Sunday, March 28, 2010

Doa untuk semua

Assalamualaikum wrt wbh.

Kami memohon maaf daripada semua kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update sejak entah bila. Adapun entry kali ini, kami tujukan khas buat teman-teman AQRAB yang sedang atau bakal menduduki ujian atau peperiksaan di institusi pengajian masing-masing.

Semoga anda semua, sama ada yang sedang menuntut ilmu di Malaysia, Mesir, Jordan, Madinah, Indonesia, Syria atau tempat-tempat lain, terutama yang buat kesekian kalinya sedang bertemu lagi dengan peperiksaan...akan memperoleh kejayaan yang bermakna. Ameen.



Friday, January 1, 2010

AQRABians di UIAM


Gombak, 1 Januari -- Alhamdulillah, buat kali pertamanya, pelajar-pelajar AQRAB yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berkumpul dalam suatu majlis MAKAN PAGI pada jam 10 pagi tadi di EDU LR9 yang rosak pendingin hawanya.

Gathering tersebut telah diilhamkan oleh Najwah dan akhirnya kami dapat mencuri masa untuk bertemu di celah-celah kesibukan jadual harian masing-masing. Empat orang daripada 13 orang tidak dapat hadir disebabkan jemputan ke majlis-majlis lain atau urusan penting masing-masing. Namun begitu, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan baik, alhamdulillah.

Majlis santai ini telah dipengerusikan oleh brother Fathul Najmi dan dimulakan dengan ta'aruf sesama hadirin. Sejurus selepas itu, kami semua berkongsi pendapat dan cadangan serta kemusykilan yang timbul sepanjang berada di UIA. Resolusinya, kami telah membuat kesepakatan awal untuk membentuk semacam ittihad atau persatuan alumni Darul Quran di UIAM memandangkan gelombang AQRAB telah meramaikan lagi pelajar-pelajar lepasan diploma Darul Quran secara tiba-tiba; dan kami merumuskan bahawa insha Allah selepas ini, mungkin akan ada lebih banyak pelajar Darul Quran yang mahu melanjutkan pengajian di UIAM. Dengan kewujudan "persatuan" yang sebegini, diharapkan sebarang pengalaman yang telah kami lalui di sini dapat dikongsi bersama adik-adik yang masih berada di Darul Quran supaya mereka mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh berkenaan sistem pengajian di sini.



Ada juga yang menyuarakan cadangan untuk menubuhkan "PERKEMAT UIA" tetapi malangnya cadangan ini telah mendapat sambutan yang langsung tidak memberangsangkan. Selain itu, kami berkongsi cadangan tentang cara-cara terbaik untuk melestarikan hafazan al-Qur'an masing-masing sepanjang tempoh kehidupan di UIAM: ada yang mencadangkan penglibatan dalam co-cu Tahfiz (niche area), ada juga yang memperkenalkan Jam`iyyah Khadim al-Qur'an (JKQ) yang turut menjadi platform yang dikira baik untuk mengulang hafazan al-Qur'an di UIA.

Sebelum makan, sempat pula diadakan cabutan bertuah. Adapun tiket-tiket cadangan bertuah itu tidak dilabel dengan nombor seperti kebiasaannya, tetapi sebaliknya diletakkan nama-nama pelbagai haiwan liar, mungkin untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar. "Haiwan-haiwan" yang bertuah mendapat hadiah termasuklah cipan, zirafah, siput, landak, semut, beruang serta ikan. Selepas itu brother Fikri Anwar telah membacakan doa, lalu kami pun makan.

Apa pun, kami bersyukur atas pelaksanaan perjumpaan tersebut, dan berharap agar di masa hadapan, lebih banyak perjumpaan sedemikian dapat berlangsung demi kebaikan bersama. Jika cadangan menubuhkan kelab alumni Darul Quran UIA itu berjaya dipenuhi, harapan kami semoga kewujudannya nanti dapat membawa lebih ramai pelajar Darul Quran, khususnya lepasan diploma, ke arah visi Integration, Islamisation, Internationalisation serta Comprehensive Excellence yang didokong oleh UIAM.

Sunday, December 20, 2009

Majlis Perkahwinan Husni-Hamadah


Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 18 Disember 2009 yang lepas, seorang lagi AQRABian, iaitu saudara Muhammad Husni telah selamat melangsungkan walimatus urusnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Hari bersejarah bagi Muhammad Husni dan isterinya, saudari Hamadah (yang merupakan pelajar HAFS), telah disambut penuh meriah dan penuh keraian.

Bagi sesiapa yang belum lagi menatap gambar majlis tersebut dan tidak berkesempatan untuk menghadirinya, di sini kami letakkan sedikit gambar yang menjadi saksi hari bahagia mereka:


Pengantin diarak



Pasangan bahagia

Seluruh warga AQRAB mendokan kebahagiaan saudara Husni serta saudari Hamadah. Semoga rumahtangga kalian dilimpahi rahmah dan mawaddah sepanjang zaman, Insha Allah.

Monday, December 14, 2009

Jemputan perkahwinan M. Husni

Assalamualaikum.


Sahabat-sahabat sekalian dijemput untuk menghadiri Majlis Perkahwinan :


Muhammad Husni bin Dzulkifli (AQRABian) & Nur Hamadah bt Mohd Yusof


pada
Hari Jumaat 18/12/09 bersamaan 1 Muharram 1431 Hijrah  


bertempat di
No 95, Permatang Bertam 13200, Kepala Batas , Pulau Pinang



Kehadiran saudara saudari sekalian amatlah dialu-alukan.


Jamuan makan : 12 tengahari - 6 petang

Saturday, December 12, 2009

AQRABians Kini: Luar Negara (Episod 4)


Alhamdulillah. Kali ini kita berkesempatan untuk menyoroti pengalaman dan perjalanan kisah sahabat-sahabat kita yang menyambung pengajian di Tanah Riau, Indonesia.

Mari sama-sama kita ikuti cerita daripada saudara Muhammad Zubair yang mewakili rakan-rakan yang lain.


K.A.M.I

SALAM AQRAB, SALAM KERINDUAN, SALAM PERANTAUAN.
Kami lima bersahabat menuntut d Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekanbaru, Riau, Indonesia (UIN Suska).



Muhammad Zubair B.Samsidi, M.Redzwan Abd Aziz dan Zulfadhli Zafik dari Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi: Jurusan Bimbingan dan Konseling Islam. Sementara Tuan Fathi Yakan Zakaria, S Th. 1 dan Ahmad Muhaimin M.Zamri, S Th.1 dari Fakultas Ushuluddin: Jurusan Tafsir Al-Quran dan Hadith.

Kami semua dijangka berjuang di sini selama dua tahun atau dua tahun setengah. Kami diterima masuk ke semester tiga, dijangka sem enam atau tujuh habis, InsyaAllah.

Stail sini ikut semester. Sampai sem 14. Kalau tidak habis juga, akan diberhentikan secara terhormat.

Perkara paling best @ fasilitas disini :
  • Kondisi belajar aman dan nyaman, dosen sini mantop-mantop, dalam kelas banyak debat dan bahas. Siapa banyak timbulkan persoalan, banyak tanya, aktif dalam kelas dapatlah banyak nilai. Markah (pointer) lebih tertumpu kepada aktivitas dlm kelas berbanding final exam. Setiap pembentangan, tajuk yang kita bentang kena pertahankan sebab mereka yang lain akan kritik habis-habisan.
  • Harga barang-barang dan makanan di sini boleh tahan la. (ampera, rica2, bakwan, sate solo, siomay, nasi jogja, pecel lele, cumi, kepiting, ikan nila bakar, lele bakar, ayam pop dan lain-lain. (Banyak lagi lho)
  • Alhamdulillah, dapat ELAUN lagi, khas pelajar-pelajar luar negara. (universitas berkebajikan. hehe)
  • Hampir dengan Konsulat Malaysia. (hubungan sangat-sangat aqrab)
  • Tiket pergi-balik murah. (Firefly, Air Asia, feri, Riau Airlines)
  • Yuran biaya pengajian, semester yang murah.
  • Banyak kitab-kitab, novel-novel islamik, buku-buku agama murah dan mudah didapati (Gramedia, Trimedia).
  • Provinsi Riau antara kawasan yg terbersih d Indonesia.
  • Usrah bulanan bersama Pak Konsul.
  • Usrah mingguan bersama persatuan pelajar
  • Banyak orang Minang.
  • Kemudahan akses internet yang murah.

Rumah sewa kami

Perkara paling tidak best :
Banyak sangat fahaman agama, semua agama sama. Prinsip PANCASILA la katakan. Alhamdulillah lingkungan kami okay semuannya.

