Thursday, May 21, 2009

Yang Bagaimana? [Bahagian III]



Lalu lelaki bagaimanakah yang harus dipilih sebagai suami?


Jawapan paling mudah ialah: seorang Muslim Mukmin yang baik. Kita semua pun tahu sabda Rasulullah s.a.w.:

"Apabila datang kepadamu seorang pemuda yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dengan perempuan yang berada dalam jagaanmu). Jika kamu tidak melaksanakannya, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan tersebar kerosakan." (At-Tirmizi)

Sehubungan dengan memilih calon suami untuk anak perempuan berdasarkan ketakwaannya, Al-Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang lelaki:

"Kahwinkanlah puterimu dengan lelaki yang bertakwa, kerana jika lelaki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya.”

Seperti juga lelaki, perempuan turut disarankan untuk memilih teman hidup yang berkualiti agamanya. Mengapa? Kerana munasabahnya, jika seseorang itu mematuhi panduan Islam dalam segenap aspek hidupnya, berkemungkinan besar, individu tersebut sudah berada di jalan menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. Siapa yang tidak mahu mendampingi pemuda sebegitu?

Namun, setinggi mana pun harapan kita untuk mendapat teman hidup yang terbaik, realitinya, tidak ada manusia yang sempurna. Tetapi janganlah menjadikannya alasan untuk memilih cinta hati yang berpendidikan tinggi, berkerjaya hebat, baik hubungannya dengan masyarakat, serba-serbi lengkap dan sempurna, tetapi meringankan kepentingan akhirat dirinya dan keluarganya. Ada perkara yang tidak boleh dikompromi.

Agamanya.

Masalahnya, kita tidak akan benar-benar tahu bagaimanakah sikap seseorang lelaki itu selaku suami sehinggalah dia menjadi seorang suami, betul? Jadi, takkanlah kita mahu letakkan ciri-ciri suami suami soleh pada seseorang lelaki untuk dijadikan kayu ukur, sedangkan dia belum lagi menjadi seorang suami! So how?

Anda mahu cari suami yang terbaik? Carilah seorang muslim yang sejati. The true Muslim is an ideal husband. Wah. Takkan kering blog ni kalau disenaraikan sifat-sifat/ciri-ciri Muslim Mukmin yang soleh!

Penulis kira, kita semua sebenarnya sudah tahu what defines an ideal Muslim. Malah status "ideal muslim" itulah yang sedang kita semua kejar. Tapi, tak rugi kalau kita revise balik the essentials.

Siapa dia muslim yang baik (baca: calon suami perh)?

Kayu ukur #1: Hubungannya dengan Tuhannya bagaimana?

Jom imbau sikap role model sepanjang zaman, Rasulullah s.a.w. dalam sikap baginda terhadap Penciptanya.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. `Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” (Riwayat Bukhari)

Masha Allah. Inilah insan berjiwa hamba dalam erti kata sebenar. Kalau lelaki atau perempuan yang sebegini bersungguh ibadahnya di sepertiga malam, sudah tentu ibadah-ibadah wajibnya juga sudah dalam tangan.

Muslim yang baik juga sensitif terhadap hal-hal yang boleh menjerumuskannya kepada maksiat terhadap Tuhannya. Jika tersilap langkah, dia akan segera bertaubat.

Kayu ukur #2: Hubungannya dengan manusia bagaimana?

Dia seorang anak yang soleh, seorang abang/adik yang menjaga saudara-saudarinya, seorang sahabat yang baik, seorang pelajar yang memuliakan ilmu serta gurunya, seorang yang suka mendampingi dan memuliakan ulama’ dan orang-orang soleh, seorang pemimpin yang berkarisma, seorang manusia yang berbudi bahasa serta tidak mudah memandang rendah pada sesiapa, seorang lelaki yang memelihara dirinya daripada fitnah wanita dan dalam masa yang sama tetap memelihara wanita yang berada di sekelilingnya. Perh. Penulis yang sedang menulis pun hampir pengsan menyenaraikan senarai tersebut. Gentleman tahap tertinggi nih. Pendek kata, kalau diletakkan di mana-mana pun, dia akan menyebarkan gelombang kebaikan kepada masyarakat sekitarnya.

Kayu ukur #3: Hubungannya dengan alam bagaimana?

Oleh sebab kehidupan kita berlaku di atas bumi Tuhan, maka jangan lupa menghormati alam sekitar anda. Maknanya, muslim yang baik mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Buang sampah sesuka hati, zalim terhadap makhluk lain seperti haiwan dan jin… semua itu bukan amalannya.

P.S.: Bukan mudah untuk bertemu lelaki seperti ini, kan? Tapi penulis yakin, golongan ini masih wujud. Anyway, my point is, bayangkanlah, mudahkah untuk mendidik anak-anak kita kelak agar mereka menjadi sehebat ini? Persiapkanlah diri kita.

Itu hanya sedikit panduan. Bukan mudah untuk menilai manusia lain kerana kita juga manusia yang mempunyai kekurangan sendiri, tetapi selagi anda diberi ruang untuk memilih, pilihlah.

Apa untungnya memilih muslim yang baik sebagai suami? Di sini penulis ingin menyenaraikan beberapa kelebihannya:

1) Muslim yang sejati takkan mudah marah disebabkan hal-hal kecil,
2) Dia memahami isterinya serta menghormati perasaannya,
3) Dia membantu untuk melengkapi kekurangan dan kelemahan yang ada pada isterinya,
4) Dia bijak menyeimbangkan perhatiannya antara menggembirakan isterinya dengan kewajipan melayan ibunya dengan penghormatan yang selayaknya,
5) Dia benar-benar faham akan peranannya sebagai penjaga dan maintainer (qawwam) kepada isterinya,
6) Dia akan menegur kesilapan isterinya dan takkan membiarkannya melakukan maksiat. Dengan berhemah dan berhikmah, dia akan menjelaskan kepada isterinya bahawa setinggi manapun kasihnya terhadap si isteri, dia lebih lagi mencintai Allah dan RasulNya, serta keinginannya untuk mencari reda Allah adalah lebih kuat daripada perasaannya terhadap isterinya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Qur’an 9:24)

7) Dia menepati garis panduan Islam dalam kehidupan berumahtangga.
8) Dia akan bersabar dengan kerenah dan kekurangan isterinya.

Dengan sikap dan layanan yang sedemikian baik, suami yang muslim akan memenangi hati isterinya dengan mudah, sehinggakan isterinya tidak akan mengingkarinya dalam apa jua perkara. Suami berwibawalah kiranya.

Islam menganggap wanita sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan kepada suami mereka. Dan biasanya isteri akan mudah dipengaruhi oleh suami, maka berkemungkinan si suami akan memimpin isterinya ke syurga, atau menuju neraka. Kerana inilah, Allah telah memberi peringatan yang sangat jelas kepada orang-orang yang beriman:

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Qur’an 66:6)

Kadang-kadang, terlintas di fikiran penulis, “untungnya jadi perempuan!” Kalau seseorang perempuan itu berbapa atau bersuami, banyak sekali perihal dirinya yang akan di-supervise oleh si ayah atau suami. Rasanya seperti Allah kurniakan pelindung dan penasihat peribadi (bond sepanjang hayat pula tu).

Buat sidang pembaca lelaki pula, penulis ingin berkongsi sedikit ingatan daripada baginda nabi s.a.w. mengenai psikologi diri seorang wanita :

“Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik, kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok daripadanya adalah yang teratas sekali. Jika engkau cuba untuk meluruskannya, ia akan patah, dan jika engkau membiarkannya, ia akan kekal bengkok. Maka perlakukanlah para wanita dengan baik.” (Bukhari and Muslim)

Rasulullah s.a.w. telah mengumpamakan dengan jelas sifat-sifat semulajadi seorang wanita di dalam sabdanya ini. Si isteri mungkin tidak akan konsisten dengan cara dan gaya yang dikehendaki oleh suaminya, tetapi suami yang muslim mestilah faham bahawa demikianlah nature si isteri, kerana dia sudah diciptakan sedemikian. Maknaya, jika si suami mahu mengubah isterinya, dia tidak akan mampu membuat demikian tanpa memahami terlebih dahulu psikologi seorang wanita yang takkan mudah dibentuk tanpa hikmah dan kesabaran.

Jika si lelaki melihat bahawa isterinya memerlukan bantuan, dia akan menghulurkannya dengan senang hati. Jika isterinya mengadu keletihan atau kebosanan, dia akan memujuknya dengan kata-kata yang meringankan beban sang isteri. Lelaki yang baik akan membuat isterinya merasakan bahawa dia sedang hidup bersama seorang suami yang kuat, pemurah, bertolak ansur serta akan sentiasa menjaga dan mengambil berat tentang dirinya di samping akan memenuhi keperluan-keperluannya yang sah selagi termampu.

