Eid mubarak kepada semua warga AQRAB dimana sahaja antum/antunna berada. Semoga madrasah Ramadhan yang baru pergi meninggalkan kita dapat mendidik hati dan diri kita semua khususnya yang berada di perantauan supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, inshaAllah. Kepada para asatizah Darul Quran, kami mohon doa kalian di bulan syawal yang mulia ini agar kami sentiasa diberi kekuatan untuk bermujahadah di bumi Anbiya' dan terus bersemangat menuntut ilmu hingga ke akhirnya. ~Buat kawan-kawan seperjuangan yang berada di Malaysia, kenanglah kami dalam doa kalian! Kami rindu sangat kawan-kawan semua! Selamat berhari raya...Allah yubarik !! Monday, September 21, 2009
Salam 'Idulfitri
Eid mubarak kepada semua warga AQRAB dimana sahaja antum/antunna berada. Semoga madrasah Ramadhan yang baru pergi meninggalkan kita dapat mendidik hati dan diri kita semua khususnya yang berada di perantauan supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, inshaAllah. Kepada para asatizah Darul Quran, kami mohon doa kalian di bulan syawal yang mulia ini agar kami sentiasa diberi kekuatan untuk bermujahadah di bumi Anbiya' dan terus bersemangat menuntut ilmu hingga ke akhirnya. ~Buat kawan-kawan seperjuangan yang berada di Malaysia, kenanglah kami dalam doa kalian! Kami rindu sangat kawan-kawan semua! Selamat berhari raya...Allah yubarik !! Friday, September 11, 2009
Jom sampaikan...
Sedar tak sedar dah tinggal tak sampai sepuluh hari lagi kita semua akan meninggalkan madrasah Ramadhan kali ini dan tiada siapa dapat memastikan sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang ataupun ini adalah peluang yang terakhir buat kita. Adakah kita dapat mencapai pangkat imtiyaz, jayyid jiddan, jayyid atau sekadar maqbul untuk konvokesyen pada akhir Ramadhan nanti? Semoga tiadalah antara kita yang manqul hendaknya.
Thursday, September 10, 2009
Kamu bosan, aku pun bosan
Ni la antara keluhan2 dan soalan2 yang pernah dilontar kepada aku. Salam sejahtera kepada semua sahabat2 sekalian. Pertama sekali, selaku admin (ah, perasannye), aku memohon berjuta kemaafan sebab dah sekian lama membiarkan blog ini terbengkalai begitu sahaja. Ni semua gara-gara nak mencari kesempurnaan, akhirnya tak ke mana.
“Haish…blog dah lame tak update.”
“Bile nak update blog?”
“Bukak2 je bende same. Bosan betul.”
“Dulu, tiap2 hari aku nak bukak blog ni, skang dah tak best.”
Wednesday, September 2, 2009
Daripada A.T.O.A.
Assalamualaikum wrt wbh
Alhamdulillāh, selawat dan salam ke atas Rasūlullah S.A.W.
Segala puji dan kesyukuran bagi Allāh S.W.T. yang telah memungkinkan kami menyiapkan pembikinan A.T.O.A. pada bulan yang berkat ini.
Dukacita dimaklumkan, terdapat beberapa ralat, kekurangan dan kesilapan susunan di dalam A.T.O.A., jadi seluruh tenaga kerja A.T.O.A. ingin memohon maaf daripada warga AQRAB atas semua kesilapan dan kelemahan yang terdapat di dalam majalah tersebut.
Tuesday, August 18, 2009
A.T.O.A.: Panggilan Terakhir untuk Sesiapa yang Belum Menjelaskan Bayaran
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt. wbh.
Buat pengetahuan semua, majalah rasmi AQRAB a.k.a. AQRAB: The Official Album (A.T.O.A.) telah pun siap dicetak dan dijilid, alhamdulillah.
Walau bagaimanapun! MASIH ADA SEBILANGAN ORANG YANG BELUM MENJELASKAN BAYARAN untuk majalah yang telah ditempah.
Thursday, August 13, 2009
Konvokesyen!
Seperti selalunya, majlis konvokesyen Darul Quran Kali ke-XVIII ini disertai dengan ekspo dan sambutan yang meriah, tetapi bezanya, kali ini, majlis konvokesyen dilangsungkan mengikut sesi pagi dan petang -- graduan-graduan Diploma serta Persijilan OKUMP diraikan pada sesi pagi, manakala para graduan Persijilan DQ-UIAM serta Sijil Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ) diraikan pada sesi petang. Jelas sekali, Darul Quran sudah semakin berkembang!
Labels:
Konvokesyen AQRAB
Tuesday, August 4, 2009
"Kepingin Nak Tengok A.T.O.A."
Memandangkan pihak A.T.O.A mendapat permintaan yang tinggi daripada sahabat-sahabat AQRAB untuk melihat serba sedikit layout majalah ini, maka dengan rendah dirinya, mereka sudi berkongsi lakaran kenangan ini bersama. Diharapkan agar anda semua terus menyokong krew A.T.O.A. yang telah berusaha sebaik mungkin berkongsi yang terbaik untuk kita semua. Jom tengok sama-sama!
Subscribe to:
Posts (Atom)