Perkara aneh dan bagaimana korang menjalani aktiviti kehidupan di sana?
Alhamdulillah, setakat ini tiada perkara yang aneh, bahasa lebih kurang sama saja, budaya serumpun, kami dapat sesuaikan diri dan menjalankan aktivitas harian seperti biasa. Lagipun rumah dekat dengan masjid.


Hal pengiktirafan JPA dan lain-lain :
  • Ijazah UIN Suska di iktiraf oleh JPA, (pengajian islam sahaja:dakwah,usuluddin,syariah)
  • Sebab DQ ada MQA (dulu LAN), paling penting UIN ada linked dengan DQ.*(sila rujuk buku propektus DQ).
  • Student yang menuntut di UIN Suska akan didaftarkan terus dibawah Jabatan Penuntut Malaysia d Indonesia (JPMI) under Datuk Dr Junaidi yang beribu pejabat di kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, JPMI ini terletak di bawah kementerian pengajian tinggi Malaysia.
  • Tentang mata kuliah dari DQ yang dikonversi (diterima) oleh UIN :
  • Syukbah Qiraat=46 SKS (jam kredit)
  • Syukbah Dakwah=48 SKS (jam kredit)
  • Rata-rata pelajar yang menyambung di sini adalah dari MARSAH, KUIN, MADIWA (Perak), DQ, KUIS, KIAS n KUSZA (UDM), lepasan SPM,STAM.
  • Stakat ini jumlah pelajar Malaysia adalah seramai 75 orang aja.
  • Awal bulan dua ini bermula pendaftaran sem genap dan bulan tujuh untuk semester ganjil.
  • Jika ada sebarang pertanyaan atau apa-apa boleh lah hubungi kami.

Anda ceritalah apa-apa lagi untuk dikongsi bersama AQRABian yang lain.
Syok belajar di sini, lingkungan masyarakat yang ramah-tamah, nak cerita susah. Coba la datang sini dan rasakan sendiri keadaannya. Dekat je. hehehe.

Mohon Pengertian:

Kepada sekalian sahabat AQRAB khususnya, atau adik-adik di DQ yang masih mencari-cari tempat belajar sesuai untuk menyambung pengajian, boleh la langsung aja hubungi antara kami berlima, sebab terus under persatuan pelajar (PKPMI) dan tidak digalakkan pergi melalui agensi-agensi (biaya mahal bangets). Akhir qalam dari kami, kepada sahabat / sahabiah AQRAB, doakan kejayaan kami di sini, salah silap mohon maaf lahir batin, muga jadi manusia yang bermanfaat untuk Ummah dan Dienul Islam.
Sekian terima kasih, sampe ketemu lagi.

Kenderaan (oplet) ke kuliah. Boleh muat 14 orang.


Foto kenangan bersama Tuan Konsul Malaysia dan Gabenor Riau


INSPIRASI

Sakit kepala yang dinamakan migraine


Kali ini penulis jadi teringat tentang mitos sakit kepala. Ada yang mengaku Migraine. Ada yang cakap sakit kepala je. Ada juga yang cuma sebut pening.

Ingat tak sewaktu kita perlu ke kelas tasmi' setiap hari dari Isnin sampai Jumaat dulu? Bukan semua orang dapat kehadiran penuh kan. Malah ada yang dihalang masuk exam sebab tak cukup kehadiran.

Penulis masih ingat, kalau alasan paling popular bagi sesiapa yang tidak datang kelas tasmi' atau sebarang kuliyah ialah Migraine atau sakit kepala. Maklumlah, kalau Migraine dan sakit kepala tak perlu ke Klinik untuk dapatkan mc. [takkan ust. dan ustz. tak percaya pula pada para huffaz kan]


Eh, tapi Migraine tu apa?




Dalam sebuah buku The All Colour Guide to First Aid & amp; Family Health menyatakan Migraine ialah violent headaches accompanied by nausea, vomiting and disturbances of sight, hearing, feeling and speech.


Ada orang yang tak pernah tahu apa itu Migraine selalu tanya : Migraine tu sakit keturunan ke? Macam mana kita nak tahu kita Migraine? Kalau sakit kepala tu semestinya Migraine ke?

Migraine terjadi apabila anda rasa kepala anda macam kena cucuk dengan jarum. Nyeri dan lepas tu merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. [sape pernah rasa, boleh la cerita pengalaman anda] Simptom lain ialah anda akan berasa sakit yang teramat sangat, berdenyut-denyut dan menyerang sebelah kepala dan mungkin sakit kepala yang lain. [macam mana tu?]

Ada juga pernah dengar orang yang kena Migraine kata: pandangan mereka jadi silau dan kabur dan adakalanya menjadi gelap.

Selain tu, tandanya, tekak rasa loya, muntah serta kaki dan tangan jadi sejuk. Pesakit akan menjadi sensitif terhadap sebarang bunyi dan suara. Ada juga yang akan mengalami pengumpulan cecair badan sehingga wajah seakan-akan membengkak, kelopak mata jadi sembap dan tangan serta kaki jadi lebih besar daripada biasa sehingga cincin dan kasut jadi sempit. [maknanya siapa yang tak pakai cincin takkan sedar ke? Hehe]

Selalunya tempoh serangan Migraine ni 4 jam hingga 72 jam. [patut la ada yang 3 hari tak datang kelas sebab sakit kepala. Migraine la tu agaknya.]


Ada pesakit Migraine pernah tanya. Mungkin sebab keliru: Betulkah bila saya makan pil, Migraine saya semakin teruk?

Pakar kesihatan jawab : The hormones in the contraceptive Pill, especially the types with a low oestrogen dose, sometimes cause an increase in headaches. The Pill may also occasionally be associated with high blood pressure which can make migraine worse. If you are considering taking the Pill consult your doctor about which type would be best and if you suffer adverse effects tell your doctor immediately.

Oh habis tu, kalau pil tak jalan, macam mana nak rawat Migraine saya?

Pakar nasihat: Pesakit boleh mencuba rawatan Homeopathic ataupun acupuncture. Lagipun, berbekam juga adalah sunnah.

Daripada Salma, seorang khadam Rasulullah s.a.w. mengatakan : “Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah s.a.w. melainkan baginda mengatakan, “Berbekamlah.” , dan tidak juga rasa sakit di kedua kakinya melainkan baginda bersabda, “Pakaikan inai pada kedua-duanya.” (sahih Sunan Abi Daud)

Selain tu, Migraine boleh dirawat dan dielak dengan cara :

  • Hindarkan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju, dan monosodium glutamate (MSG) seperti ajinamoto, maggi dan seumpamanya.
  • Jauhi asap rokok [apatah lagi merokok], bunyi bising dan bau yang menusuk.
  • Jangan minum minuman berkafein secara berlebihan.
  • Hindarkan stress dan tekanan. Luahkan masalah anda. Being gentle on yourself : consider your own feeling.
  • Bersenamlah secara konsisten.
  • Tenang-tenangkan diri. [الا بذكر الله تطمءن القلوب]
Apabila ditakdirkan anda menghidapi Migraine ;

  • Segera rehatkan diri anda atas katil tanpa bantal, dalam keadaan yang sunyi dan gelap.
  • Urutlah pada leher, belakang, kepala, bahu dan perut atau tulang hidung atau belakang telinga untuk melegakan tekanan yang dialami.
  • Mungkin anda Migraine kerana tekanan. Jadi, luahkan perasaan dan kebimbangan anda.
  • Cuba senaman pernafasan.
  • Tingkatkan pengaliran darah dengan cara meregangkan lengan dan kaki serta rendam dalam air sejuk atau panas.
  • Letakkan ice bag pada kepala anda atau mandi lama-lama sikit.

*rujukan : FIRST AID & Family Health, m/s: 244-247
: SOLUSI 14, m/s: 79-80
Belilah SOLUSI 14 di kedai majalah berdekatan untuk fakta-fakta menarik mengenai Migraine.

Thursday, November 26, 2009

Selamat menyambut 'Idul-Adha!


Assalamualaikum wrt wbh. Beberapa hari yang lalu, beberapa orang AQRABians yang bertuah (rajin online mungkin) telah berjaya ditemubual mengenai salah satu daripada dua perayaan terbesar dalam Islam, iaitu 'EidulAdha.

[Nampaknya warga AQRAB lebih mudah memberi respon jika dihubungi menerusi medium Utusan Segera (Instant Messenger). Mungkin e-mel tidak berapa popular di kalangan sesetengah kita ataupun ada yang merasa bosan untuk memeriksa inbox e-mel mereka dengan kerap, apatah lagi untuk membalas surat, pertanyaan dan sebagainya. Untuk meraikan kebosanan ini, pihak Up to the Minute akan menggunakan Yahoo Messenger untuk berurusan dengan anda di masa akan datang. Walau bagaimanapun, e-mel tetap akan digunakan juga.]

Kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat ditemubual kali ini, kami minta maaf tapi jangan risau kerana banyak lagi yang mahu kami tanyakan kepada anda selagi hayat dikandung badan. Apapun, apa kata kita hayati jawapan saudara-saudara dan saudari-saudari kita kepada soalan "EidulAdha bagi anda...?" (Lengkapkan slogan).


"'EidulAdha bagi anda...?"

myadiar: eiduladha tahun ni agak best la walaupun tak semeriah tahun2 lalu (mungkin) yang mana semua keluarga dapat berkumpul bersama, tapi pada tahun ni cuti raya korban saya agak panjang melebihi sebulan..huk3

naemremedy: kalo bleh nak balik malaysia..walaupun sehari, nak mkn rendang bapak aku wat..

Mohamad Redha: assalamualaikum, eiduladha bg sy satu peristiwa sejarah yg bermakna di mana peristiwa yg telah berlaku kepada nabi ibrahim, nabi ismail dan isterinya di mana kita dapat lihat pengorbanan nabi ismail dalam mentaati perintah Allah yg mana Allah telah memrintahkan nabi Ibrahim agar disembelih anaknya Ismail. Di dalam hal ini Allah ingin menguji iman nabi Ibrahim adakah taat atau tidak akan perintah Yang Maha Kuasa. dengan berkat ketaatan itu, Allah telah munculkan satu haiwan bernama kibas untuk disembelih sebagai ganti Ismail..Di sini kita boleh lihat betapa kasih sayangnya Allah kepada hambanya dan dengan peristiwa itu juga lah di syariatkan fardhu haji kepada setiap Muslim bagi menghayati pengorbanan suci itu. Lantaran pada hari ini, sempurnakah pengorbanan kita kepada Allah? Adakah kita betul2 telah membuat Allah redha dengan kita.???sama2 lah kita fikirkan..mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk beramal..semoga hari esok lebih baik dari hari semalam..

sunan_paan88: eiduladha bg saye adelh.."eidilfitri karena eidiladha kt JorDan org Arab samBuT saKan..eidfitri dierg tdo je kt umah & shoping2..hehe..saLam eidduladha-Hassan MuDa FarHan-..."

ihsan fadhli: Aidiladha kali ni agak berbeza (mungkin) kerana inilah kali pertama berAidiladha di perantauan. Biasanya, di Malaysia, saya akan bersiap sedia dengan alatan 'perang' untuk digunakan pada pagi aidiladha yang kebiasaanya, tiga atau empat ekor lembu akan ditumbangkan.. namun, tahun ini, saya hanya menjadi pemerhati biasa, dan hanya bertugas sebagai jongkako (aka pelayan tetamu) pada majlis aidiladha anjuran Persatuan PERMATA.
Kenangan tahun lepas, telah saya rakamkan di blog : http://www.hasanhusaini.com/2007/12/malaysia-berdarah-lagi-saya-gembira.html Apapun, kami dari Darul Muttaqin berpakat untuk berkorban dengan mewakilkan korban kepada salah seorang dari kami. Selamat hari raya aidiladha.

Hazwan:
1. Raya haji
 2. Korban
 3. Lembu/kambing/unte
 4. tu je


alif azizi: thun ni kite msuk dlm blog aqrab korban kt jordan...bru gmpak..[Admin: kami akan menunggu ketibaan berita berkenaan dengan kesetiaan yang selayaknya bagi pentadbir/pekerja blog AQRAB]

syaukani: raya haji la..hak3

Ridzuan adzemi(http://www.ghulamwan.blogspot.com/): Raya haji ni saya nak ucap Salam Aidil Adha kepada semua, sama2 kita menghayati Ibrah daripada peristiwa Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s..semoga kita dapat berkorban untuk agama Allah s.wt. Bagi pelajar2 yang pergi Mesir dan Jordan melalui SMUTEM..ini adalah raya pertama kita tanpa keluarga..sedihnyer..bagi Jordan ini dah raya ke-2..Tapi Alhamdulillah..rakan2 jadi seperti keluarga..kukuhkan Ukhuwwah rakan2 walau dimana jua anda berada..Salam Aidil Adha untuk semua. Drpd..Bumi kinanah, mesir..

Syahmi Syafiq: kiranya hayati erti pengorbanan 2 coz kita bleh tgk sejarah dia..ayah nak sembelih anak...so kta amik iktibar dr c2 laa..tp korban 2 xsmestinya sembelih anak je..byk lg...korban masa,tenaga,harta dll..

Muhammad: bagi saya, raya korban merupakan hari yang dituntut untuk kita mengingati pengorbann nabi ibrahim dalam mengorbankan anaknya kerana mendapat perintah dari allah. ringkas cite, dituntut untuk kita semua melakukan sedikit korban demi melatih tahap keimanan kita. tapi harus difahami maksud korban yang sbenar. kalau rasa ada sedikit lebihan harta barulah kita korbankan. xpelu nak paksa diri andai tidak mampu.
akhir sx ana tutup pndapat ana dgn firman allah dalam surah alkauthar yang bermaksud "sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)" jadi dengan itu jelaslah kita apa yang prlu dilakukan dalam ibadah korban. solat, zikir dan pengoranan yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. sama ada harta, tenaga dan sebagainya. sekadar yang termampu. wasalam...

Rahim Jamil: saye berasa amat TERUJA utk berEIDUL ADHA di shoubra..sbb thn ni barulah saye dpt rasekan nikmat sebuah PENGORBANAN...KAMBING BIRI2

Irsyat:  bg sy ia akan membawa ukhwah antara umat islam..mksd nye kalo kt wat korban kan le tolong menolong..masak2..hehe.

Rahman al-Madani: Eiduladha bg sy adlh stu hari yg dmuliakn oleh islam ats pengorbnn yg dlakukn oleh nabi ibrahim a.s sbgimne ceritanye,dn bg org islam yg tidk mengerjakn hj mke pengrbnn dlhat dr segi penymblihn iaitu mngobnkn hrta,dr segi org yg mgerjkn hj pula lbh luas erti pengorbnn bg mereka..jd adlh lbh baik kite mentakrifkn ikut waqi' kite..wallahua'lam.

Syarir Muhaimi: Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur kpd Allah s.w.t kerana dpt lg menyambut Aidil Adha pd thn ni. Thn ni sambutan raya bg sy agak berlainan sikit kerana pertama kali beraya di perantauan dan berjauhan dengan family. Sebelum ni ada lembu dan kambing je. Sekarang dah ada yg lain sikit, unta dan khoruf. Hehe. Melihat kepada kesan sejarah para nabi di bumi mesir ini, dan dengan khutbah-khutbah dari para khatib yang menekankan aspek pengorbanan, terasa keinsafan dari diri ini yang menunjukkan bahawa para nabi dan sahabat sanggup berkorban apa saja demi agama tercinta dan dari kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang sanggup menjadi bahan sembelih demi tuntutan agama. Itu saje kot. Maaf atas kekhilafan. Wallahu ‘alam. Assalamualaikum… - mohd syahrir muhaimi bin ismail

Hafiz Syafiq: eiduladha... dekat2 ngan eidulfitri... tapi jauh ngan ramadhan..

Nor Seri Aimi: eiduladha??hu..nak pikir jap..raya haji ni..x meriah sgt dr raye pose..kalo nak best.raye kat mekah..mesti meriahnye..teringin nak g haji..jom g lawatan sambil wat haji kat mekah. haha..macam byk duit jekan nak g,org susah2 kumpul duit nak g haji..(eh nape masuk citer pasal g haji plak ni). pasal prasaan raye aji taun ni ke?
prasaan er..cam xrase cuti..byk keje nak wat.lagi satu akak sume balik umah mertua diorang..waaaa..busannye raye tanpe mereka(luahan ati ni)..xdepe yg special raye ni..cume ada yg len la ckit la..^_^ wat yg kat perantauan..(expecially..auni,syarifah,afeyah,wani,farhana) selamat menyambut eiduladha...rindu korang sume..^_^ wat dak2 AQRAB banin n banat..semoge eiduladha kali ni memberi sinar tuk kiter sume lebih berjaye dalam menempuh segala cabaran dalm hidup(yeje aku ni)hihi ^_^

Ummu Barakah: hm eiduladha~~ buat ummu teringat kesanggupan Nabi Ismail utk dikorbankan lillahi ta'ala. buat ummu terfikir juga, korban apa yg ummu da buat semata-semata utk Islam dan Allah (selain sembelih lembu). buat ummu teringin nak ke Mekah. jealous tgk org dpt pegi. ade yg org belanja, ade yg dpt hadiah. nak katanya rezeki pegi ke Mekah, masing2 punye rezeki. tp insya Allah thn dpn ummu pegi dgn family. selamat hari raya eidul adha.