Pendek kata jadilah seorang lelaki yang baik.

*stretches fingers* Jangan lupa ikuti season finale esok.

Wednesday, May 20, 2009

Yang Bagaimana? [Bahagian II]


Soal Jodoh: Proaktif lawan Reaktif


Umumnya, dalam hal ehwal nikah-kahwin, pihak lelaki lebih menonjol sebagai kaum yang proaktif mencari jodoh untuk diri mereka. Perempuan pula, rata-ratanya bersikap reaktif – mereka biasanya, sama ada menerima atau menolak calon yang datang bertanya. Betul tak? Jom tengok contoh:

Ali : Lela, will you be my wife? [Proaktif]

Lela : Jawapan 1: Of course! [Reaktif]
Jawapan 2: Thanks, but no thanks. [Reaktif]

See? Memang senario di atas merupakan norma dalam masyarakat kita. Jarang sangat kita lihat peranan dalam dialog tersebut bertukar ganti, contohnya:

Lela : Will you marry me, Ali? [Proaktif]

Ali : Yes yes yes! [Reaktif]

Pelik, bukan? Tak salah sebenarnya, tapi tetap pelik. Lagipun, yang akan bernikah itu adalah anda, jadi memang wajarlah jika anda sendiri yang mahu mengambil langkah positif untuk memastikan natijah yang baik dalam hal sepenting ini. Tetapi kalau para pembaca perempuan sekalian tanya kepada diri sendiri, “sanggupkah aku mengajukan soalan “will you…” nih kepada lelaki soleh idaman aku?”…apa jawapan anda?

Oh tidak. Memang tak sanggup.

Melainkan, si perempuan meminta walinya untuk menguruskan urusan mencari jodohnya. Biar penulis tampilkan misal:

Lela : Ayahanda, anakanda rasa, sudah sampai masanya anakanda berumahtangga. Bolehkah ayahanda carikan seorang jejaka yang soleh untuk dijadikan teman hidup anakanda ?

Ayahanda beliau : Tentu sekali, anakanda. Mahu yang bagaimana ?

Lela : Ayahanda bacalah blog AQRAB, di situ ada jawapan anakanda.

Ha, bagaimana ? Jika tidak mampu menyuarakan terus kepada si lelaki, sanggupkah anda menyuarakan hasrat kepada wali ? Insha Allah, walid atau datuk anda semestinya sporting seperti bapa kepada ibu Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jailani – ingatkah bagaimana beliau mengenakan syarat kepada pemuda yang telah memakan epal dari kebunnya tanpa izin, kemudian ingin membayar balik harganya. Lalu disuruh kerja bersama-samanya setelah sekian tahun, kemudian diletakkan pula syarat agar pemuda tersebut menikahi anak gadisnya yang "pekak, buta, bisu, kudung " tersebut… ? Itukan suatu contoh bagaimana wali si perempuan sendiri yang memulakan inisiatif mencari suami untuk anaknya ?

Maka sebagai anak perempuan, mahukah anda menyuarakan niat mencari suami ini langsung kepada wali anda? [Lagipun, kata mereka, pilihan orang tua berkat].
Kedengaran mudah, tapi rasanya macam tak sanggup, bukan? Cara begini pun, walaupun lebih halus dan lebih kena dengan jiwa pemalu si anak perempuan, mungkin turut tidak akan disanggupi oleh kebanyakan gadis.

Maka dalam soal mencari jodoh, normalnya kaum lelaki yang memulakan langkah.

Hakikat ini juga menyedarkan penulis tentang jawapan kepada persoalan yang kadang-kadang timbul: “Mengapa biasanya ciri-ciri wanita idaman saja yang dibincangkan panjang lebar? Bukankah good things go both ways? Perempuan juga mencari teman hidup yang baik lagi bagus!”

Wanita kerap menjadi bahan perbincangan, kerana ada golongan (lelaki) yang aktif mencari jawapan kepada beberapa persoalan…contohnya: “Aku mahu seorang isteri yang baik, jadi di mana harus aku cari?” Maka bertambah-tambahlah huraian ciri-ciri calon isteri Muslimah yang paling ideal di serata ruang perkongsian ilmu. Siapa bertanya, dia yang dapat jawapan.

Kalau kaum Hawa juga mahukan jawapan, ajukanlah soalan. Proaktif, itu kuncinya.

[Maka para pembaca perempuan pun bertanya:]

Lalu lelaki bagaimanakah yang harus dipilih sebagai suami?


*take a break, have a KitKat karipap* Sambungannya akan menyusul esok.

Tuesday, May 19, 2009

Yang Bagaimana? [Bahagian I]


By: MarieMaria

“Fitrah itu”: dari pandangan yang lebih matang

Kalau disebut lelaki, kemudian perempuan, atau sebaliknya, banyak orang akan membayangkan tema cinta. Kalau disebut cinta, mungkin dibayangkan pula sepasang kekasih (yang halal mahupun yang tak halal). Apapun, dalam Islam, perhubungan yang sah antara lelaki dan perempuan yang ajnabi hanya satu: perkahwinan. Dan jika anda merasakan bahawa pernikahan itu berkisar tentang percintaan semata-mata, fikirlah semula.

Apabila seorang lelaki datang kepada ‘Umar ibn al-Khattab R.A. dan memberitahunya bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana tidak suka akan isterinya, maka ‘Umar R.A. berkata, “Alangkah malangya engkau! Adakah keluarga (perkahwinan) itu terbina atas cinta sahaja? Di mana pertimbangan dan belas kasihanmu?”

Penulis tahu, kebanyakan pembaca aqrab-dq.via.my ini rata-ratanya baru menginjak ke alam dewasa, atau sekurang-kurangnya, sudah semakin matang, walaupun jiwa remaja masih bersisa di dalam diri. Dan almaklum pula, orang muda ini, kalau dibiarkan tanpa pengisian, bimbang sahaja mereka takkan tersedar dari tempoh Sedang Ingin Bercinta yang tak habis-habis…

Tak salah menginginkan yang indah-indah, cuma beringatlah! Kalau yang indah itu tidak diredai Tuhan, maka bahagiakah kita sebenarnya?

Walau bagaimanapun, penulis tidak dapat berpaling daripada hakikat bahawa sememangnya ramai pengikut blog ini (terutama AQRABians) sudah menghampiri umur berkeluarga; jadi penulis cuma ingin berkongsi sedikit panduan dan pendapat berkenaan hal ini… [Kepada para peminat penulisan ilmiah tepu: I warn you, artikel ini bukan 100% ilmiah (terus-terang itu bukan pendekatan favourite saya), tapi apa yang baik, ambillah. Yang kurang baik, tinggalkan… semoga ada manfaatnya untuk anda.]

Berbalik kepada kisah antara Saidina ‘Umar R.A. dengan seorang lelaki yang tercatat di awal penceritaan ini, fahamlah kita bahawa sejak dahulu lagi, manusia memang fitrahnya mahukan yang baik-baik sahaja – kadangkala sampai terlepas pandang akan realiti. Di kalangan kita sendiri di abad ke-21 ini, kemungkinan juga ramai yang berfikiran bahawa:

“Indahnya pernikahan yang terbina atas dasar cinta.”

Memanglah itu yang paling ideal.

Tetapi, realistikkah? Memang beruntung pasangan yang dapat bernikah atas dasar suka sama suka, tapi hakikatnya, bukan hanya cinta yang mengisi perkongsian hidup seorang lelaki dengan isterinya.

Maka, ini bukan risalah mengenai cinta semata-mata. Ya, memang kita akan membincangkan topik jodoh serta pencarian pasangan hidup (semestinya yang baik). Mencari, tetapi bagaimana?

Cara yang paling praktikal lagi obvious ialah: mulakan mencari yang baik dengan melayakkan diri anda untuk menerima yang baik terlebih dahulu.

Kita akan berbicara mengenai pentingnya menjadi manusia yang lebih baik. Kerana, sunnatullah menetapkan bahawa orang-orang yang soleh hanya layak didampingi oleh orang-orang soleh juga.

Oleh itu, islahkanlah diri kita dahulu, itu yang utama. Cinta pasti datang kepada mereka yang layak menerimanya.

Kerana bukan payah untuk jatuh cinta dengan orang soleh.


*clears throat* Sambungannya akan ditampal esok.

Sebarang komen dan kritikan amat dialu-alukan.

