahaya mata yang pertama tahun depan. he3 (lawak je la =p)
So..sekian untuk jawapan yang anda inginkan. Terima kasih kerana masih berkhidmat untuk Aqrab walaupun mmpunyai tanggungjawab yang lain. Moga Allah membalas segala jasa anda.  Barakallah fiikum.

Hana' Salleh

MY ANSWERS:
1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)
2. Dalam bidang apa?


 :: sekarang saya sambung belajar kat International Islamic University Malaysia Gombak (IIUM) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, major in Quran & Sunnah...
:: tapi untuk sem yang pertama ni, saya kena lalui fasa kursus bahasa dulu atau lebih dikenali kat IIUM nie sebagai pre-sessional...kuliah nie namanya CELPAD – Centre for Language and Pre-University Academic Development...
 :: saya kena ambik bahasa Arab skills – kalam, istima', kitabah dan qiraah...sem ni jugak saya ambik Bahasa Melayu Lanjutan...alhamdulillah sekarang dah nak habis sem, start final exam 26 Oktober ni. Paper lain pada 1-3 November dan paling last 8 November...InsyaAllah sekiranya saya lulus kesemua paper skills Arabic ni, saya dapat masuk kuliah dan dapat belajar subjek major pada sem depan…doakan ye...

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

:: Alhamdulillah sepanjang berada di CELPAD ni, saya dapat improve bahasa Arab saya lebih baik dari sebelum ni...yelah, tiap2 hari dengar pensyarah mengajar dalam bahasa Arab. Tapi x cukup excellent lagi…selain tu, ruang masa yang agak free pada sem ni memberi peluang kepada saya untuk join kuliah2 tafaqquh yang ada kat UIA ni…terisi juga rohani ni dengan ilmu2 agama…

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

:: Dunia baru?? Memang sangat mencabar!! Seperti yang dijangkakan sebelum ni...walaupun berada di Islamic University tapi biasalah dunia makin maju, zaman dah berubah...budaya sosial sangat ketara berbanding kat DQ...kalau kita kuat, insyaAllah kita akan kekal dengan imej Islam yang kita bawa lebih2 lagi imej sebagai Hamlatul Quran...tapi kalau kita lemah, na'uzubillah min zalik...kita akan hanyut...tepuk dada tanya iman.

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

:: perkara paling best...ada USRAH!! teringat zaman2 kat DQ dulu sebab bagi saya melalui usrah la dapat membina jati diri saya, bagi kekuatan bila berjauhan dengan keluarga, teman suka dan duka..dan dengan usrah la dapat jaga diri saya dari perkara2 melalaikan….Ya Allah..indahnya berukhuwwah kerana-MU…

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

:: Yang paling mencabar kat sini...nak dakwah kat orang...dulu kat DQ ambik Syukbah Dakwah...da banyak yang belajar tentang dakwah...tapi bila berada di alam realiti kat kampus besar mcm ni...susah sangat nak praktik...pendedahan aurat, budaya couple, dating dan sebagainya kadang2 tengok macam lalat hinggap je...huhu...susah sangat2...tapi alhamdulillah pendekatan terbaik yang digunakan adalah melalui organisasi...ada club yang buat operasi mencegah...selain tu dakwah bilhal...dan dekat serta berkawan dengan mereka..alhamdulillah berhasil sket w'pun xbanyak...InsyaAllah masih berusaha yang terbaik.

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

:: Al-Quran insyaAllah masih dalam jagaan Allah dan sentiasa beringat untuk mengulang….setakat ni mengulang nafsi-nafsi je…InsyaAllah bila da masuk kuliah boleh apply untuk ambik ko-kurikulum tahfiz...kat sini mudah-mudahan hafazan terjaga sampai akhir..dan nak mengulang pun adalah antara cabaran paling besar kat sini...xde orang nak marah dan denda kita..

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

:: pesanan buat sahabat2 AQRAB...jaga diri, jaga hati, jaga iman...memang betul pakaian bukanlah cermin kepada diri seseorang bak kata pepatah.."Don't judge a book by its cover"...tapi kena INGAT...diri kita ni umpama sebatang pokok...akarnya umpama AKIDAH kita, dahannya umpama IBADAH kita, dan buah serta hasilnya adalah AKHLAK kita. Jika  kita sentiasa siram pokok ni dan bagi baja secukupnya, insyaAllah buahnya sangat cantik dan sangat ranum...macam tu juga dengan kita...kita isi diri kita dengan makanan rohani, InsyaAllah luaran kita samada pakaian, tingkah laku dan percakapan kita adalah yang terbaik…InsyaAllah saya doakan yang terbaik untuk semua sahabat2 AQRAB banin mahupun banat...
 :: sila lawati blog saya : http://www.ibnatussolehah88.blogspot.com
 :: salam juang dan salam ukhuwwah buat semua...siiru 'ala barakatillah..

Norlina Safian

1.Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

Sedang menuntut di IIUM, Gombak.

2. Dalam bidang apa?


Sekarang sedang amik kelas bahasa Inggeris dan Arab selama setahun InsyaAllah. (atau lebih dikenali sebagai kelas CELPAD) hehe.
InsyaAllah lepas abes kelas English n Arabic, meneruskan pengajian major in comparative religion and minor in ICT.