Solehah: hari di mana orang menyambut hari raya korban

Wan Norbaini: em,x masuk markah exam kan..bg sy la kan..eiduladha merupakan hari yang sgt bersejarah bg umat Islam sempena mengingati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.Kite sbg hamba Allah perlula mengambil iktibar dari kisah sejarah tersebut dengan mengaplikasikannya iaitu kesanggupan untuk berkorban apa sahaja demi Islam dalam kehidupan harian.

Norazean Danan: ms tu kn nabi Ibrhim syg sgt kt nabi ismail, jd Allah turunkan printh ni cz nk uji nabi Ibrahim,smada baginda ni lbih syg nabi Ismail b'bnding Allah.nabi Ibrahim n nabi Ismail rela b'korban.Allah gnti pngorbanan drg tu dgn gntikn seekor kibasy. kta leh la meneladani kisah ni.cthnya dlm kta mnuntut ilmu d tmpt jauh(atau y swktu dgnny). syaitan sntiasa je hlg kta drpd bt bnda2 bek kn.kdg2 dia tkut2kn kta dgn kekurangan wang, dia bg alsn jgn tinggalkn fmilyla..bla.bla.bla.tp,kta kna jg b'juang lwn syaitn ni sbb dia msuh plg bsr bg org islam.usaha,doa, twkkl...insyaAllah Allah ma'ana n akn brikn gnjrn b'lipat gnda d akhrt nnt.smg sy n kta smua xt'golong dlm golongan y muflis d akhrt nnt..ameen. slm eidul adha!

Normaisarah: eiduladha bagi saya..? macam mane nk jawab..
kejadian ini berlaku beberapa hari lagi hendak menyambut hari raya eiduladha. saya menelefon kepada abang saya. " mak mane?balek tak raya ini?"
jawab abang. "mak ada kat bawah. dia tak balek raya. ktorg raye kat sini dulu baru balek semenanjung. ala lagipun ayah gn kakak kan ade kat sana"
adoii..rase mcm kena hempap dengan kontena yang bawak gula je..  
mule lah rasa sedih tetibe. dah mule pikir bukan2..hahaha.beselah..selalu raya mak ade tettibe mak beraya dgn abang sbb kak ipar baru bersalin di luar semenanjung. nak dijadikan cerite..(jenuh time tu control tak nak nangis) (rasa macam tak menjawab je dgn tema kat ats tu..hahah..ignore kan je..hahahaha)

Siti Aminah: Slm shbt2 sume..iAllah dpt lg kte smbut eiduladha thn ni..mgenai s0klan ni, sy xtau la eiduladha ni ad mkna ke x pd sy.hehe. Mgkn sume pn dh tau knp ia diraikn. Ia brkait rapat dgn peng0rbanan. Sume org prnh brk0rban kn? Jd pape pn yg pntg kte kna la ikhlas ble wat sesuatu. Tuk sume kengkawan (xkira la yg ad kt mesir ke,kt mne ke), sy ucapkn selamat hari raya aidiladha n blaja rajin2.

Inilah antara ucapan, tazkirah, luahan hati, peringatan dan sebagainya daripada kalangan sahabat-sahabat AQRAB. Apapun, diharapkan agar kita semua dapat mengambil apa jua ikhtibar untuk kita tetap menjalani kehidupan di atas muka bumi ini sebagai hamba ALLAH yang soleh [&solehah] dan redha dengan setiap ketentuanNya.

Raikan 'Idul-Adha ini dengan melaungkan takbir pada lisan dengan ikhlas supaya khusyuk meresap kalimah itu ke dalam hati.

Akhir sekali, Salam 'Idul-Adha daripada pihak admin dan keluarga buat seluruh AQRABians di mana jua kalian berada serta buat seluruh pengunjung blog ini dan ummat Islam amnya.