Thursday, May 14, 2009

Ma’had Qiraat Al-Azhar: Kita belajar dari pengalaman (Part1)



Ia mengambil masa yang lama sebelum saya berani untuk menyumbang penulisan saya di laman web AQRAB ni. Yelah, yang nak baca penulisan saya ni bukan sebarang orang kan…rakan-rakan AQRAB yang sememangnya (mungkin) mengenali diri ini. Baik atau buruk komentar post saya kali ini, saya terima dengan hati yang terbuka…Salamatus Sadri bunyi dalam bahasa arabnya=).
Saya bukanlah seorang penulis yang amatur atau berbakat, namun sekilas pandang kepada penglibatan teman-teman di laman web AQRAB (sungguh aktif eh budak AQRAB surf net) membuatkan saya terpanggil untuk mencurahkan sedikit pandangan.
Ok..sekarang dah masuk bulan Mei 2009 dan menurut pemerhatian saya, ramai juga teman-teman AQRAB yang sudah memulakan langkah menuju ke medan perjuangan menuntut ilmu. Mungkin ada yang sempat berehat-rehat di rumah setelah tamat DQ selama sebulan dua sahaja dan kemudian terus menapak semula ke alam perjuangan ilmu (macam ukhti-ukhti kita; Afeyah, Sharifah, Auni). Namun, bagi yang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke Ma’had Qiraat Al-Azhar (bagi ikhwah: di Syoubra, dan akhowat: di Mansoura) pasti sedang CUTI panjang kan? Yelah, kalau yang dapat kerja tu..mungkin sibuk bekerja..cari duit tambahan, yang duduk dirumah sahaja..tak kurang ramainya kan?
Apapun keadaan anda sekarang, pernah tak terfikir or dengar-dengar dari pengalaman senior-senior yang ambil kursus yang kita cita-citakan ni? TAK SEMUDAH YANG DISANGKA. Apa persediaan anda? Al-Quran 30 juzu macam mana? Dah bersedia nak menghafal Matan Toyyibah harfan bi harfin!? (bukan hafal matan mcm kat dq tau…hehehe) Semua tu perlukan persediaan, ana berpesan juga pada diri sendiri… Jangan tunggu dah sampai Mesir, baru nak sibuk NGULANG dari juz 1… Dah tak ada masa nak manjakan diri lagi..Dan usah berangan sangat membayangkan dan menantikan hari CONVO dengan Robe hijau bagi banin dan maroon bagi banat yang akan dipakai…jangan risau, convo tetap convo…(hehehe, jgn marah)..tapi apa gunanya bermegah dengan diploma TAHFIZ WAL QIRAAT / DAKWAH andai tidak ada kualiti dalam diri…pengurusan diri yang kurang dan menjadi HUFFAZ yang tidak disiplin dalam mengulang hafalannya. Sedih kan? =(
Teringat pula kepada kenangan kita menghadapi exam diploma 30 juzu’…macam tu kah keadaan nya kita nak hadapi imtihan sanah di Ma’had qiraat? Mungkin lebih hebat. Ana sempat bertanya kepada seorang ukhti(ex-dq) yang sangat masyi suatu ketika dahulu di Darul Quran, bukan setakat masyi al-Quran tetapi Qiraat nya masyaAllah! Two Thumbs Up-~ Katanya, cabaran di Mesir akan menjadi lebih hebat kerana banyak masa yang akan terluang disamping kita hidup bebas tanpa kawalan ayah ibu yang seringkali ketika di rumah akan memberi pesanan supaya selalu mengulangkaji pelajaran. Jadi, kononnya ada yang berpendapat, masa yang terluang itu boleh kita gunakan sebagai masa untuk mengulang…ok, mungkin boleh diterima. Tapi BESAR kemungkinan tidak. Mengapa? katanya, biarlah kita lalui semua itu sendiri…oleh itu, semangat yang kental dan sikap mendisiplinkan diri dengan al-Quran sangat perlu, jangan harapkan orang sahaja nak ingatkan kita supaya NGAJI2!!! Kat sana juga tak ada kelas TASMI’ harian, so kene pandai-pandailah cari masyayikh kalau kita nak tasmi’..tapi syadid juga mereka ni, siap tanya matan Syatibi lagi…hmmm …kheir!-_-
bersambung dulu la k……rehat-rehatkan fikiran, renung-renungkanlah dan jom muhasabah diri!

Wednesday, May 13, 2009

Majlis Bersejarah


2 Mei - Baru-baru ini, Saudara Mohd Najib Bin Jali, bekas pekerja ‘maintenance’ DQ (INTRAHARTA) telah pun melangsungkan majlis perkahwinannya dengan muslimah pilihannya, Siti Irfah Binti Ismail iaitu kakak kepada sahabat seAQRAB kita, Mohd Fadlan Bin Ismail (syukbah Qiraat). Resepsi majlis perkahwinan mereka telah diadakan pada 2 Mei yang lalu bertempat di kediaman pengantin perempuan di Tanjong Karang, Selangor. Seterusnya, acara/majlis sambut menantu akan diadakan di kediaman orang tua Saudara Najib di Jengka Pahang pada 16 Mei ini. Justeru, beliau dengan sukacitanya menjemput seluruh warga AQRAB untuk memeriahkan majlis itu nanti. Didoakan semoga Saudara Mohd Najib dan pasangannya akan bahagia hingga ke akhirnya dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Kepada ahli AQRAB yang nak ikut jejak, silalah inform pada mana-mana wartawan UTTM. =)

Saturday, May 9, 2009

Mutiara yang terjaga

Sekilas ketika anda membaca judul di atas, apa yang terlintas di benak anda? Bila anda berpikir bahwa mutiara yang terjaga adalah batu ratna yang hanya boleh dapat dimiliki oleh orang-orang kaya, maka di sini anda keliru. Mutiara yang terjaga di sini adalah sebuah metafora tentang seorang wanita mukminah yang senantiasa menjaga dirinya yang berhias dengan akhlak mulia, istiqomah di atas syariat Tuhannya, berpegang teguh dengan sunnah Nabinya sall-Allahu 'alayhi wasallam, serta tumbuh di likungan yang terjaga.
Mutiara yang terjaga itu adalah wanita yang solehah yang hanya pantas dimiliki oleh seorang pemuda yang soleh agama dan akhlaknya. Dan sejujurnya wanita solehah jauh lebih berharga dari mutiara itu sendiri, melebihi segala intan dan ratna.
Pada risalah yang sederhana ini sengaja ana mengangkat pembahasan wanita solehah dengan harapan ia dapat memaparkan secara singkat keuntungan memiliki istri solehah, membenarkan hadith Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam yang artinya: "Prioritaskan agamanya niscaya engkau akan beruntung." dan sebagai alat timbang bagi para pemuda yang bersiap diri untuk menempuh mahligai rumah tangga sebelum nantinya menyesal...Prioritas yang salah...
Hanya kerana tinggi badan kurang sekian senti dari tinggi ideal atau kulit kurang putih, seringkali seseorang pemuda memilih mundur taratur untuk menikahinya, meskipun ia memiliki kriteria sebaik-baik perhiasan dunia (baca: wanita solehah). Para pemuda lebih memprioritas yang cantik, yang putih, yang kaya harta bahkan sampai keturunan darah biru meskipun minim atau nihil dari warna Islam, meskipun rohaninya selalu kemarau panjang.
Padahal istri solehah lebih dapat menjaminkan kelestarian rumah tangga, menenteramkan jiwa dan menjadi sarana untuk meraih sekian banyak anugerah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Maka ketika seorang pemuda berfikir untuk menikah mulailah ia meletakkan target di pelupuk matanya, apa tujuan ia menikah? Bertolak dari sinilah dia mulai mencari dan ikhtiar, jika dia telah memasang target untuk memilih istri yang cantik, maka dia akan mencari tahu siapa yang layak untuk dilamar. Dia akan menanyakan keadaan seorang gadis dan tentang seberapa kecantikannya setiap kali bertemu dengan orang. Adapun yang lain, ketika (targetnya) ingin mendapatkan materi dengan menikah, maka anda akan melihat ia mencari gadis yang kaya dan mensyaratkan calon istrinya harus sudah memiliki gaji tetap misalnya. Sedangkan yang lain ada yang menikah untuk mendapatkan kehormatan. Andai saja, seorang wanita memiliki semua kriteria yang disyaratkan ini, kalau tidak maka ia akan mengurungkan niatnya, mundur teratur.
Faidah memiliki istri sholehah Nikah di dalam Islam memberikan manfaat yang bermacam-macam, apalagi menikah dengan wanita solehah jika disertai niat baik dan mengharap pahala dari Allah taala. Berikut aini adalah beberapa faidah memiliki istri solehah itu:
1. Ia taat kepada Rasulullah sall-Allahu 'alayhi wasallam, kerana beliau menganjurkan untuk menikah dengan wanita sholehah.
2. Menghasilkan keturunan yang baik dan menyambung nasab, dengannya dia boleh mendapatkan pahala.
3. Istri solehah akan mendoakan suaminya ketika sholat, berdiri maupun duduk. Dia juga akan berterima kasih atas usaha/nafkah yang diberikan suaminya (tidak sedikit kita jumpai baik dalam sejarah maupun di zaman ini, keberhasilan suami kerana di belakangnya ada wanita yang mulia, maka tidak menutup kemungkinan doa istri solehah memainkan peranan di dalamnya.
4. Istri solehah adalah sebaik-baik wanita, sebagaimana yang telah dituturkan oleh Rasulullah sall-Allahu 'alayhi wasallam ketika beliau ditanya, siapakah wanita yang paling baik? Beliau menjawab,"Istri yang menyenangkan ketika dipandang, taat ketika diperintah dan tidak menyelisihi suami dengan apa yang tidak ia sukai, baik menyangkut kepribadian dirinya maupun berkaitan dengan harta suaminya."(Hr.Ahmad)
5. Wanita solehah menjadi teman yang betah tinggal di rumah, bukan orang yg hobi keluar masuk rumah sebagai realisasi dari firman Allah subahanahu wa taala," dan hendaklah kamu tetap di rumahmu." (Surah al-Ahzab: 33)
6. Istri solehah adalah istri yang taat, rindu akan kegembiraan yang dirasakan suaminya baik jiwa maupun raganya, meskipun dia sedang ada kesibukan, dia akan sedih jika melihat suaminya gelisah, dan air matanya mengalir jika melihat suaminya terluka.
Dan masih banyak lagi buah yang dapat dipetik dari memperistri wanita solehah yang tidak mungkin untuk menulis semua di sini, maka adalah menyenangkan jika anda menyimak kalamullah berikut, " dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)". (Surah an-Nur: 26)
Maka jadilah anda bersama istri termasuk golongan yang disebutkan oleh Allah azza wa jalla sebagai orang-orang yang Ia kumpukan di atas takwa dan hidayah. Gadis itu tak jauh dari mereka...
Sejak masih usia belia, dia berlomba bersama teman-temannya di sekolah, dia berlomba dengan gigihnya, berupaya bersama saudarinya untuk menghafal al-Qur'an di sekolah serta belajar agama. Hal itu dilakukan selama bertahun-tahun. Bila ia mengetahui suatu amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah taala niscaya ia akan menempuhnya secara beristiqomah, puasa sunnah hari isnin dan khamis selalu, puasa tiga hari tiap bulan tak dilupa, bahkan qiyamullail pun tak pernah terlewatkan. Ketika Allah mudahkan baginya untuk menyelesaikan sekolahnya di madrasah atau di kampus dan dia mendapatkan gaji bulanan, dia pun merasa senang dan bersyukur.
Tahukah anda, sungguh mutiara yang terjaga dan yaqut yang berkilau ini telah mendekati usia dua puluh lima, namun belum menikah. Adapula temannya yang lain umurnya mendekati tiga puluh dan adapula yang umurnya di antara keduanya. Manakah pemuda yang belomba untuk memperebutkan wanita sehebat itu dan terbersit keinginan dalam hatinya untuk mendapatkan wanita solehah??
Para pemuda itu menjauhi mereka kerana kulitnya agak hitam, atau tinggi tubuhnya kurang beberapa senti saja dari tinggi ideal atau kerana sedikit lemah penglihatannya. (hal ini bukan berarti wanita solehah itu identik dengan bentuk rupa yang buruk, bahkan banyak di antara mereka yang dianugerahi oleh Allah kecantikan rupa yang menawa dan kecantikan akhlak)
Syamit bin 'Ijlan rahimahullah berkata, "Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang memilih seorang wanita meskipun tubuhnya tinggal separuh, wajahnya terdapat kudis, jika memang diyakini bahwa dia adalah seorang penghuni syurga."
Tidak diragukakan lagi bahwa jika seorang pemuda merindukan seorang gadis idaman yang solehah diantara umat ini, sekarang yang muncul di benaknya, "Di manakah aku boleh mendapatkannya? Di manakah tempat tinggalnya?" Pertanyaan ini tidak aneh, sebagaimana pertanyaan jika seseorang mahu membeli sebuah rumah atau kereta, bukankah ia akan bertanya secara detail? Maka jawabannya adalah bahwa tempat wanita solehah adalah di balik rumahnya. Dia tidak nampak sering keluar rumah kecuali benar-benar memerlukannya, seperti di pasar atau di jalan. Dia mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya dalam mengenalkan hijab, ia berada di tempat sholat di madrasah, mahupun di sekolah umum.
Wanita solehah juga berada di rumah ahli ilmu, keluarga yang bagus agamanya dan di kalangan orang-orang yang mulia. Wanita solehah dapat dijumpai di rumah-rumah tersebut.Alhamdulillaah.....
Saudaraku, sudah selayaknya kita menyempurnakan syarat istiqomah dalam dalam pribadi kita. Seandainya kita melihat para salafus shalih, maka kita jumpai merekalah contoh terbaik dalam membangun rumah tangga. Imam Ahmad rahimahullah bercerita tentang istrinya yang bernama Habasyah binti al-Fadhl, "Dia bersamaku selama tiga puluh tahun, tidak pernah dia berselisih denganku walaupun dalam satu kata, kemudian dia meninggal lebih dulu, semoga Allah merahmatinya."
Tidak akan menyesal jika anda mahu mentaati perintah Rasulullaah sall-Allahu 'alayhi wasallam di dalam sabdanya, "Nikahilah kerana agamanya, niscaya engkau beruntung." Sejukkanlah pandangan mata dan perbanyaklah do'a untuk mendapatkan "istri sholehah."
Allahu musta'an
*Dimuatkan juga dari buku "Nikahus Sholihat Tsimaruhu wa atsaruhu" oleh Abdul Malik al-Qosim, dengan edisi Indonesia "Istri Sholehah Anugrah Terindah" dengan beberapa tambahan

Friday, May 8, 2009

Surat daripada Smutem yang ke-4


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

PERKARA
1. MAKLUMAN PEMBAYARAN DEPOSIT TIKET PENERBANGAN
2. SURAT AKUAN PENGESAHAN SAMBUNG BELAJAR SECARA INDIVIDU


1. Makluman penting & terkini kepada pemohon-pemohon SMUTEM, bagi sesiapa yang ingin menempah tiket penerbangan melalui SMUTEM, anda semua diminta menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM500 ke dalam akaun SMUTEM selewat-lewatnya pada hari Ahad 10 Mei 2009. Resit bayaran hendaklah dihantar kepada pihak SMUTEM sebagai bukti bayaran. Setelah urusan pembayaran dan penghantaran dilakukan, anda dikehendaki memaklumkannya kepada Bendahari SMUTEM. Sebagai makluman, segala urusan berkaitan tiket penerbangan akan diuruskan oleh Ustaz Sya’bani. Harga tiket adalah dijangka di bawah RM2000. Sebarang pertanyaan mengenai tiket bolehlah dirujuk terus kepada Ustaz Sya’bani- 0136089269. Bagi pemohon yang gagal melakukan pembayaran tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, kami menganggap pemohon tidak berminat menempah tiket penerbangan melalui pihak SMUTEM (tertakluk kepada keputusan dan budi bicara pihak SMUTEM DQ).


2. Mengenai surat akuan pengesahan sambung belajar, sukacita dimaklumkan bahawa surat tersebut hendaklah dibuat sendiri oleh setiap pemohon sendiri melalui Unit Rekod Darul Quran. Ini kerana prosedur-prosedur yang berkaitan surat ini memerlukan pengesahan secara individu melalui pihak-pihak yang berkenaan seperti KPP HEP dan Warden Asrama. Melalui surat ini ianya akan dapat membantu memudahkan pemohon-pemohon untuk berusaha mendapatkan tajaan @ biasiswa bagi menampung kos pengajian. Pihak SMUTEM berharap para pemohon dapat mengambil peluang ini sebaiknya bagi meringankan beban kewangan untuk melanjutkan pengajian nanti memandangkan surat tawaran yang akan dikeluarkan pihak KPT untuk pemohon Jordan dan Mesir dijangka selepas bulan Ogos 2009.


3. Akhir kalam, pihak SMUTEM memohon seinfiniti kemaafan di atas segala kesulitan yang berlaku, segala permasalahan amatlah dikesali, kerjasama dan dorongan dari saudara/i amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.