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?

Setakat ni alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri dengan suasana di IIUM walaupun tidak sepenuhnya mereka di sini dari golongan orang yang menghafaz Al-Quran. Selain itu, saya dapat pengalaman baru berdasarkan program2 yang telah dianjurkan oleh society dan daripada program yang dianjurkan, telah memberi impak sedikit sebanyak kepada saya untuk terus sabar dalam menuntut ilmu disini walaupun kebanyakannya foreigner yang kadang2 slang mereka membuatkan saya kurang faham apa yg mereka cakap.

4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?

Reaksi pertama saya ketika memasuki alam universiti (degree) di sini, sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidup saya terutama dalam penyusunan jadual belajar, kelas yang terpaksa student sendiri yang uruskan. Berbeza dengan keadaan DQ dimana, pihak akademik yang uruskan segala jadual waktu kelas. Pandangan saya, keadaan disini agak berbeza dengan waqi’  ketika mana saya di DQ dulu. Tapi, bagi saya setiap mana2 kolej sekalipun ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mungkin di IPT, kebanyakan mereka yang datang belajar bukanlah dari golongan yang berasal dari sekolah agama. So, nak xnak kita kena bergaul dengan mereka bagi mengurangkan gap antara kita dan mereka dan secara tak langsung dapat berdakwah kepada mereka.

5. Apa perkara paling best di tempat anda?

Tempat paling best yang setakat ni saya dah ’bedah’, mestilah café mahallah Maryam. Sebab apa?mungkin tempat dia yang bersih, makanan yang murah dan banyak pilihan yang ada. Selain tu, semestinya library. Even then, x sume buku kat library saya belum habis ‘bedah’ lagi, tapi memang tempat tu cukup2 bagus untuk bagi sape2 yang nak release tension (ada lab, tmpt bc paper for sisters and brothers, kelas n macam2 lagilah), setiap kali nak pinjam buku, tak perlu susah2 nak pegi ke kaunter sebab pakai mesin je. Siap bagi resit lagi. Macam nak beli barang je kan. Tapi, itulah salah satu kelebihan yang ada disitu. Naseb baik juga takde café dalam tu. Kalau tidak, memang saya ber’kampung’ la kat dalam.hehehe.

6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?

Perkara yang paling mencabar, bagi saya sekarang ni bagaimana nak ‘melepaskan diri’ untuk exam English Placement Test tak lame lagi ni. Hehe..

7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?

Alhamdulillah setakat ni, saya iadah Al-Quran setiap kali waktu solat. Walaupun tidak sekerap dulu, tapi sedaya upaya saya akan cuba untuk membaca dan iadah pada waktu terluang. Memandangkan waktu kelas yang berbeza dengan sahabat2 DQ lain (group iadah) tapi, nak wat macam mane, nak tak nak kena usaha untuk menjadi seorang yang kuat. Usaha kan tangga kejayaan. hehe..

8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?

Ingin saya kongsikan sedikit sebanyak program SPIES yang saya pergi baru2 ni di Shah Alam (lebih lanjut sila ikuti di laman web: http://www.lenemir.blogspot.com ), setiap kaki kita melangkah ke sesuatu tempat, tajdidkan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Mungkin apa yang terjadi itu buruk pada kita, tetapi baik pada Allah. Jangan bersedih kerana apabila kita dilontarkan ke sesuatu tempat itu, pasti mempunyai hikmah disebaliknya “there is no accident”. Kepada sahabat2 AQRABIAN, walaupun kita belajar di tempat yang berbeza, jadual yang berbeza, character yang berbeza, yang penting apa yang kita bawa dulu (Al-Quran dan Ilmu) tetap menjadi pegangan hidup. Jadilah seperti lalang, apabila dilontarkan, tetap menjadi diri sendiri dan saya mendoakan kita semua akan cuba, cuba dan cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran positif dan berusaha menjadi seorang muslim dan muslimat yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Rohimah Abdul Rahman

1. Sekarang anda buat apa? Di mana? (kerja/belajar/lain-lain)

alhamdulillah skang dok study kt negeri jelapang padi (Kuin).

2. Dalam bidang apa?


ambik kos usuluddin dengan kepujian.

3. Bagaimana perjalanan anda setakat ini? Apa yang anda dah dapat?
4. Apa pandangan anda tentang dunia baru anda sekarang? Adakah ianya menepati jangkaan atau sebaliknya?
5. Apa perkara paling best di tempat anda?
6. Perkara paling mencabar? Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut?
7. Bagaimanakah keadaan al-Quran anda kini?
8. Apa lagi yang anda ingin kongsikan/ceritakan kepada sahabat-sahabat AQRAB?


tempat ni xsama ngan dq laa. cume best kt sini sebab bleh blaja ngan syeikh2 arab.hmm,ukhwah kt sini xmacm dq,usrah pun Xsama. tp usrah kat sni wjib.ada pointer gak la.rindu la kt aqrab semua..bila ej leh jumpa??? doakan mg sy bleh jg al-quran seelok@nya,,,thanks untuk uttm. sy xbnyak masa ni, sory,minggu depan dah exm,tp jgn risau,sy selalu berkunjung kt uttm.

No comments: